Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kelab Ukhwah
Topik: KELAB LIVERPOOLFC


Carian Forum

Moderator: Prof_Muslim, Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelab Ukhwah
    »» KELAB LIVERPOOLFC

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh KELAB LIVERPOOLFC

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 14:01


L)STOKE CITY VS. LIVERPOOL

Channel: STAR SPORTS (813)
Date: Sunday, January 11, 2009
Time: 1:25:00 AM

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 08:22


LIVERPOOL 2 - 0 CHELSEA
Sunday 01 February 2009 16:00 , Barclays Premier League

LAST-GASP TORRES SINKS CHELSEA

Fernando Torres struck a last-gasp double to claim a sensational 2-0 victory for Liverpool against 10-man Chelsea.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 08:43


BAGAIMANA RASULULLAH MENGUBATI PENYAKIT MASYARAKAT

"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat."

Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah

Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.

Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.

Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada `khairunnas` - sebaik-baik manusia.

Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:

Pertama :
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."

Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Kedua :
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama . Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari Alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.

Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.

Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini.Tentulah tidak sanggup berlalai-Ialai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.

Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: "Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapakamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.

Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 08:58


yuhada tak salah posting ke??
ini ruangan untuk discuss group Liverpool FC dan seangkatan dengannya saja....
Harap Maklum ye saudari......


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 09:21


Pada 02-02-09 08:58 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

yuhada tak salah posting ke??
ini ruangan untuk discuss group Liverpool FC dan seangkatan dengannya saja....
Harap Maklum ye saudari......



selalu nampak yuhada ni salah posting....
dulu kat MUFC, sekarang kat sini pulak.....Arsenal FC tak nak serbu juga ke... :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 09:39


Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah

Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.

Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.

Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 10:44


apa sebenarnya yang nak yuhada sampaikan ini??
nak kata yang minat sport ini sesat ke?? tak jaga amalan dengan Allah ke??
tak ikut ajaran islam ke??
selagi kita tahu jaga tahap kita sampai mana, tak apa kan??
selagi tidak buat kita lali dan lupa kat Allah tak apa kan??
what are you trying to say ah?? boleh terangkan dengan bahasa yang senang sikit saya nak faham tak?? boleh???? jangan setakat nak copy paste saja....!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 11:07


sekadar mengingatkan... tak melarang pun.. amalan hakmilik masing-masing.. bukankah ingat mengingati tu kan salah satu ibadah juga.. marah, melenting janganlah... teruskan zikir anda tu kan salah satu benteng pertahanan mengawal sifat2 mazmumah.. bis bagi ingatan yang berasaskan Al-Quran, sunnah ke atau dr kenyataan paraslafussoleh salahlah ye.. maaflah kalau menyinggung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 12:06


tak salah bagi teguran atau nasihat, tapi biarlah dengan cara yang senang org nak faham, ni tak masuk2 terus posting panjang lebar, kita pun konfius dan tercari-cari apalah yang nak ditekankan dalam postingnya tu yang berkaitan dengan tajuk ini... kalau tak minat, tak payah nak menyibuk kat topik ini.... awak seolah-olah nak tunjukkan yang awak tu baik sangat....iye ke??? saya tahu apa yang saya buat dan INSYAALLAH takkan menggugat kecintaan saya terhadapNYA....takkan sekali-kali lalai melaksanakan perintahNYA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 14:03


-Kalau hiburan itu dirangsang oleh nafsu, selepas berhibur jiwa rasa gelisah. Jika hiburan itu mendarah daging, jiwa resah tidak tentu punca, akhirnya mudah marah-marah, jiwa sensitif, mudah tersinggung, mudah merajuk, mudah kecewa, kemuncaknya mudah putus asa.

-Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu. Merasa diri kita hamba itu penghayatan. Yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 14:23


Dah lah tu, masing-masing ada cara masing-masing nak hilangkan tension.... maybe ni salah satu caranya untuk kami, suka tak suka, baik tak baik, lalai tak lalai, lupa tak lupa, marah2, merajuk, sensitif, putus asa ke.... terpulang dengan individu itu sendiri.... itu urusan dia dengan ALLAH.... siapa kita nak tentukan yang mana betul dan salah....??? yang penting jangan menyimpang dan lalai sampai lupa tanggungjawab sebagai hambaALLAH .... islam ada tetapkan garis panduan dalam banyak perkara termasuk sukan dan hiburan....selagi tak keluar dr garis panduan tersebut ok lah.....


Dah lah, dah jadi rojak pulak tajuk ni..... nak berbahas buka topik baru sendiri ok.... YNWA....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 15:05


huhu...macam panas saja kat sini..saya tak minat bola...try tengok tapi xley layan lah..saya tak ada hal dengan peminat bola..asal tak ganggu hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah sudah lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 16:16


Memang panas agaknya....macam pisang goreng..... :lol: :lol:


" YOU'LL NEVER WALK ALONE "



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 16:25


-Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

-Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

-Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

p/s:teruskanlah topik kalian, hadirnya ana disini menghiasi sebahagian dari dunia kalian... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 16:28


dah lah saudari....kalau nak ceramah ke...buka TOPIK SENDIRI.....
topik ni untuk forumer2 yang nak discuss tentang BOLA saja...... harap maklum dan kerjasama dr saudari sebelum topik jadi PANAS balik.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 16:33


TOLONGLAH jangan keluar dari TAJUK.... kalau sekali sekala tak apa, kalau dah bagi tahu pun tak faham-faham juga..... ulang juga.... BUKA TAJUK SENDIRI....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 11:31


Pas ni nak lawan dengan Everton lagi..... 2 kali dah draw....entah bila lah nak menang Liverpool ni bila jumpa dengan Everton...huhuu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 11:37


Pada 02-02-09 16:16 , akuhambaALLAH posting:

!!! QUOTE !!!

Memang panas agaknya....macam pisang goreng..... :lol: :lol:


" YOU'LL NEVER WALK ALONE "




lepas ni tukarlah pula slogan

"YOU'LL WALK AWAY" hahahahaha :lol: :lol: :lol:


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 11:39


Pada 04-02-09 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-02-09 16:16 , akuhambaALLAH posting:

!!! QUOTE !!!

Memang panas agaknya....macam pisang goreng..... :lol: :lol:


" YOU'LL NEVER WALK ALONE "




lepas ni tukarlah pula slogan

"YOU'LL WALK AWAY" hahahahaha :lol: :lol: :lol:



:lol: :lol: pandai ye Rashdin nak tukar2 tag line Red's ye...??
tapi memang sesuai juga lah untuk yang berkenaan.... :lucu:


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 13:05


berkenaan bagi mereka-mereka yang merasa putus asa saja boleh pergi.pemergian tidak dihalang

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 16:09


England captain John Terry admits lining up against an in-form Fernando Torres is 'frightening'.

The pair will lock horns when England take on Spain in Seville tonight.

The clash comes 10 days after Torres got the better of Terry to score a late brace in Liverpool's 2-0 victory over Chelsea.

"He's world-class," said Terry. "He's only just coming back from his injury but he's looked so sharp and is scoring goals.

"It's frightening to think what he'll be like when he hits full fitness, hitting the form he did last year and getting even more goals than last season.

"Spain are a top side with some fantastic players, some I really admire like Xavi, Torres, David Villa."



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 16:19


percaya lah pasukan bolasepak liverpool .. sayak sukak

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Moderator: Prof_Muslim, Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelab Ukhwah
    »» KELAB LIVERPOOLFC

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121955 saat. Lajunya....