Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Hanya Dia v.2


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Hanya Dia v.2

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Hanya Dia v.2

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 12:08


wah backing kuat nampak mechelmine ni.
ye lah kipas susah mati & ofisial asisstant kak wan lah katakan hehehe,
tak mengapa jangan kan kak wan, kalau mechelmine penat pun,
hambe boleh bawakkan, teh o beng duo eh tigo hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 12:16


(Untuk dikomen oleh mereka2 yang bertauliah saja hehehehe dan khas untuk tatapan mechelmine)

Hanya Dia V.tak :Curangnya Seorang Suami

"Maafkan abang, sayang."

Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami?

Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama.

Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut?

Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.

Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri.

Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi.

Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.
Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu.

Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan.

Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah. Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah?

Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku.

Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup.
Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat kubayangkan kekecewaan yang melanda.
Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu. "Tapi Kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?" "Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..."
Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah. "Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami."
Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian. "Abang masih belum jawab soalan Sayang. Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku. "Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.
"Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak."
Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini.

Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya... "Tapi Abang... Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.."
Tersentak suamiku. "Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya. "Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang, Ayah, sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. "

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan, Abang.

Assalamualaikum suamiku.

(di forward ke emel hambe, so ni bukan karya asli saya )
so silakan komen

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 12:24


Pada 22-04-07 12:08 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

wah backing kuat nampak mechelmine ni.
ye lah kipas susah mati & ofisial asisstant kak wan lah katakan hehehe,
tak mengapa jangan kan kak wan, kalau mechelmine penat pun,
hambe boleh bawakkan, teh o beng duo eh tigo hehehe


kihkihkih :lol:
semangat sungguh kome semua ye
boleh juga alwalid...teh o beng itu...kurang manis tau :-D


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 12:29


huhuh syahdunye cerita alwalid itu...
sedihnya....kenapa sampai cmtue sekali??
kenapa madu yang kuberi...racun yang kaubalas??


-----------------
Panduan Asas WordPress
[ Telah diedit oleh: wan_andmawaddah pada 22-04-07 12:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 12:50


Pada 22-04-07 12:16 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!


Hanya Dia V.tak :Curangnya Seorang Suami

"Maafkan abang, sayang."


"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami."
Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu.

Assalamualaikum suamiku.


Erm... :-(
Tak patut betul....


*Terima Kasih alwalid... ;-)


-----------------
Hiasi Peribadi....
[ Telah diedit oleh: mechelmine pada 22-04-07 12:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 12:53


kasih diterima huahahhaha,
insya Allah ada lagi patik akan pos kan lagi untuk tatapan tuan puteri mechelmine hehehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_Dungun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2007
Ahli No: 28732
Posting: 137
Dari: uum

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-04-07 13:16


assalamualaikum..syahdunyer kisahtu..
saya pernah dengar cerita yang agak sama di perlis..
hamba ALLAH itu meluahkannya melalui radio..
betapa ALLAH memberi kekuatan yang jitu pada hambNYA..
di saat-saat kata perpisahan,hmba ALLAH itu telah mengandung stelah agak lm juga mendirikan rumahtgga..
tanpa kata putus dr suami,dia telah mlarikan diri (pndah dr rumah dan katanya suami tak menghalang)..makin hancur hatinya..sebak teramat sangat..
dan sehingga dia terlantar di hospital untuk bersalin, si suami masih tidak mngetahui hal yang sbnenaqnya(isterinya mgndung)..dan katanya dia hanya ingin membela anknya walau tanpa kasih sayang dr seorang ayah..katanya luka di dalam hati telah menjadi parut yang sukar diubati..
sama-sama lah kita mgambil pengiktibarannya..
amat payah nak cari insan yang betul-betul setia pada pasangannya..terutama lelaki
mungkin jiwa wanita yang halus dan lembut,...mudah dipermainkan lelaki tanpa ada rasa kesyukuran atas pengorbanan yang dilakukan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_DungunProfil   Hantar PM kepada mujahidah_Dungun   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 14:35


puteri kah mechelmine itu..? adess...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 22-04-07 14:38


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 14:53


Pada 22-04-07 14:35 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

puteri kah mechelmine itu..? adess...?


kenapa ismi_atikah? mechelmine tu putera ke?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 15:09


Pada 22-04-07 14:53 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!



Kenapa ismi_atikah? mechelmine tu putera ke?????


biar teman tolong jawab.. mechelmine tu putera..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 15:12


ana rasa seperti putera...

tapi ok jugak lah kalau jadi puteri... muahahaha...

p/s: ana rasa saja lah.. based on posting dia sblm2 ni... hehehe.. jangan marah ye mechelmine kalau akak tersalah... adess...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 15:38


Pada 22-04-07 14:53 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-07 14:35 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

puteri kah mechelmine itu..? adess...?


Kenapa ismi_atikah? mechelmine tu putera ke?????


Tersebut lah sebuah kisah jauh di dalam subuah hutan, terdapat satu kawasan yang sungguh indah...tumbuh-tumbuhan hidup subur, daun-daun menghijau, bunga-bugaan kembang mekar, burung-burung sedang bernyanyi bersama-sama pasanggan masing-masing sambil terbang bebas bergembira....di ikuti suara latar deruan air terjun yang perlahan-lahan memberi ketenangan pada penghuni alam...rama-rama berterbangan mencari madu dalam berkumpulan, anak-anak ikan kecil melompat-lompat di permukaan air menunjukkan kegembiraan..sekali-sekala angin bertiup perlahan-lahan di ikuti alunan muzik dari daun-daun yang bersentuhan antara satu sama lain...cahaya matahari perlahan-lahan menenbusi celahan-celahan daun-daun yang kehijauan itu...sungguh indah...sungguh tenang....

ismi_atikah: puteri kah mechelmine itu..?
mechelmine: adess...


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 15:56


Pada 22-04-07 15:38 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!



Tersebut lah sebuah kisah jauh di dalam subuah hutan, terdapat satu kawasan yang sungguh indah...tumbuh-tumbuhan hidup subur, daun-daun menghijau, bunga-bugaan kembang mekar, burung-burung sedang bernyanyi bersama-sama pasanggan masing-masing sambil terbang bebas bergembira....di ikuti suara latar deruan air terjun yang perlahan-lahan memberi ketenangan pada penghuni alam...rama-rama berterbangan mencari madu dalam berkumpulan, anak-anak ikan kecil melompat-lompat di permukaan air menunjukkan kegembiraan..sekali-sekala angin bertiup perlahan-lahan di ikuti alunan muzik dari daun-daun yang bersentuhan antara satu sama lain...cahaya matahari perlahan-lahan menenbusi celahan-celahan daun-daun yang kehijauan itu...sungguh indah...sungguh tenang....

ismi_atikah: puteri kah mechelmine itu..?
mechelmine: adess...



panjangnya intro... tapi tak ada pun jawapan di dalamnya.... hehehe....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:02


hai ismi_atikah ni macam ambil hati saja kita memputerikan mechemine yang tak menentu status keputeriannye, nak jugak ke ni layan macam puteri ke ismi_atikah?????
tapi kalau rame sangat puteri yang nak patik puterikan, nanti patik takut tak terdaya pulak patik yang seorang ni. huhuhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 17:18


hehhee kesah puteri putera pula ye....
michelmine itu...putera lah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 17:32


Pada 22-04-07 17:18 , wan_andmawaddah posting:

!!! QUOTE !!!

hehhee kesah puteri putera pula ye....
michelmine itu...putera lah :)

hihiiii... akhirnya nya muncul jugak kak wan ni...
ya... betul lah tu...hihiii... :-) ;-)
harap-harap kak wan cepat-cepat dapat ilham untuk cerita baru... :-D :-D


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:33


patut lah ismi_atikah angin semacam saja,
dia merajuk ke????hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 17:36


Pada 22-04-07 17:32 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-07 17:18 , wan_andmawaddah posting:

!!! QUOTE !!!

hehhee kesah puteri putera pula ye....
michelmine itu...putera lah :)

hihiiii... akhirnya nya muncul jugak kak wan ni...
ya... betul lah tu...hihiii... :-) ;-)
harap-harap kak wan cepat-cepat dapat ilham untuk cerita baru... :-D :-D




hehehe...kak wan ada dik...cuma kak wan busy skek sekarang ini michelmine...fikir jugak pasal cerita itu..tapi ilham tak datang lagi...tak tahu dia p mana :-D
sabar lagi ye dik ;-)


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:37


aadess...
idak lah begitu alwalidnya...
saja saja ana kenakan alwalid dan mechelmine...

uhuk uhuk uhuk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 17:38


hehe xbaik majuk2 ini :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:40


Pada 22-04-07 17:33 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

patut lah ismi_atikah angin semacam saja,
dia merajuk ke????hehehehe


uikss...
pasaipa pula ana nak merajuk alwalid..?
adess...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:41


so kira misi mustahil ismi_atikah dah berjaya lah ye???
ni kena lah kasi nes O beng ke ok?
habis lah mechelmine lepas ni dipinggirkan, huhuhuhu
ismi_atikah dengan kak wan ni komplot ke nak kenakan saya agaknya???
huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 17:44


eh ke situ pula alwalid ini :(
mana ada komplot2 pula..huhuhu

p/s: alwalid dr tadi lagi teh O beng..sekarang nes O beng..suka minum ais yerr :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:47


saya tak suka minum ais sebab tu nak kasi orang lain minum air yang berais, lagipun teh o beng tu untuk kak wan dengan mechelmine, nes o beng ni untuk si ismi_atikah,
kenapa dia nak neslo beng pulak ke??????

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 17:47


Pada 22-04-07 17:36 , wan_andmawaddah posting:

!!! QUOTE !!!


tapi ilham tak datang lagi...tak tahu dia p mana :-D
sabar lagi ye dik ;-)


ismi_atikah....alwalid... tolong kak wan tu cari ilham ya, dah dapat nanti..ikat betul-betul jangan kasi dia lari pula...... orang nak tidur ni... :P
:-D :-D

GOOD LUCK...!!!! :-D


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:48


:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:

misi tak mustahil ana berjaya..jangan maree...
ana tak minum nescafe... huhuhuhu....

erk.. mechelmine takkan dipinggirkan..
alwalid jangan riso...
diakan assistant wan...
tak begitu wan...? :lol: :lol:

p/s: kengkadang rasa, ana lagi muda dr wan... walaupun hakikatnya ana memang muda.. huhuhu...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:50


Pada 22-04-07 17:47 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-07 17:36 , wan_andmawaddah posting:

!!! QUOTE !!!


tapi ilham tak datang lagi...tak tahu dia p mana :-D
sabar lagi ye dik ;-)


ismi_atikah....alwalid... tolong kak wan tu cari ilham ya, dah dapat nanti..ikat betul-betul jangan kasi dia lari pula...... orang nak tidur ni... :P
:-D :-D

GOOD LUCK...!!!! :-D




kisah suami curang tu saya pos tu khas kak wan (khas untuk mechelmine ditarik balik hehehehe) moga-moga dapat lah sebarang idea dan inspirasi yang fantastik untuk karya beliau yang seterusnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:51


Pada 22-04-07 17:47 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

saya tak suka minum ais sebab tu nak kasi orang lain minum air yang berais, lagipun teh o beng tu untuk kak wan dengan mechelmine, nes o beng ni untuk si ismi_atikah,
Kenapa dia nak neslo beng pulak ke??????


huhuhu...
rasa macam memahal saja air untuk ana...
alwalid bukan berkhidmat dengan wan dan mechelmine ke..?

p/s: aikk.. assistant mo tidur sudah..?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:53


aik asisstant boleh tidur pulak ye,
patut lah suruh saya dengan ismi_atikah bagi idea kat kak wan.
ooo mahu tuang ye????

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 17:55


aik bukan assistant lah, saja nak belanje,
mechelmine kan dah jadi ofisial assist untuk kak wan so dia lah kena buat untuk kak wan nanti hehehehe,
tapi dia pulak tidur, kak wan tak marah ke?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 18:02


Pada 22-04-07 17:55 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

kak wan tak marah ke?????

Alaaa....kak wan baik lah...dia tak marah pun...
Betul tak kak wan..??? hah..tengok.. Kak wan angguk-angguk tu.. sambil tersenyum lagi tu.. :-D
:-P :-P


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-07 18:16


amboi2......... :P
macam-macam hal pula yang mereka ini men kat sini hehehe

to ismi_atikah: hehe michelmine tak dipinggirkannyer....tak ada siapa nak pinggirkan siapa pun heeh..lenla lau org itu nak p tidur :P

to alwalid: cerita suami curang itu untuk bagi kak wan aspirasi ke dik? time kasih...tapi kan tulun tangkap ilham dulu tau..asik2 lari..penat dah nak kejar ini...*sigh* ..em michelmine nak tidur? xpe2.. biarkan dia hehehe..kot2 dia dapat mimpikan ilham nt..mana tau :)

to michelmine: hehe assistant yang "jurus" sungguh nieh :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 18:20


alamak kak wan dan konklude semua sekali,
susah lah nak buat provokasi lagi kalau begini... *sigh*
heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-04-07 16:39


hehe...
Alhamdulilah..kak wan sekarang dalam proses mencari "ilham' untuk sambung cerita ni skek lagi...
doakan segalanya berjalan lancar ye...

p/s: i try my very best to include all the requests (action & unpredictable..) so, just wait dan see..ok??


insyAllah...
doakan kak wan :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-07-07 20:54


ish..mana pergi assisstant neh..cerpennye udah siap:P

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-07-07 21:52


huhhuhu...
assistant wan tengah sibuk...
baru mula sem lah katakan...
banyak benda yang masih penin2 agaknya...
lagipum baru nak mula warm up, lepas cuti lama sangat...

p/s: wan poskan saja lah... nanti mesti masuk asst wan tu... jangan wiso... huhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-07-07 16:43


:-D Huhuuuu.... Apakhabar semua......
Ni hah...baru dapat masuk ni....maklumlahhhh susah nak dapat internet kat sini.... :-)
Kak Wan...dah siap postkan ye... :-P


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-07-07 17:18


heheh baeekk...
assisstant pun dah ada :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-07-07 17:27


Sambungan atas permintaan ramai....

Episod 6

“Ilham..Ikram..Selamat kembali ke Malaysia...” Pak cik Rashid menuju ke arahku sambil tersenyum. Ayahku menurut dibelakangnya.
Ikram? Sapa pulak? Nama aku Ilham. Monolog ku sendirian kebingungan sambil berpaling ke arah kananku..
Kelihatan seorang lelaki segak lengkap beruniform memandang ke arahku. Macamana aku boleh tak nampak dia tadi?? Dia menghulurkan tangannya ke arahku. Aku menyambutnya sambil terpingga-pingga.
“ Saya Ilham. Ilham Iskandar” ujarku sambil tersenyum.
“ Ikram..Ikram Khamsah..kenal aku?”
“ Em Ikram Khamsah? Ikram, pengawas sekolah dulu ke??” aku cuba mengali memori silam dari kotak pemikiranku.
“ Ye..ingat pun kau..lau tak siap kau ehhehe”
“ Eh mestilah aku ingat. Kau selalu ada masa aku nak kacau Nina. Takkan aku lupa kaki report kat ayah aku dulu hehehe...”
“ heheh yang itu, ingat lagi ye..kau ni tak berubah..nakal macam dulu hehe.. Kau apa cerita sekarang? Ayah Rashid cakap kau belajar kat Australia..
“ Hehe aku maintain lagi hehe. A’a. Aku belajar kat sana. Ni baru balik, cuti summer. Kau?? Segak aku tengok hehe..
“ Aku biasa saja. Dok men terbang sana..terbang sini. Aku dalam latihan lagi ini. Baru balik dari German.”

“Amboi rancaknya berbual. Tak nak balik ke Am?” tanya ayahku memecah perbualan kami.. aku hanya tersenyum.
“Kamu berdua ini..ada masa, datang rumah pakcik ye” ujar Pakcik Rashid sambil tersenyum.

Aku menuruti ayahku ke kereta. Sempat ku berpaling ke belakang. Mencari Aain Balqish. Kelihatan dia sedang berbual dengan Ikram dan Nina. Rancak sungguh mereka berbual. Seakan sudah mesra.

Hatiku bagaikan terhenti seketika. Terasa sakit melihat kemesraan mereka. Sakit. Aku mahu segera pulang....


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-07 22:54


huhuhuhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-07 06:56


Pada 31-07-07 22:54 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

huhuhuhu....



kenapa ismi :-(


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-07 14:04


sebab, sekerat saja sambgnnya wan....
ingatkan panjang lah tadi...
tak puas mata ismi ni menatap..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-07 14:34


Pada 22-04-07 13:16 , mujahidah_Dungun posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..syahdunyer kisahtu..
saya pernah dengar cerita yang agak sama di perlis..
hamba ALLAH itu meluahkannya melalui radio..
betapa ALLAH memberi kekuatan yang jitu pada hambNYA..
di saat-saat kata perpisahan,hmba ALLAH itu telah mengandung stelah agak lm juga mendirikan rumahtgga..
tanpa kata putus dr suami,dia telah mlarikan diri (pndah dr rumah dan katanya suami tak menghalang)..makin hancur hatinya..sebak teramat sangat..
dan sehingga dia terlantar di hospital untuk bersalin, si suami masih tidak mngetahui hal yang sbnenaqnya(isterinya mgndung)..dan katanya dia hanya ingin membela anknya walau tanpa kasih sayang dr seorang ayah..katanya luka di dalam hati telah menjadi parut yang sukar diubati..
sama-sama lah kita mgambil pengiktibarannya..
amat payah nak cari insan yang betul-betul setia pada pasangannya..terutama lelaki
mungkin jiwa wanita yang halus dan lembut,...mudah dipermainkan lelaki tanpa ada rasa kesyukuran atas pengorbanan yang dilakukan..


eh,cmane boleh xperasaan komen neh...soriiii mujahidah_Dungun...

a'a cerita-cie macam ini banyak ada sekarang..tak tahu nak salahkan siapa..huhu..isteri yang lemah lembut sepatutnya dibela,dikasihi, tapi, terbalik pula..dia di'curangi' oleh si lelaki :-?
kadang-kadang hati wanita ni lembut..murni saja bila mengasihi, meyayangi...dan tidak sepatutnya si lelaki mengabaikan amanah yang telah diberikan...mungkinkah ada salah dipihak perempuan yang tidak kita ketahui?? atau adakah salah cinta dan pengorbanan untuk diberikan kepada lelaki?? sama-sama kita pikirkan....
setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

p/s: ana cuba garapkan isu ini didalam sambungan cerpen ini..insyaAllah...


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-07 14:37


Pada 01-08-07 14:04 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

sebab, sekerat saja sambgnnya wan....
ingatkan panjang lah tadi...
tak puas mata ismi ni menatap..


oo begitu ye cik ismi :-D
sabar ye...wan akan postkan sambungannya nanti..nak buat kelainan skek hehe...tungguuuu


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-08-07 02:04


baikk....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-07 23:51


Pada 01-08-07 14:04 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

sebab, sekerat saja sambgnnya wan....
ingatkan panjang lah tadi...
tak puas mata ismi ni menatap..

:-D ok lah tu sebab sambungan dia dah mula...hehee..
thank you... :-)


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-07 16:42


wah bagus sungguh assisstant neh :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-07 16:47


Episod 7

“Am...mak dengan ayah bukan paksa kau. Tapi, kami berhajat sangat sebelum kami menutup mata...nak juga kami bermain dengan cucu...” Aku memandang wajah sunggul ibuku. Terlalu banyak jasamu, ibu. Kalau hanya itu boleh membuatkan kau bahagia. Aku rela...

“Am ikut saja mak. Apa yang mak dan ayah rasa terbaik untuk Am. Am ikut saja. Tapi siapa dia, mak?? Am nak juga tau sebelum Am kahwin dengan dia...” tuturku dengan tenang, agak kontra dengan degupan didadaku.

“Anak pakcik Rashid, Am”. Jawapan itu membuatku sedikit ceria...Hatiku bahagia..

“Tapi, siapa mak?” Suaraku berdebar-debar. Hatiku bergetar mendengar jawapan dari ibuku. Jawapan itu bakal mengubah hidupku. Masa depanku.

“Sebenarnya, mak dengan ayah dah lama berkenan pada kakak kembar itu...apa dah nama dia” jawapan mereka terhenti di situ. Ayahku seakan menarik nafas baru untuk meneruskan perbualan itu..

Kakak kembar? Aain Balqish ke? Alhamdulilah...hatiku kembali berbunga ceria..bertambah bahagia...

“Tapi mungkin jodoh kamu dengan si dik itu, ayah ingat Nina nama dia. Takpelah, ayah tengok perangai mereka pun lebih kurang. Pendidikan pun sama. Dan ayah tengok Am pun rapat dengan Nina kan??.. Jawapan itu menyesakkan nafasku. Dengupan jantungku seakan terhenti.

“Tapi, Kenapa dengan Bell.. em, maksud Am, Balqish?” aku cuba menyuarakan rasa hatiku..
“Em Balqish..dia dah bertunang. Dengan Ikram, ala yang kerja driver kapal terbang itu..” jawab ibuku sambil tersenyum.
“Eh, mak ini. Bukan driver kapal terbangla..pilot heheh...” balasku sambil ketawa. Senyumanku hanya dimulut. Dalam hati, hanya DIA yang mengetahui...

*************************************************************

Hatiku tidak tenteram. Segala macam rasa menerpa. Agak sukar untukku menerima kenyataan itu. Aku mula menyayanginya. Tidak pernah aku merasai perasaan itu dengan orang lain..Dan aku mahu melindunginya sepanjang hayatku,bukan setakat masa di sekolah dahulu... Emosiku tidak stabil. Segala macam perkara dibenak kepalaku. Yang paling utama...Andai aku berkahwin dengan Nina. Aku bakal menghadapi Bell sepanjang hidupku. Mampukah aku??? Mampukah aku menidakkan perasaan yang mula bercambah di hatiku?? Mampukah aku melihat kemesraan Bell dan Ikram sepanjang hayatku?? Tabahkah aku?? Ya Allah...hanya KAU tempatku mengadu...

Kucapai tafsir kecil pemberiannya. Kubelek surah To-Ha. Aku tahu hanya itu cara untuk meredakan ketidaktenteraman hatiku. Aku hayati bait-bait kalimahNya.. Usai menghayati kalimahNya. Aku mengerjakan solat sunat Hajat agar ALLAH memberikan ketenangan dihatiku seperti dulu. Agar aku lebih tabah. Agar aku bisa membuat keputusan yang terbaik untuk semua...

:-(


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-07 23:28


tgkk.... huhuhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-08-07 13:07


Kenapa ini ismi? huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-08-07 13:14


Episod 8

Hari itu. Aku ke pekan. Mencari buku untuk dibaca. Di samping mencari sedikit ketenangan. Lama sudah aku tidak melihat pekan yang telah kutinggalkan setahun lepas. Aku menyusuri deretan kedai-kedai yang menjual bermacam-macam barangan. Aku teringat masa aku kecil-kecil dahulu. Aku suka ke kedai basikal Ah Chong. Semua basikal baru aku survey dulu, sebelum aku memberitahu ayahku tentang basikal untuk dihadiakan kepadaku kelak. Aku pernah meronta-ronta menangis di hadapan kedai itu, ayah membawaku ke pekan tetapi tidak membawaku masuk ke dalam kedai Ah Chong. Bagaikan ada chemistry antara aku dan Ah Chong hehe.

Pandanganku bertumpu kepada sepasang ‘kekasih’ yang sedang berpegangan tangan. Mereka begitu rapat. Aku tidak dapat mengecam wajah mereka, tetapi susuk tubuh itu seakan sudah biasa kulihat. Tapi di mana ya?? Aku menghampiri mereka. Aku melihat lelaki itu. Ya. Tidak sah lagi. Itu Ikram. Siapa perempuan itu?? Hatiku meloncak-loncak mengetahui apa yang sedang berlaku. Aku menghampiri mereka.

“Ikram..” aku memanggilnya.. Dia seraya berpaling. Mukanya pucat. Tangan perempuan itu dilepaskan. Kelihatan perempuan itu agak kecewa. Menarik muka yang masam. Merajuk.
“Kau...kau buat apa kat sini?? “ tanyanya tergagap-gagap.
“Saja aku jalan-jalan cari buku. Tak sangka terserempak kau di sini. Siapa dia ini? Tak nak kenalkan ke??” tanyaku sambil menjeling ke arah perempuan yang seakan ‘separuh bogel’...MasyaAllah...hati aku beristigfar..
“Err..dia ini...awek baru aku hahahaha” jawabnya seraya ketawa terbahak-bahak.
“Awek kau? habis Bell kau nak letak kat mana??” tanyaku spontan
“Bell?? Kau jangan kecoh-kecoh ye...” ujarnya sambil menarikku ke suatu tempat. Meninggalkan perempuan itu terpinga-pinga.
“Apa yang kau nak sebenarnya?? Kau kan sudah bertunang. Kau jangan main-mainkan perasaan Bell. Aku bersuara agak lantang. Ikram hanya memandangku. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia kelihatan sedikit bangga...tidak seperi sewaktu kami bertemu di KLIA..
“Ya. Memang aku dah bertunang. Tapi, sekarang aku mahu enjoy dulu. Aku muda lagi. Rilex ahh brother hehe..Ujarnya bangga. Budak ini dah buang tabiat ke apa..
“Dan 1 satu yang kau kena tahu. Aku tak pernah cintakan Bell kau itu. Mak aku yang beria-.a mahu jodohkan aku dengan dia. Ooo poopie..She’s not my taste, you know?? Perempuan begitu..sekali aku...”

Pang!!!!

Aku terkejut. Belum sempat aku mengangkat tanganku. Ada tangan yang sudah hinggap di pipi Ikram. Rupa-rupanya Nina telah mendengar perbualan kami. Dia sekarang sedang berdiri di hadapan Ikram. Di sebelahku, Ikram terkejut.

“Kau, Kalau tak suka, cakap saja. Jangan nak main-mainkan perasaan orang. Jangan sesekali hina kakak aku. Ingat itu. Kalau aku dengar lagi, siap kau. Satu lagi, jangan muncul depan kami lagi. Dan Kalau kau nak, pertunangan tu boleh putus bila-bila masa sahaja...kau cakap saja bila..sekarang??” ujar Nina dengan lantangnya. Dan dia menarik lenganku bersamanya, meninggalkan kedai itu. Nasib baik aku memakai longsleeve. Meninggalkan Ikram yang sedang mengusap pipinya yang merah dan perempuan ‘mat salleh’ yang sedang memeluk lengan Ikram.

Aku hanya mengikuti Nina. Aku terasa bahang kemarahannya. Aku turut tercabar mendengar kata-kata Ikram tadi. Tapi, kata-kata itu lagi terkesan di hati Nina.


-----------------
Panduan Asas WordPress


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 21:19


kak wan_andmawaddah...
mana nya ek sambungannya...??

lama kak ismi ni menunggu...
bilakah gamaknya bulan kan jatuh ke riba...
atau hanya sekadar pungguk saja yang setia...??
adesss... adess...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Hanya Dia v.2

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.166335 saat. Lajunya....