Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 15 jam, 58 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: VCD gadis-gadis pelatih PKN yang mengaibkan....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» VCD gadis-gadis pelatih PKN yang mengaibkan....

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh VCD gadis-gadis pelatih PKN yang mengaibkan....

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 12:34


membaca komen sahabat di sini ada yang mengelikan hati... tapi memikirkan ini bukanlah persoalan yang patut di jadikan isu lolicon..... jadi apakah faedahnya semua pendapat ini... mungkin ada juga faedahnya, tapi setakat mana.... sesi ke-2 bakal berjalan... dan berapa ramai lagi yang akan di bawa ke alam yang kita tidak tahu apakaah sumbangannya dalam pembangunan ketamadunan Islam....

persoalan asas yang cuba kita cungkilkan adalah yang melibatkan kepentingan akidah dan sahsiah remaja... yang mana kita dapati PLKN seakan menjadi modus operandi dalam menjahanamkan generasi pelapis negara....... kita tidaklah mahu menuduh pihak terbabit sengaja menjadikan PLKN ini sebagai sarang maksiat...(mungkin ianya berpunca dari segelintir mereka yang tidak tahu akan batas-batas yang patut di jaga- persoalannya di mana ulamak-ulamak kerajaan yang dari berbagai jabatan dan pertubuhan)


rasanya lebih elok.... kita cari seberapa ramai pelatih PLKN sesi lepas dan kita tanya mereka dan dapatkan data-data penting untuk kita kumpulkan.... dan jadikan ia sebagai satu bukti..... selepas itu kita syorkan kepada pihak yang berkemampuan untuk menjadikan isu-isu sebagai isu besar yang perlu di tangani demi generasi akan datang.......

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 12:44


emmm...saya sokong pendapat saudara izad...tapi bagaimana caranya mahu mengumpulkan mereka...???dan apakah nasib mereka selepas memberi aduan....seangkan seramai 8000 orang yang tak pergi pun telah diberi nama mya di bali polis..untuk msumbat mereka kat lokap...

apakah adil perlaksanaan undang-undang pkn ni...jelas sekali ia mendera pelajar-pelajar....
agaknye nak suruh pelajar-pelajar semua jadi teroris kot..wallhuallam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 13:24


Quote:

On 2004-06-17 11:07, shafawi78 wrote:


Kebanyakan perkara yang kita risau berlaku telah pun berlaku dlm 3 sesi PLKN yang baru saja tamat. Mcm kata Izad...sekarang bukan masa sekadar berkata-kata sahaja...sekarang masa bertindak. Di mana sahabat sahabiah kita yang terlibat dlm sesi PLKN yang lalu... tampillah membantu kita memberi bukti atau fakta yg sahih utk kita bertindak lebih lanjut. Moga usaha kita dapat merubah sesuatu.





Bookmark and Share

    


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

chumil
Warga Rasmi
Menyertai: 08.04.2004
Ahli No: 8286
Posting: 5
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 25-06-04 14:01


astaghfirullah hala'zim.....rasanya macam dunia ni dah nak kiamat. macam2 perkara yang diluar tabi'i berlaku. sebagai manusia biasa eloklah kita sentiasa beringat dan tingkatkan amal ibadah kita. yang baik jadikan ikutan yang buruk jadikan sempadan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For chumilProfil   Hantar PM kepada chumil   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 22:38


hasil daripada cacatnya program ini..hari ni..hampir 90% adik2 kita tak pi daftar program ni...BAGUSLAH TU..satu hasil yang amat2 baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 22:38


hasil daripada cacatnya program ini..hari ni..hampir 90% adik2 kita tak pi daftar program ni...BAGUSLAH TU..satu hasil yang amat2 baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

oneaza
Warga Rasmi
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 7791
Posting: 4
Dari: Serambi Mekah?

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-06-04 12:46


SALAMZZZ...
SAYA SOKONG SANGAT SEMUA PANDANGAN YG TLH DIBERIKAN TU!ALLAHUAKBAR!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For oneazaProfil   Hantar PM kepada oneaza   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 29-06-04 03:42


Pager tawar bantuan guaman kepada remaja gagal sertai PLKN

Monday, June 28 @ 14:31:28 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pusat Aktivis Gerakan Reformasi Malaysia (Pager) menawarkan bantuan guaman kepada keluarga remaja yang didakwa ke mahkamah kerana gagal menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau yang menghadapi masalah setelah menyertai program tersebut.



Penyelaras Pager, Badrul Hisham Shaharin, berkata sesiapa sahaja mempunyai masalah tersebut boleh menghubngi pihaknya di alamat: Tingkat 1-A, Wisma Anwar Ibrahim, No 4&5, Taman Sri Putih, Jalan Tok Ungku, 70400 Seremban, atau menghubungi petugas di talian 06 - 633 8617, 016 - 324 2564, 012 - 665 7329 atau e-mel kepada [email protected].

Badrul berkata, pihaknya menawarkan khidmat tersebut kerana rasa tanggungjawab sosial membela golongan rakyat yang sentiasa menjadi mangsa kepincangan dasar kerajaan.

"Setelah pelbagai kejadian timbul sepanjang program latihan sudah tentu ibu bapa takut untuk menghantar anaknya menyertai PLKN," katanya.

Mengulas tindakan kerajaan menyiarkan nama keluarga yang tidak mahu menghantar anak mereka dalam media massa, Badrul berkata, langkah tersebut mencabul hak ibu bapa untuk memastikan persekitaran yang selamat bagi anak mereka membesar.

Najib beri amaran

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak memberi amaran kepada baki 6,630 peserta yang gagal hadir untuk menjalani PLKN diberi peluang terakhir sehingga 25 Julai ini untuk melaporkan diri atau menghadapi tindakan tegas undang-undang.

Kata Najib, kalau peserta tersebut tidak hadir juga pada latihan siri khas 25 Julai ini, bererti mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah undang-undang.

Beliau juga berkata, sebuah jawatankuasa berkenaan telah dibentuk bagi menyemak dari segi undang-undang yang diterima pakai di bawah Akta Latihan Khidmat Negara dan mendapati ia menetapkan seseorang itu melakukan kesalahan jika pada permulaan latihan, dia tidak melaporkan diri.

Sehubungan itu katanya, kegagalan melapor diri pada 25 Julai ini akan menyebabkan nama individu terbabit diserahkan kepada polis untuk membolehkan saman dikeluarkan ke atas mereka atau waran tangkap sekiranya peserta yang disaman gagal hadir di mahkamah.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri turut menegaskan perkara yang sama apabila berkata senarai nama peserta PLKN yang gagal mendaftar bagi mengikuti program wajib tersebut akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan mengheret mereka ke mahkamah.

Beliau menegaskan, pihaknya akan menyerahkan senarai nama peserta-peserta berkenaan kepada polis selepas tarikh tersebut untuk membolehkan proses mengeluarkan waran tangkap oleh mahkamah dibuat.

Kesamaran modul

Isu PLKN bermula sejak di peringkat awal perancangannya lagi apabila mendapat bantahan pelbagai pihak berikutan terdapat kesamaran dari pelbagai aspek terutamanya matlamat dan pengisian (modul) sepanjang tempoh latihan.

Perkara tersebut turut disuarakan oleh pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat namun bantahan tersebut dipandang sepi oleh kerajaan dan PLKN terus dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, setelah dilaksanakan, ternyata kebimbangan di kalangan masyarakat menjadi realiti apabila pelbagai masalah dan insiden berlaku di kem-kem latihan sehingga mendapat liputan luas daripada media. – lanh



JADI ADIK2 JANGAN TAKUT....TAK PERLU KELUO BANYAK BELANJO....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 09:43



terkilan dan sebagainya... ye la... payah sangat ke nak terima pandangan orang lain..( memang payah kalau dah rasa tak perlu kepada pandangan orang lain..). ana sedih pasal modul yang diberikan tak mencerminkan pembentukan sahsiah dan moral. hasinya... KITA TUAI APA YANG KITA SEMAI..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 10:24



Lagi laporan gadis PLKN dirogol oleh jurulatih

Tarikh 29-6-2004
Berita Harian mukasurat 12
Star page 12
The Sun page 4

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 11:26


Arrgghhhh......lagi kes rogol...keluar!!!
Mcm mana nie..nak serap lagi ker?

Tak masuk kena penjara....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 12:26


huh...

letih sungguh saye ni bilabace kes rogol...rogol...dan rogol....penat ..pening..bila la nak habis......

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ipin80
Warga Rasmi
Menyertai: 10.03.2004
Ahli No: 7875
Posting: 3
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-06-04 14:45


saya betul2 terkejut dengan apa yang telah berlaku..macam tak percaya dibuatnya.macam mana perkara sebegini boleh terjadi..entahlah..nampaknya mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan program PKN nie perlu betul2 membuat perancangan yang teliti agar perkara yang sama tak berulang di masa depan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ipin80Profil   Hantar PM kepada ipin80   Pergi ke ipin80's Website   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 15:58


macam2 kes dah berlaku dalam PKN tuu... macam2 hal... w/pun bantahan telah dibuat... tapi.. kerajaan tetap memaksa adik2 kita utk sertai program tuu.. lihat lah.. betapa angkuh dan kejamnya mereka...

nak salahkan sapa... sapa suruh undi org2 mcm tuu utk jadi peminpin...???

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 01-07-04 05:35


hemmm...mcm2lah..inilah bahayanya kalau buat sesuatu program tanpa kajian yg di gagahi dengan penerapan ajaran islam yg sebonar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 01-07-04 08:53


musykil sungguh ana kerajaan ni x tau ke benda2 yg dok jadi ni? takkan nak tunggu kuar paper baru nak terngadah kot?sbb tgk dlm paper kata kejadian yg berlaku di pkn ni x berat sgt.sampaikan kata nak saman pelajar yg x pi pkn tu.rasanya klu kerj. tau psl ni mesti amat memalukan imej negara krn obj asal pkn ni nak meningkatkan sahsiah pelajar selaku bakal pemimpin di masa hadapan.

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 01-07-04 12:40


emmm...

dah berbuih-buih mulut dah masyarakat membantak..dorang pulak buat tuli je...bila masalah nak selesai???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

IbnuRushd
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9585
Posting: 16
Dari: Belfast, United Kingdom

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-07-04 16:39



malaysia,malaysia,malaysia
inilah malaysia kiter,kita tgk aper reaksi paklah dan konco2nyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For IbnuRushdProfil   Hantar PM kepada IbnuRushd   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-07-04 16:53


, mengenai program plkn ni kita jgn cepat melatah, ia merupakan program pertama dan mungkin ada cacat celanya dari segi modul latihan... kes vcd pelajar dan pelajar di rogol bukan salah program tersebut tetapi org2 yg terlibat melakukannya. jangan sebab nyamuk sekor kelambu di bakar....kita selalu cari keburuk kan tapi tak pernah cari kebaikkan apa2 punlah yg dalam dunia ni. kita rasa kita je yg betul org lain buat semua salah. Singapura dan beberapa negara lain telah lama melaksanakan program yg sama, tujuan mereka untuk melatih remaja2 mereka supaya cergas dan tidak lembik ketika keadaan memerlukannya... tapi negara kita terlalu memanjakan remaja2 kita. tanya sendiri pada diri kita apa sumbangan kita pada negara.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 17:50


emmmm..

izham...kalau yang cacat-cela tu perkara yang kecil..tak kisah la...ni dah sampai kes rogol perserta ni aper cerita...kita cuba bayangi nasib remaja yang kena rogol tu...apakah nasib dorang sekarang ni...kalau benda kecil tu..buang mase je buat topik dalam forum ni....tapi ni kes masa depan peserta...tak kankes rogol ni adalah perkara kecil???? fikirkanlah...saya tak mahu remaja sekarang ni jadoi lebih terul lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 22:10


hemm betul tu..kalau nak bagi remaja jadi gagah dan tak lenbik..banyak lagi jalanya..jangan dok sebab tu ..berlambak2 budak2 ni hilang terus upaya utk hidup........................

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 22:23





memandangkan diri ini pompuan jugak..
terasa sgt..maruah dipermainkan!

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 02-07-04 22:27


Peluang akhir bagi pelatih ingkar


KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memastikan peserta yang diwajibkan mengikuti Program Khidmat Negara (PKN) diberi peluang melaporkan diri ke kem yang ditetapkan, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang ingkar.

Pegawai Perhubungan Awam JLKN, Ismail Yahya, berkata tindakan saman atau kemungkinan dihadapkan ke mahkamah bagi calon yang tidak mendaftar hanya akan dilakukan selepas tarikh pendaftaran ke kem 25 Julai ini dan bukannya selepas mereka diberi peluang terakhir untuk mendaftar 28 Jun lalu.

“Dengan cara ini kita dapat memastikan mereka yang tersenarai namanya untuk mengikuti PKN menghadirkan diri ke kem latihan untuk menjalani program wajib berkenaan,†katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ismail berkata, laporan polis hanya akan dibuat selepas hari pendaftaran berkenaan bagi mendapatkan kerjasama mereka mengesan peserta yang ingkar untuk dihadapkan ke mahkamah.

“Sekiranya calon yang menerima perintah mahkamah didapati gagal hadir ke mahkamah barulah mereka akan disusuli dengan waran tangkap,†katanya.




JANGAN TAKUT ADIK2....ALLAH BERSAMA DENGAN ORG YANG BENAR...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

RoSpa
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2004
Ahli No: 9771
Posting: 6

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-07-04 23:33


Malaysia Boleh! semua boleh dari pencetakan vcd lucah kenamaan sampai ke PKN nak di buat begitu? memang salah Pemimpin Haprak dan Jurulatih yang tak terlatih iman dan takwa, buat lah persedian rapi sebelum nak buat apa-apa program melibatkan anak-anak bangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RoSpaProfil   Hantar PM kepada RoSpa   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-07-04 00:15


betul kata izdham tu. remaja kita dah terlalu dimanjakan. program tu tak mangajar org jadi perogol atau jadi perakam vcd.

syed, apa cara lain yang boleh dicadangkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 03-07-04 00:22




the point here, krj buat program ni tergesa2.. patutnya ader perancangan teliti, kaji betul2.. mmg ader kelemahan dlm setiap percubaan pertama, tp kalo dirancang dgn teliti & bykkan penerapan nilai2 Islam rasa nyer masalah ni takkan timbul.. bknnya ndak suruh hentikan terus PKN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-07-04 03:17


tapi alea13, ada pihak disini yg nak pkn dihentikan terus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 03-07-04 03:47


jackie, yg ndak PKN dihentikan terus tu, saya tak setuju.. somehow gol. remaja mmg patut didedahkan dgn program2 mcm PKN ni, tp dgn pengisian yg lbh baik & bkn tumpukan pd aspek pembangunan fizikal jekk..

in my opinion, PKN mmg patut ditangguhkan utk sementara waktu sampai ler modul baru yg jauh lbh baik drp modul yg ader skrg dilaksanakan.. naper masih ndak tergesa2 teruskan program w/pun nampak byk kepincangan yg timbul.. kata ndak kaji, tp dlm masa yg sama masih paksa remaja sertai PKN.. rugi ker govt. kalo tangguhkan dulu sampai hasil kajian selesai.. dah byk pihak yg suarakan bantahan, tp mcm tak der aper2..

sumbangan kita pd negara hanya melalui PKN je ker.. dah tu kita yg tak sertai PKN ni, tak der sumbangan la.. cam tu??


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Pojie_88
Warga Rasmi
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9671
Posting: 4
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-07-04 10:57


...


Bookmark and Share

    


  Member Information For Pojie_88Profil   Hantar PM kepada Pojie_88   Quote dan BalasQuote

jasmine0981
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.08.2003
Ahli No: 2990
Posting: 43
Dari: pahang

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-04 13:56


assalamualaikum...
rasanya pihak-pihak yang terbabit perlu memahami kerisauan kita terhadap tahap keselamatan anak-anak gadis kita di sana. Sekarang ni ramai yang tak boleh nak diharap untuk jaga maruah kaum wanita se aqidah mereka pun.

Mungkin salah satu cara yang mampu kita buat pun memorandum jugak la kot.
Bagi cadangan-cadangan kita untuk memperkemas modul (adakah ada pihak yang nak dengar cadangan ni? )

untuk saudara jackie...concern saudara terhadap kesihatan amatlah bagus tapi amat menyedihkan saya kerana itu lebih saudara utamakan daripada keselamatan maruah kami.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasmine0981Profil   Hantar PM kepada jasmine0981   Quote dan BalasQuote

PeNguin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.04.2004
Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-07-04 13:58


ya allah...sy pun sebagailelaki malu rasanyer....hmm...ni ler islam hadhiri kononyer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PeNguinProfil   Hantar PM kepada PeNguin   Pergi ke PeNguin's Website   Quote dan BalasQuote

nurfara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-07-04 14:49


saya tumpang sedih mendengar cerita ini.... semoga ada perubahan di masa akan datang.. yg bersalah perlu di hukummm.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfaraProfil   Hantar PM kepada nurfara   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-07-04 04:51


cakap banyak kang org marah.....


baiklah....program ni pada dasarnya pun dah menyalahi islam...pada perlaksanaan....langsung tak ade etika pengurusan yg baik...saya mmg setuju kalau ianya di bekukan dahulu..utk di buat kajian balik...yang DI SOKONG sangat tu kenaper??mmg rakyat malaysia lemah...sana sini lemah..sampailah tahap lemah tenaga batin....tetapi tu bukan masalahnya sekarang...islam ajaranya tak jumud..bukan dengan adekan PLKN ni jer kita boleh kuatkan remaja ni...enta sendiri pikirlah.......banyak lagi cara...kita tak payah bertekak di sini sebab tak datangkan manafaat.....sudah banyak isu2 yang begini ttp masalahnya ttp berlangsung.......................

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 04-07-04 05:05


Pelatih PLKN didapati mengandung setelah dilakukan ujian

Friday, July 02 @ 09:49:43 MYT


KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Hrkh) - Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu bahawa seorang pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (LPKN) didapati positif selepas dijalankan ujian mengandung kali pertama.

Saksi kelima pendakwa, Koperal Tuan Mohd Yusni Tuan Seman, 32, berkata, beliau menyuruh seorang bidan di Pusat Rawatan Kem Seberang Takir, Semeliah Tahir menjalankan 'urine pregnant test' (UPT) terhadap pelatih berkenaan.

Katanya, ujian tersebut dibuat dengan mencelup sejenis kertas ke dalam air kencing.

"Saya tak lihat proses ujian itu tapi saya tengok keputusan, kertas tersebut yang ada pada bidan Semeliah," ujarnya.

Tambahnya, bidan itu memberitahunya bahawa sememangnya terdapat dua garisan pada kertas tersebut iaitu positif.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada perbicaraan seorang jurulatih PLKN yang dituduh merogol seorang pelatih program itu di Setiu antara jam 7.28 hingga 9.10 malam dalam kereta di kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu pada 28 Februari lalu.

Jurulatih berkenaan, Zuki Mohd, 29, yang diwakili peguam Mohd Yusop Majid didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dua puluh tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim.

"Saya bersama 'staff nurse' Rukiah dan (prebet) Russinah tengok kertas itu. Saya tak pandai baca (kertas itu) tapi saya tahu keputusan positif daripada Semeliah," kata Mohd Yusni yang bertugas sebagai paramedik ATM di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu.

Bagaimanapun, katanya mereka bertiga tidak memaklumkan kepada doktor di pusat rawatan Kem Seberang Takir yang memeriksa kesihatan pelatih berkenaan.

Terdahulu, beliau memberitahu pelatih berkenaan berjumpanya di khemah rawatan kem Merang pada jam 8.45 pagi, 2 Mac lalu dan mengadu sakit dada, pening kepala dan batuk.

Pada masa itu, katanya, Prebet Russinah ada bersamanya manakala pelatih berkenaan ditemani rakannya.

"Lepas dia (pelatih berkenaan) datang, duduk atas katil rawatan, saya minta nak periksa tekanan darah dan suhu badan tapi dia tak bagi," katanya yang bertugas di khemah perubatan kem tersebut bersama tiga lagi rakannya.

Menurutnya, pelatih berkenaan tidak membenarkan dilakukan pemeriksaan kerana dia telah menelefon doktor peribadinya yang ketika itu dalam perjalanan.

Beliau kemudian menyuruhnya berehat di dalam bilik rawatan yang berhawa dingin sementara menunggu doktor tersebut datang ke situ.

Bagaimanapun, katanya doktor yang disebutkan oleh pelatih berkenaan tidak datang sehingga tiba waktu makan malam iaitu kira-kira jam 6.30 petang.

"Dia minta balik ke bilik (khemah), saya benarkan," ujarnya.

Menurutnya, semasa pelatih berkenaan datang berjumpanya, dia berwajah muram seperti orang ada masalah.

Katanya, walaupun pelatih berkenaan memberitahu ada batuk-batuk tetapi beliau tidak mendengar pelatih itu batuk dari jam 8.45 pagi hingga 6.30 petang. Pelatih berkenaan, ujarnya tidur semasa berada di bilik rawatan.

Semasa ditanya, sama ada terdapat apa-apa dokumen ketika pelatih berkenaan datang, beliau memberitahu hanya menyediakan kertas A4 untuk membuat catatan kerana tiada kad rawatan.

"Dia tak beri untuk pemeriksaan, jadi saya tak catat butir-butir peribadi dan tak tahu pelatih itu dari negeri mana," jelasnya.

Beliau bagaimanapun merasa pelik kerana pelatih berkenaan memberitahu menunggu doktor peribadi dan beranggapan boleh jadi dia anak Dato' atau orang berada.

Baginya, tidak terlintas semasa menunggu doktor peribadi datang, fikiran pelatih berkenaan terganggu.

Katanya, oleh kerana tidak dijalankan pemeriksaan sepanjang tempoh itu, maka beliau tidak memberikan sebarang ubat kepadanya.

"Dia datang balik pada 13 Mac, jam 8.45 pagi berjumpa saya di khemah rawatan dan mengadu demam, sakit dada, pening kepala, batuk tak ada," katanya.

Selepas itu, beliau memeriksa tekanan darah pelatih berkenaan dan memeriksa denyutan nadi di mana tekanan darah 170/110, nadi 69 dan suhu badannya 37.8 darjah celcius.

Baginya, pelatih berkenaan menghadapi masalah berdasarkan kepada bacaan tekanan darahnya jika dibandingkan dengan usianya 18 tahun.

Menurutnya, pada kebiasaannya tekanan darah yang normal pada usia itu ialah 100/70 atau 110/80.

Katanya, pelatih berkenaan memberitahunya ada masalah tetapi tidak memaklumkan masalah tersebut.

"Saya bersama Russinah telah memberi rawatan dan memasang ivdrip yang bertujuan untuk menurunkan suhu badannya dan memberi dua biji tablet brufen," katanya.

Beliau berkata, jika tekanan darah terlalu tinggi boleh menyebabkan pitam dan tekanan tetapi tidak mengganggu fikiran atau meracau.

Katanya, selepas memberikan sebotol Iv-drip, denyutan nadi pelatih berkenaan menjadi normal.

Tambahnya, semasa pelatih berkenaan datang berjumpanya pada 13 Mac itu, dia tidak murung dan berada di khemah rawatan sehingga 16 Mac.

Katanya, pada 16 Mac, kira-kira jam 9.30 pagi, pelatih berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Kem Seberang Takir kerana tekanan darahnya tidak menentu dan naik apabila 'Iv-drip' dicabut.

Menurutnya, sepanjang tiga hari itu, bacaan tekanan darah pelatih itu diambil setiap dua jam.

Beliau berkata, sebaik tiba di pusat rawatan kem itu, tekanan darah, suhu badan dan denyutan nadi pelatih itu diambil yang dicatat pada kertas A4.

"Lepas itu, bawa jumpa doktor, saya keluar dari bilik," katanya.

Katanya lagi, selepas berada kira-kira lima minit semasa menjalani pemeriksaan doktor, pelatih berkenaan keluar dan membawa slip ubat dan beliau mengambil slip itu dan melihat jenis ubat yang akan diambil.

Tambahnya, doktor menyenaraikan tablet betaloc yang perlu dimakan oleh pelatih berkenaan sebiji pada waktu malam sahaja untuk kegunaan rawatan darah tinggi.

"Saya ambil ubat dekat bilik farmasi dalam lima biji, bagi kepada (merujuk pelatih berkenaan) lepas diambil di klinik itu," jelasnya.

Katanya, selepas pelatih berkenaan keluar dari bilik doktor, beliau telah menyuruh Semeliah membuat ujian UPT.

Tambahnya, keputusan UPT yang positif itu telah dimaklumkan kepada Penolong Ketua Kem Komandan, Leftenan Normazuraida Zakaria yang lebih dikenali dengan panggilan Aida.

Beliau tidak memberitahu perkara itu kepada ketua komadan kerana berpendapat kes yang melibatkan masalah perempuan adalah wajar diberitahu kepada orang perempuan iaitu Leftenan Normazuraida sahaja.

Pada 17 Mac, Leftenan Aida telah memintanya supaya dilakukan UPT sekali lagi dan pelatih berkenaan tahu mengenainya dan dibawa semula ke Kem Seberang Takir yang turut disertai bersama Prebet Russinah dan Aida sendiri.

Katanya, hasil ujian itu yang dilakukan dua kali oleh Semeliah mendapati keputusannya was-was dan tidak tepat sama ada mengandung atau tidak.

"Sebelum balik, Semeliah beri kertas kad pusingan, ujian UPT kepada Russinah," ujarnya.

Tambahnya, ujian itu dilakukan semula kepada pelatih berkenaan pada 18 Mac oleh Aida dan Russinah di bilik rawatan Kem Merang.

"Saya tak pasti siapa minta ujian dijalankan dan keputusannya negatif, Russinah beritahu," katanya.

Katanya, pada 19 Mac, ujian UPT dilakukan sekali lagi di bilik rawatan kem itu atas permintaan pelatih berkenaan dan keputusannya adalah negatif.

"Pada pagi 14 Mac, saya diberitahu oleh Russinah bahawa (merujuk pelatih berkenaan) mengadu kat dia dirogol oleh Cikgu Zek," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak bertanya kepada pelatih berkenaan mengenai kejadian itu. Ketika ditanya siapa Cikgu Zek, beliau berkata ia adalah panggilan para pelatih kepada Zuki.

Mohd Yusni juga memberitahu bahawa semua ubat betaloc yang diberikan kepada pelatih berkenaan, dia sendiri yang memakannya.

"Dia beritahu pada 16 Mac selepas Maghrib di khemah perubatan, dia makan lebih ubat betaloc beberapa biji, sepatutnya makan sebiji sahaja," katanya.

Menurutnya, ujian pertama UPT yang menunjukkan keputusan positif tidak diberitahu kepada pelatih berkenaan.

Beliau juga diminta membuat pengecaman kepada pelatih berkenaan, Zuki Mohd, Leftenan Normazuraida Zakaria, Prebet Russinah Muaram dan staff nurse Rukiah Sarikal.

Perbicaraan yang masuk hari keempat semalam bersambung pada 27 hingga 29 Julai ini. - AYU/mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-07-04 12:49


hehehehehe....

korek lagi rasia yangberlaku mase program PLKN..biar semua orang tahu tentang berapa longarnye pentakbiran kerajaan sekarang ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-07-04 13:32




memang memalu kan betul.....tak patut terjadi macam tu....ana setuju dengan hanisah...sebagai perempuan...perkejaan ini amat tak bertimbang rasa....masya allah...



Quote:

On 2004-06-15 02:26, Martyr wrote:
yer memang ada...

p/s: malu betul...



-----------------
ilmu itu penyuluh hidup

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-06-15 02:26 ]



Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 05-07-04 17:09


Quote:

On 2004-07-02 17:50, muslimin23 wrote:
emmmm..

izham...kalau yang cacat-cela tu perkara yang kecil..tak kisah la...ni dah sampai kes rogol perserta ni aper cerita...kita cuba bayangi nasib remaja yang kena rogol tu...apakah nasib dorang sekarang ni...kalau benda kecil tu..buang mase je buat topik dalam forum ni....tapi ni kes masa depan peserta...tak kankes rogol ni adalah perkara kecil???? fikirkanlah...saya tak mahu remaja sekarang ni jadoi lebih terul lagi....


saya akui kes rogol tu bukan perkara kecil tetapi sapa yg salah dalam kes tu program itu yg salah atau jurulatih itu? itu yg saya katakan, jgn sebab nyamuk sekor kelambu dibakar.....dulu kes rogol melibatkan guru sekolah merogol pelajar di sekolah so, tak payah lah kita ke sekolah? macam tu ke? samalah macam kes dgn program ni...disebabkan seorg jurulatih merogol yg lain tak payah ikuti program ni???? saya cuma nak kita berpikir dari pelbagai sudut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-07-04 22:05


haha...tp bila dengar kes rogol kat sekolah, dorang semua terus boikot sekolah kut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 04:42


ape pulak mcm tu....tak ade munasabah langsung kiasan tu...mcm org tak mengaji je...enta org ni..pikirlah baik2 kalau nak jawab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 02:51


PLKN: Kuliah agama disekat, arak dan pergaulan bebas dibiarkan

Monday, July 05 @ 11:24:52 MYT


Oleh Fadzil Nordin
SAYA merupakan bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendaftar pada 16 Febuari dan tamat latihan pada 30 April yang lalu di Kem Sri Impian, Sg. Bakap dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Diharapkan pengalaman yang saya alami sepanjang PLKN ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia tentang motif dan cara pelaksanaan program tersebut.

Setelah saya mengikuti program ini, saya dapat melihat bahawa kerajaan mempunyai motif lain selain daripada membentuk jati diri dan sahsiah iaitu memastikan kemenangan berterusan kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini jelas terbukti dalam modul kenegaraan.

Selain daripada itu, PLKN juga lebih banyak merosakkan akhlak remaja kerana pergaulan lelaki dan perempuan yang tidak dibatasi. Bahkan jurulatih-jurulatih menggalakkan supaya percampuran ini dilakukan.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila ada di kalangan peserta yang cuba mengecualikan diri daripada melakukan percampuran ini ialah mereka diejek dan dikecam dengan hukuman dan dendaan.

Selain itu kegiatan jenayah seperti kecurian, penyalahgunaan dadah, dan arak juga berleluasa di kalangan peserta PLKN terutama remaja Melayu Islam.

Saya juga mendapati tiada sebarang usaha dilakukan untuk membanteras kegiatan-kegiatan tersebut. Bahkan terdapat di kalangan sahabat PLKN di USM yang menjadi pengedar rokok dan sebagainya.

Dalam pada itu, nilai-nilai agama juga ditinggalkan jauh ke belakang. Program keagamaan juga dihalang daripada dilaksanakan.

Ini terjadi pada hari pertama saya di USM. Apabila seorang ustaz yang dijemput dari Pusat Islam USM sendiri menyampaikan kuliah Maghrib, tiba-tiba Timbalan Kem Komandan, Prof. Madya Leftenan Itam Sulaiman sendiri yang menyerbu surau dan menghalang kuliah maghrib itu daripada diteruskan.

Selain itu, soal sembahyang lima waktu juga tidak dititikberatkan. Apabila perkara ini diajukan kepada jurulatih, mereka hanya memberikan jawapan ini bukan tugas kami.

Inilah propaganda kerajaan kononnya mementingkan nilai agama dan kononnya negara Malaysia adalah negara Islam dengan melaksanakan ‘Islam Hadhari’.

Di manakah Islam yang menjadi ikutan kita? Adakah Islam hanya pada nama dan di portfolio sahaja?

Saya menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat, marilah kita sama-sama kembali kepada Islam dan sama-sama kita bangunkan negara kita berteraskan ajaran Islam sebenar.

Janganlah tertipu lagi dengan media massa perdana negara kita. Semuanya menjadi 'pak turut' kerajaan. - mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

fakir_ilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 9701
Posting: 3
Dari: bumi

denmark  


posticon Posting pada: 08-07-04 05:53


susah saya nak gambarkan bende2 tu berlaku.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fakir_ilahiProfil   Hantar PM kepada fakir_ilahi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 02:13


susah nak di fikir..tapi itulah yg sedang berlaku..fakir_ilahi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-07-04 04:14




dah lama saya tak menulis...tiba2 tgk topik paneh nie terus je dtg idea nak menulis.

pertama kita lihat : ape tujuan sebenar PLKN ini?
kedua : apakah matlamat terakhirnya?
ketiga : apakah hasil produknya?
keempat : apakah kesan positifnya?
kelima : apakah nilai-nilai agama diterapkan?
keenam : adakah kakitangan JAKIM/Jab. Agama Negeri-negeri?NGO dilibatkan?
ketujuh : mana yg lebih byk ketara, manfaat atau mudharat?

biler kita lihat semula kesemua-semua perkara ni kita akan nampak PLKN itu sendiri tanpa perlu ada pro dan kontra.

soalnya, kenapa perlu PLKN direvise atau dinilai semula?

apakah PLKN perlu disalahkan seratus peratus?

salah siapa?salah PLKN kah atau salah penganjur PLKN?

apa alternatif kita kepada persoalan ini?

bgmana kita nak menerangkan pd ibu bapa,masyarakat,kerajaan dan negara bahawa PLKN ini perlu diperbaiki perlaksanaannya dan bukan sekadar kilang 'membancuh' otak para lepasan SPM?

kenapa lepasan-lepasan pengajian Islam dari Timur Tengah dan IPTA/IPTS tak dilantik menjadi jurulatih/fasi untuk PLKN?

apakah gejala-gejala sosial yang berlaku dlm kem-kem PLKN tidak diambil berat?

kenapa PKLN tak dijadikan Akademi Tarbiyah untuk lepasan-lepasan PLKN ini?

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 10:54


iskhh22....teruk gak bebudak pompuan pkn ni...
mentang2 dok jauh ngan mak bapak,diorg main uat sesuke hati je eik.kpd parents tu,tgk2 la anak anda sume sb skg ni mcm2 leh jadi tau...hehee..
wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

xrem2020
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8908
Posting: 58
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 13:11


per la nak jd dgn org now nnie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For xrem2020Profil   Hantar PM kepada xrem2020   Pergi ke xrem2020's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 19:55


Muslimat PAS gesa Program Khidmat Negara dirobohkan

Tuesday, July 20 @ 17:58:58 MYT


KEMAMAN, 20 Julai (Hrkh) – Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Senator Safinah Jusoh menggesa ahli-ahli PAS supaya bersatu bagi merobohkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwujudkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melatih para remaja supaya menyokong mereka.

Katanya, PLKN adalah antara aktiviti BN untuk mendidik dan menarik para remaja agar memberikan sokongan kepada mereka dalam pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, pihak pembangkang di Parlimen telah mengemukakan bantahan dan cadangan supaya PLKN dibatalkan tetapi tidak diterima oleh kerajaan.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kemaman, Rohasni Hussin berkata, semakin ramai ibu bapa yang melahirkan kebimbangan dengan penglibatan anak-anak dalam PLKN.

Katanya, para ibu bapa khuatir dengan bentuk latihan PLKN dan cara ianya dilaksanakan yang melibatkan percampuran antara pelatih lelaki dengan perempuan secara bebas.

“Ibu bapa bimbang PLKN memberi kesan buruk kepada anak-anak mereka terutama remaja perempuan,†ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat agung itu.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan PLKN adalah satu bentuk paksaan oleh kerajaan, ianya terpaksa diikuti juga oleh mereka sekalipun ramai ibu bapa yang menyetujuinya.

Lagipun, menurutnya, ada di kalangan ibu bapa yang bimbang peluang anak-anak mereka untuk melanjutkan ke institusi pengajian tinggi gagal sekiranya tidak mengikuti PLKN selain akan dikenakan tindakan undang-undang.

Pastikan anak-anak sokong PAS

Dalam ucapannya, Safinah juga meminta para Muslimat PAS memastikan anak-anak mereka bergiat aktif di dalam parti dan tidak terlibat dengan aktiviti parti lawan.

“Pastikan anak-anak kita supaya tidak termsuk dalam Puteri Umno,†ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman kali ke-20 di Markas Tarbiyah Bukit Mentok, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa supaya menasihati anak-anak berada dalam jamaah dan memberikan sokongan kepada kepemimpinan PAS untuk memperjuangkan Islam.

Katanya, adalah tidak menjadi keberatan bagi muslimat untuk menarik sokongan anak-anak dan masyarakat kepada perjuangan PAS.

Bagi muslimat pula, tambahnya, mereka hendaklah memberikan sokongan yang berterusan kepada kepemimpinan parti dalam meneruskan perjuangan tanpa mengira peringkat.

“Bagi kita muslimat yang telah bersedia dalam jamaah ini dari segi amal dan keyakinan kita, kita mesti bersatu hati,†ujarnya.

Ini, katanya kerana kegemilangan dan kecemerlangan PAS berada dalam tangan ahli-ahli yang memerlukan mereka saling bantu membantu antara satu sama lain.

“Bagi kita sedia berada dalam jamaah ini, kita hendaklah menunjukkan benar-benar apa yang diperintahkan oleh Allah seperti jihad dengan pengorbanan jiwa dan raga dan harta benda, mestilah niat kita ini untuk mendapatkan keredaan Allah,†ujarnya lagi.

Selain bersatu hati, katanya muslimat mestilah patuh kepada keputusan kepemimpinan di samping bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“Syabas dan terima kasih kepada semua muslimat dalam mengerjakan kerja-kerja dalam gerakan PAS ini,†katanya. – KAM/ayu





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

nuruludz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4225
Posting: 148
Dari: pahang darul peace

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 23:18



marahnya ana baca isu ni...
geram,tak bermoral btul org yg wat benda ni!!!!
mkn byk wat maksiat lah program2 camtuh..hati2 wahai perempuan yg akan dpt tawaran pg PKN tahun akan dtg.actually cerita2 camnilah mbuatkan org takut nak pg tapi ntahlah...wallahu'alam
ws

-----------------
WhatEvEr U Do 'PUT YOUR TRUST IN ALLAH"..ThInk BeForE Do It BeCAUse "ALLAH ALWAYS WItH U"..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruludzProfil   Hantar PM kepada nuruludz   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 07:47


isk isk isk apo nak jadi. Dunio dunio.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-07-04 21:32


,183 peserta PLKN bakal terima saman mulai esok


PEKAN: Mulai esok, polis akan menyerahkan saman mahkamah kepada 5,183 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gagal melapor diri menyertai program itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan tegas itu diambil selepas kerajaan memberi banyak peluang kepada mereka berdegil untuk melapor diri menyertai program itu.

“Polis akan menentukan tindakan yang wajar diambil sebab kita sudah beri banyak peluang kepada mereka. Jadi, tak ada sebab kita tak boleh ambil apa-apa tindakan terhadap mereka,†katanya.

Beliau diminta mengulas bentuk tindakan kepada peserta PLKN yang tercicir dan belum melapor diri selepas tarikh akhir mereka perlu berbuat demikian yang tamat hari ini (25 Julai).

Setakat tengah hari semalam, seramai 5,183 peserta PLKN masih belum berdaftar dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk menyertai program berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian dividen Risda kepada peserta Tanaman Semula Kelompok (TSK) Kampung Sawah Batu, Mukim Bebar, di sini semalam, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai PLKN, berkata sekiranya peserta PKN masih gagal hadir ke mahkamah, polis akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

“Buat permulaan, kita kena kesan mereka dulu dan kalau dapat kesan, polis akan hantar surat saman untuk mereka hadir ke mahkamah.

“Kalau masih tak hadir ke mahkamah, barulah kita keluar waran tangkap. Di mahkamah, mereka akan diperiksa mengapa tak lapor diri, ada atau tidak alasan munasabah sebelum mahkamah menentukan hukuman yang seadil terhadap mereka,†katanya.

Ditanya sama ada mereka terbabit dikategorikan peserta yang benar-benar degil, Najib berkata: “Ya.. degillah, itu sebab kita ambil tindakan.â€

HA SUDAH....TAK TAHU NI...APELAH NASIB...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

my_masjid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.06.2003
Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-07-04 22:05


Hmm...ni la krisis yg timbul tiap2 hari.Cuma kita je yg kurang perasan.Kalau kita cuba fikir sejenak,apakah perkara sebegini yg rakyat Malaysia mahu?Kalau kata tak mahu,dah terang2 ramai rakyat Malaysia menolak pendekatan Islam yg ingin diterapkan.Pd pndngan ana,selagi belum terlaksana perundangan Islam,selagi itu kita dan generasi seterusnya berada dlm keadaan yg 'tidak selamat'.


-----------------
Hati yang dekat pada masjid akan dekat dengan ilmu,hati yang dekat pada ilmu akan dekat dengan amal kebajikan,hati yang dekat dengan amal kebajikan akan dekat dengan Syurga.Dan Syurga itu pastinya dekat dengan Allah s.w.t

Bookmark and Share

    


  Member Information For my_masjidProfil   Hantar PM kepada my_masjid   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 23:26


Pelatih PLKN buat pengakuan bertulis dirogol

Wednesday, July 28 @ 13:17:00 MYT


KUALA TERENGGANU, 28 Julai (Hrkh) - Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (LPKN) membuat pengakuan secara bertulis bahawa dia dirogol oleh seorang jurulatih program itu.

Saksi keenam pendakwa, prebet Russinah Muaram, 23, berkata, beliau membaca pengakuan yang ditulis oleh pelatih itu sebelum menandatanganinya untuk pengesahan.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada perbicaraan seorang jurulatih PLKN yang dituduh merogol seorang pelatih program itu di Setiu antara jam 7.28 hingga 9.10 malam dalam kereta di kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu pada 28 Februari lalu.

Jurulatih berkenaan, Zuki Mohd, 29, yang diwakili peguam Mohd Yusop Majid didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dua puluh tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim itu disambung semula semalam setelah ditangguhkan pada 1 Julai lalu.

“Saya tandatangan sebagai saksi yang melihat dia (pelatih berkenaan) menulis (pengakuan itu),†ujarnya yang bertugas sebagai paramedik semasa menjawab pertanyaan Ahmad Zaidi yang mencelah mengapa dia perlu menandatangani pengakuan tersebut.

Saksi ketujuh pendakwa, Norsahar Adlan Mat Husain, 25, pula memberitahu, dia ada mendengar mengenai kejadian seorang pelatih PLKN di Kem Suria Holiday, Merang, Setiu daripada pelatih itu sendiri.

Katanya, pelatih itu memberitahunya pada malam 29 Februari lalu iaitu selepas waktu makan malam di dalam kem itu berhampiran pejabat urusetia dan pengarah kem.

Menurutnya, pelatih berkenaan memberitahunya pada ketika itu semwaktu berselisih dengannya yang secara kebetulan beliau mahu pergi ke pejabat di kem itu.

Dia dirogol Cikgu Zuki

“Dia (pelatih berkenaan) beritahu saya dia telah dirogol oleh Cikgu Zuki,†ujarnya yang bertugas sebagai jurulatih modul fizikal di kem tersebut semasa menjawab pertanyaan Othman.

Beliau yang bekerja sebagai kontraktor binaan menambah, pelatih itu memberitahunya dia dirogol di dalam kereta tertuduh.

Katanya, pelatih itu kelihatan agak sedih selepas memberitahu dia dirogol dan selepas itu dia menangis.

“Saya tanya sama ada nak lapor kepada pengarah kem. Masa itu dia senyap, belum ada jawapan. Sayang cadangkan supaya buat report polis,†ujarnya.

Norsahar berkata, dia ada melihat pelatih tersebut keluar bersama Zuki dengan menaiki kereta berhampiran pondok pengawal pada petang 28 Februari. Katanya, kereta itu dipandu oleh Zuki manakala pelatih itu duduk di bahagian depan.

(Pelatih berkenaan) beritahu sebelum naik kereta dia nak pergi ke bank di Wakaf Tengah. Dia tak sebut bank itu,†ujarnya yang tinggal sebilik dengan tertuduh di kem itu.

Menurutnya, dia mengenali pelatih itu sebagai salah seorang pelatih PLKN di Kem Merang dan berkeadaan ceria semasa datang ke kem itu.

Beliau turut membuat pengecaman terhadap pelatih berkenaan pada jam 3.18 petang semasa diminta berbuat demikian oleh Othman.

Semasa menjawab pertanyaan peguam Mohd Yusop, beliau berkata menurut peraturan kem, jurulatih lelaki yang membawa keluar pelatih wanita mesti ada jurulatih wanita bersama.

Dia dirogol Cikgu Zek

Saksi kelapan pendakwa, Mohd Zamri Ab Ghani, 36, pula berkata, pelatih berkenaan memberitahunya pada awal bulan Mac lalu bahawa dia dirogol oleh Cikgu Zek iaitu panggilan pelatih kepada Zuki.

Beliau selaku ketua logistik di kem itu juga bertanya pelatih itu bagaimana kejadian itu berlaku.

Katanya, pelatih itu memberitahu dia keluar pergi ke bank dan kejadian itu di kawasan hutan berhampiran dengan kem.

“Dia kata Cikgu Zek rogol dia, dia ada beritahu tarikh tapi saya tak ingat,†ujarnya semasa menjawab pertanyaan Othman.

Menurutnya, pelatih itu memberitahunya semasa berada dalam dewan perhimpunan berdekatan dengan dewan makan kerana ketika itu ada taklimat.

“Saya tanya dia (pelatih berkenaan) kenapa awak nampak sedih. Dia jawab ada masalah. Kemudian dia tanya saya, boleh simpan rahsia, saya kata boleh.

“Lepas itu dia cerita dia dirogol seperti cerita tadi,†ujarnya selaku Bentara Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Katanya, keesokan hari selepas pelatih itu memberitahunya mengenai kejadian itu, beliau memberitahu pula kepada pihak atasan di kem itu iaitu komandan kem, Mejar (B) Abdul Rahman Abdul Samad.

Tambahnya, komandan kem memberitahu akan cuba menyelesaikannya. Perbicaraan bersambung hari ini. – AYU/zs



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 22:50


Cikgu ajar survival malam’


KUALA TERENGGANU: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang mendakwa dirogol jurulatihnya, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam dia dibawa ke satu kawasan hutan oleh jurulatih itu kononnya untuk mengajarnya ‘survival malam’, sebelum merogolnya.

Gadis berusia 18 tahun itu berkata, dia tahu mengenai ‘survival siang’ iaitu latihan gerak hutan yang diajar kepada pelatih PLKN, tetapi tidak tahu mengenai ‘survival malam’ yang dimaksudkan oleh jurulatihnya.

“Dia tanya sama ada saya pernah buat ‘survival siang’ dan mahu menunjukkan kaedah untuk melaksanakan ‘survival malam’.

“Tetapi saya berasa takut dan kata nak balik. Dia terus bawa kereta ke kawasan hutan tidak jauh daripada kem sehingga saya nampak bangunan bertulis Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan. Kereta itu kemudian memasuki satu simpang tanah merah dan berhenti,†katanya.

Pada ketika itu, Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim, mengarahkan perbicaraan dijalankan secara tertutup.

Mangsa memberi keterangan di hadapan Ahmad Zaidi pada perbicaraan terhadap Koperal Zuki Mohamad, 29, yang dituduh merogolnya di satu kawasan Industri Tani Rhu Tapai, Merang, Setiu, pada 28 Februari lalu antara 7.28 malam dan 9.30 malam.

Mangsa yang juga saksi ke-11 pendakwaan berkata, tertuduh pada mulanya membawanya ke Jeti Merang, Setiu, selepas berhenti untuk membeli sata di sebuah gerai.

“Saya lihat Cikgu Zuki (tertuduh) seolah-olah memikirkan sesuatu dan dia menghisap rokok yang banyak ketika duduk di atas batu di jeti berkenaan.

“Sebelum itu, dalam perjalanan pulang dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Batu Rakit, Cikgu Zuki bertanya sama ada saya pernah makan sata atau tidak dan saya menjawab belum pernah sebab itu adalah kali pertama saya berada di Terengganu,†katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah.

Mangsa memberitahu tertuduh yang memandu kereta tidak memasuki simpang ke kem, sebaliknya meneruskan perjalanan ke suatu tempat yang tidak diketahui mangsa.

Apabila ditanya, tertuduh berkata, mahu membawa mangsa ke Jeti Merang dengan alasan untuk menikmati sata bersama mangsa.

Ahmad Zaidi menetapkan 25, 26, 28 dan 29 September depan untuk menyambung semula perbicaraan kes berkenaan.


Jurulatih tidak hantar pelatih PLKN ke kem latihan

Friday, July 30 @ 12:53:30 MYT


Oleh Azmi Yusof
KUALA TERENGGANU, 30 Julai (Hrkh) - Seorang pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam bahawa seorang jurulatih lelaki tidak membawanya pulang ke kem setelah mereka berdua pulang dari sebuah bank.

Katanya, jurulatih berkenaan, Zuki Mohd memandu kereta seperti biasa untuk pulang ke kem tetapi tidak membelokkan kereta memasuki kem apabila melalui hadapan kem tersebut.

"Saya tanya pada dia, cikgu (panggilan pada jurulatih) nak ke mana, kemudian dia jawab, saya nak bawa awak ke Jeti Merang sebab awak tak pernah pergi," katanya semasa menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada perbicaraan seorang jurulatih PLKN yang dituduh merogolnya pada 28 Februari lalu.

Jurulatih berkenaan, Zuki Mohd, 29, dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 7.28 hingga 9.10 malam dalam kereta di kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Perbicaraan kes itu dijalankan di hadapan Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim manakala tertuduh diwakil peguam Mohd Yusop Majid.

Jurulatih ajak makan dan ambil angin

"Saya kata pada dia tak mahu sebab saya nak balik, kemudian dia kata inilah masa dia nak release tension sebab tertekan dengan pelatih-pelatih dalam kem," katanya lagi.

Katanya, pada masa yang sama beliau merasa was-was.

Tambahnya, apabila sampai ke Jeti Merang, Zuki matikan injin kereta dan keluar dari kereta dan membuka bungkusan sata yang dibeli sebelum itu.

"Dia kata janganlah segan, jemputlah makan. Masa itu saya dah keluar kereta dekat pintu kereta, saya kata pada dia saya nak balik," katanya yang mendaftar sebagai pelatih PLKN di kem itu pada 16 Februari lalu.

Menurutnya, jurulatih itu berkata kepadanya untuk membawanya makan dan mengambil angin.

Katanya, pada masa itu dia nampak Zuki mengambil tiga ketul sata dan pergi di atas batu sambil mengadap ke arah laut dan memakan sata yang diambil itu.

Beliau yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Seri Serdang, menambah dia tidak mengikut jurulatih yang berada di atas batu itu.

"Kemudian saya lihat dia seolah-olah memikirkan sesuatu dan hisap terlalu banyak rokok, tak tahu berapa batang, hisap-hisap buang," ujarnya.

Pelatih itu turut memakan satu ketul sata sahaja dan tidak mengetahui kandungan di dalamnya ada cili.

"Apabila tergigit, saya rasa pedas, saya kata saya nak pergi beli air sekejap. Kemudian dia datang ke arah saya, dia kata pada saya dah bawa air untuk awak," ujarnya.

Katanya, jurulatih itu mengambil air dalam botol dari bonet belakang kereta dan menyuruhnya minum.

"Saya minum air, saya kata saya nak balik, nak sembahyang Asar. Kemudian dia kata, ok, jom balik sebab dah nak Maghrib, lagipun dekat jeti ini waktu Maghrib ramai pencegah maksiat," katanya lagi.

Pelatih takut pada jurulatih

Tambahnya, Zuki memandu kereta mengikut jalan yang sama tetapi tidak sampai ke jalan yang menuju kem dan memasuki ke jalan sebelah kanan yang tidak berapa jauh dengan kem.

"Saya lihat satu lorong dalam hutan. Saya tanya, cikgu nak bawa saya ke mana, saya nak balik. Dia kata pernah buat survival waktu siang dan sekarang saya nak ajar awak macam mana nak buat survival malam," katanya yang tahu survival siang iaitu satu aktiviti PLKN di dalam hutan.

Tambahnya, beliau yang tidak mengetahui mengenai survival malam mula merasa takut apabila Zuki bercakap sedemikian.

"Saya cakap nak balik, dia bawa kereta buat tak tahu saja. Saya nampak ada rumah orang dan saya lihat dia masuk ikut satu pintu pagar, kemudian dia dia terus bawa kereta.

Kemudian saya lihat ada satu bangunan yang tertulis Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan," ujarnya.

Menurutnya, Zuki terus memandu kereta dari laluan tar ke jalan tanah merah dan memasuki satu simpang lalu memberhentikan keretanya.

Pada peringkat ini, Timbalan Pendakwa Raya meminta perbicaraan dijalankan secara tertutup dan Hakim Ahmad Zaidi membenarkannya.

Perbicaraan secara tertutup bermula 10.35 pagi sebelum ditangguhkan pada kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Jurulatih tawar diri untuk hantar ke bank

Sebelum itu, pelatih itu memberitahu dia mengenali Zuki sebagai salah seorang jurulatih PLKN di Kem Holiday Suria, Merang.

Menurutnya, dia berjumpa Zuki pada hari kejadian, 28 Februari lalu kira-kiran jam 3.30 petang di dewan makan kem yang kebetulan ketika itu sedang mencari jurulatih kumpulannya, Norazman untuk meminta kebenaran keluar ke sebuah bank.

Bagaimanapun beliau tidak menemui jurulatih kumpulannya itu.

"Dalam masa yang sama saya jumpa Zuki, saya tanya Zuki di manakah jurulatih saya, Zuki kata buat apa jumpa dia, saya kata saya jumpa dia nak keluar ambil duit di bank," katanya.

Menurutnya, Zuki memberitahunya bahawa jurulatih tidak ada di kem kerana telah balik ke rumah masing-masing dan yang ada hanya dia dan seorang lagi jurulatih, Norsahar.

Sehubungan itu, katanya Zuki telah menawarkan diri untuk menghantarnya ke sebuah bank di Batu Rakit bagi mengeluarkan wang.

Katanya, Zuki menyuruhnya yang berada seorang diri menunggu di kafetaria sementara dia menguruskan prosedur untuk membawanya keluar.

Jurulatih tersenyum apabila pelatih beritahu bank ditutup

"Saya tunggu di kafe lebih kurang 20 hingga 25 minit. Apabila dia sampai, dia parking kereta sebelah pondok pengawal. Sebelum naik kereta saya tanya ada tak jurulatih perempuan akan ikut serta, dia kata dia akan telah cari tapi tak jumpa.

"Waktu itu saya lihat jam di dalam kereta lebih kurang jam 4 petang. Saya beritahu, tak apalah cikgu sebab tak ada orang ikut, lagipun bank dah nak tutup," ujarnya.

Katanya, Zuki memberitahu jarak antara kem dengan banknya memakan masa 10 minit.

"Bila dia kata 10 minit boleh sampai, maknanya ada 20 minit, saya rasa boleh sampai. Saya was-was, saya naik juga kereta Zuki," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di Bank Simpanan Nasional di Batu Rakit, bank telahpun tutup.

"Saya kata pada Zuki bank telah tutup. Saya hairan lihat dia tersenyum," katanya.

Beliau meminta Zuki mengeluarkan wang seorang rakannya dengan menggunakan kad ATM yang diberikan kepadanya beserta sekeping kertas yang mengandungi nombor PIN.

Selepas Zuki membantu mengeluarkan wang sebanyak RM50 dan diberika kepadanya, beliau meminta untuk pergi ke sebuah kedai runcit bersebelahan dengan bank itu.

Katanya, selepas dia memasuki kedai itu, Zuki juga berbuat demikian untuk membeli rokok. Menurutnya, selepas membeli barang makanan di kedai itu, dia meminta Zuki menghantarnya balik ke kem.

"Saya tak banyak cakap dan dalam perjalanan balik, Zuki tanya pada saya pernah tak saya makan sata, saya jawab tak pernah sebab kali pertama saya datang ke Terengganu," katanya.

Tambahnya, kemudian Zuki memberhentikan keretanya di tepi jalan di suatu tempat yang tidak diketahuinya.

"Dia kata tunggu sekejap, saya nak beli sata," katanya yang tidak mengetahui mengenai sata itu.

Katanya, dia melihat ramai orang berada di warung menjual sata itu dan Zuki mengambil masa kira-kira sejam berada di situ.

Tambahnya, Zuki membawa satu bungkusan akhbar yang dimasukkan ke dalam beg plastik. "Saya kata lama sangat kerana saya nak sembahyang Asar, masa tu lebih kurang jam 6 petang.

Kemudian dia jawab saya nak hantar awak baliklah ni," katanya.

Perbicaraan akan disambung pada 25, 26, 28 dan 29 September depan. - mks.






Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-04 04:39


ish....baru sy tau psl vcd......i think da best solution kita kena separate boys n guls......include constructer.....harapkan pagar pagar makan padi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 20:49


Peserta PLKN ingkar dicari sampai dapat
Oleh Norfatimah Ahmad dan Wan Faizal Wan Jaafar





KUALA LUMPUR: Polis akan mencari hingga ke ‘lubang cacing’ setiap 4,269 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendaftar untuk menjalani program khas sejak 25 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Sedek Mohd Ali, berkata polis mempunyai pelbagai cara untuk mengesan pelatih terbabit walaupun mereka berada di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan penghantaran surat.

“Kita ada pelbagai cara untuk mengesan mereka, dalam lubang cacing pun kita cari. Sebab itu kita siasat dulu sama ada mereka terima atau tidak surat tawaran berkenaan,†katanya selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Sains Kepolisan sesi 2003/2004 di sini semalam.

Beliau diminta mengulas nasib 4,269 peserta PLKN yang senarai nama mereka dihantar kepada polis Bukit Aman kelmarin kerana gagal melaporkan diri apabila tempoh pendaftaran tamat petang kelmarin.

Kelmarin, Ketua Pengarah JLKN, Kamaruzzaman Mohd Noor menyerahkan senarai nama itu kepada Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Nawawi Ismail di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Senarai itu termasuk 1,950 perempuan membabit peserta dari Sabah, iaitu 766 orang, diikuti Selangor (672), Sarawak (589), Perak (411), Johor (39, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (246), Kedah (23, Kelantan (220), Pahang (199), Negeri Sembilan (160), Pulau Pinang (134), Terengganu (111), Melaka (84), Wilayah Persekutuan Labuan (23), Perlis (12) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1).

Mereka yang tidak menghadiri program khas itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mereka juga perlu mengikuti program tersebut walaupun selepas dijatuhkan hukuman seperti termaktub dalam Seksyen 18(2) akta yang sama.

Mohd Sedek berkata, polis akan menjalankan siasatan secepat mungkin sebelum dihantar kepada Peguam Negara untuk dikeluarkan saman.

“Kita beri tempoh sebulan untuk jalankan siasatan tetapi ada juga boleh diselesaikan cepat, mungkin dalam masa dua tiga hari sekiranya ada bukti yang terang. Ini menyebabkan saman tidak boleh dikeluarkan secara serentak.

“Selepas siasatan selesai, kami akan memohon kepada Peguam Negara dan terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada saman perlu dikeluarkan,†katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Musa Hassan, pula berkata polis memerlukan laporan rasmi JLKN untuk membuka fail siasatan berhubung 4,269 peserta itu.

“Laporan polis itu penting untuk membolehkan kami memulakan siasatan kes berkenaan. Setakat ini, jabatan berkenaan hanya menyerahkan senarai nama peserta yang gagal mendaftar tetapi belum membuat laporan rasmi berhubung perkara itu.

“Berdasarkan laporan itu, kami boleh membuka fail siasatan dan mengambil keterangan beberapa pihak termasuk individu yang bertanggungjawab mengeluarkan notis kepada peserta supaya mendaftar untuk program khas terbabit,†katanya ketika dihubungi.

Musa berkata, siasatan awal akan meneliti senarai nama yang diserahkan dan mengesahkan peserta terbabit tidak melaporkan diri selepas menerima notis yang dikeluarkan jabatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 20:08


astagfirullah...Sungguh mengaibkan!!

"Semulia-mulia manusia, adalah manusia yang merendah diri di kala dia berkedudukan tinggi, dan bersikap adil ketika berkuasa."
-- Khalifa Malik Al Marwan

renungkanlah...


-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 20:21


PULIHKAN JANGAN TAK PULIH...BAIKI JANGAN TAK BAIKI..

Usaha baiki PLKN akan diteruskan


PAPAR: Usaha memperbaiki kelemahan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilakukan secara berterusan termasuk menilai keberkesanan latihan tahun ini untuk pelaksanaan tahun depan.
I k l a n




Ketua Pengarah Jabatan Khidmat Negara, Kamaruzaman Mohd Noor, berkata segala kelemahan akan diberi perhatian untuk memantapkan program itu pada masa akan datang.

Katanya, jabatan itu akan belajar daripada pengalaman tiga peringkat pengambilan pelatih tahun ini dan percaya proses pembelajaran dapat membantu memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Beliau berkata, proses pembelajaran bukan saja berkaitan kelemahan ketika pelatih berada dalam kem latihan tetapi juga membabitkan penghantaran surat tawaran untuk mengikuti program itu.

“Kami akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan PLKN untuk program tahun depan menerusi pengalaman daripada program yang sudah dijalankan ketika ini dan percaya ia dapat dilakukan.

“Sebagai contoh, kami menghantar 85,000 surat tawaran dan daripada jumlah itu hanya 15,000 yang mengembalikannya untuk memberi jawapan dan kesukaran dihadapi untuk menghubungi mereka berada di luar Kuala Lumpur. Kelemahan itu akan diambil kira pada tahun depan,†katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan kursus melatih 350 bakal jurulatih kem PLKN di seluruh negeri ini melalui modul fizikal dan khidmat komuniti di Kem Wawasan Ovai, di sini semalam.

SEMOGA DENGAN PENGISLAHAN INI AKAN MENJADIKAN PLKN INI SATU MEDAN UTK MELAHIRKAN PARA ULAMAK DAN UMARAK..BUKAN MELAHIRKAN PARA BOHSIA DAN BOHJAN YG AKHIRNYA AKAN NAIK STATUS MENJADI BOHWANG...WASSALAM...

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-13 20:48 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-13 20:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 21:01


hidup tak bertamadun

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 21:20


betul tu..salahkan pemimpin.pkara ni takkan blaku tanpa kelalaian pemimpin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 08-12-04 11:54




Tidak amanah...menjatuhkan maruah bangsa.
Mentang mentang peserta wanita berusia 18 tahun dengan tubuh badan yg mengiurkan ..mereka gunakan pluang ini. Kepada pelatih PKN yg akan menjalani latihan kalau mandi pakai kain basahan.

AURAT kalau ditutup tentu tak jadi bagini. Itu sebab Allah suruh tutup aurat walau pun sesama jenis.
Jangan mandi telanjang bulat macam orang puteh kat TV. Tak senonoh !




Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 12:33


masyaallah latihan PKN utk jaga negara...kes lain plak jadinye... ni bukan nak jaga negara ni nak menhancurkan negara... masyaallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-02-05 22:57


erm penah jd fasilaitator tuk PLKN..ahahhaa..
mmg memalukan tul la...xtau nak describe..sampai esok pg pon xabis

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

O-sama
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.01.2005
Ahli No: 13962
Posting: 36
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 02:43


hmm...betul pendapat2 sahabat semua...jadikan ini sebagai suatu pengajaran. pesan kat adik2 kita semua terutamanya gadis2 yg bakal mengikuti program ni agar lebih berhati2..kalau mandi tu pakai la kain basahan.. jgn main togel camtu jeh..nk gada hajat pon survey keliling dulu safe ker tidak..check semua lobang2 yg ada kat dinding..mana la tau ntah2 nampak ada mata kat situ duk skodeng..pendek kata kalau nk buat apa2 yg sulit skit tu hati2 la..safety fisrt..mencegah lebih senang dr menanggung malu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For O-samaProfil   Hantar PM kepada O-sama   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 09:05


astaghfirullahal aziiim.....

sungguh mengaibkan! x takut balasan Tuhan ke?!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 13:38




astaghfirullahal aziiim..... sungguh memalukan.... inilah dia perlaksanaan kerajaan tanpa menghiraukan dan menjaga keselamatan pelatih... dah terkena barulah nak ambil tindakan... apelah nasib pelatih2 nie...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 15-02-05 15:03



tak tahu la apa yang shah nak bagitau. tapi apa yang patut kita lakukan ialah jangan salahkan mana2 pihak kerana mereka telah melakukan yang sebaikmya dan apa yang terjadi itu diluar jangkaan meereka.


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

atiey87
Warga Rasmi
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13925
Posting: 10
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-02-05 15:56




Astagfirullahal'azim....
x sanggup rasanya ana nk membacanya....
Sepatutnya hal ini x boleh b'laku...
Tp, klau dah ada manusia yg bertopengkan
binatang, ape2 pun bleh b'laku...
Kerajaan perlulah ambik tindakan sewajarnya
utk mengatasi masalah ni...
ini melibatkan maruah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey87Profil   Hantar PM kepada atiey87   Quote dan BalasQuote

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 18:12


ana ex plkn..

nak kongsi maklumat yg mengaibkan..ketika ana duk plkn..ada kawan perempuan satu group ..diorg tak segan silu ..kasi gambar diorg tengah kemban kat kem ..kat pelatih lelaki..ana ingat apa la..tapi gambar diorg..ya rabbi ..itu la sikap mereka...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 19:05


hemm mcm2kan manusia dan ragamnya..
sebab Allah dah kabo kat kite..yg DIA dah menciptakan syurga dan neraka..maka siapa yg baik akan masuk ke syurga dan siapa yg jahat ke neraka jawbnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

zinnirah_84
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5026
Posting: 28
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 15-02-05 20:31


MASYA'ALLAH.....Inilah petanda dunia akhir zaman. Sama2lah kita menginsafinya..moga Allah ampunkan dosa2 mereka.moga nur keimanan sentiasa menyinari diri kita semua, INSYA'ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnirah_84Profil   Hantar PM kepada zinnirah_84   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 23:40


Ish..takutnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

britaniasky
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17549
Posting: 93
Dari: terengganu

lithuania   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 00:43


astaghfirullahalazhim

artikal ni menunjukkan yang akhlak muda mudi negara dah teruk rosak.. bahkan akhlak orang tua jga turut teruk rosak.. kalau tak takkan seorang pengajar boleh rakam benda tu.. kalau boleh.. taknak tahu perkara begini.. apakan daya sebab perkara dah menular dan menjadi sebuah perkara yang biasa bagi sesetengah kalangan manusia dan ada yang mengambil peluang memenuhi nafsu orang yang tak ingin tahu pun boleh tahu.. astaghfirullah.. hindarilah diri kalian dari kemungkaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For britaniaskyProfil   Hantar PM kepada britaniasky   Quote dan BalasQuote

umatmd
Warga Rasmi
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18488
Posting: 9
Dari: mk

cambodia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 13:21


sila buka alquran> surah 7 / 179
segala persoalan telah di jawp

Bookmark and Share

    


  Member Information For umatmdProfil   Hantar PM kepada umatmd   Quote dan BalasQuote

NURUL_IMAN0307
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2005
Ahli No: 13498
Posting: 89
Dari: -

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 15:49


so,jangan lah pihak kerajaan ssuka hati nak penjarakan anak muda yang tak join pkn.....jangan pandang rendah pada mereka...sebaliknya cermin lah diri tok guru sendiri...lebih baik dok rumah daripd tergadai maruah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For NURUL_IMAN0307Profil   Hantar PM kepada NURUL_IMAN0307   Pergi ke NURUL_IMAN0307's Website   Quote dan BalasQuote

bintul_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?

Selangor  


posticon Posting pada: 27-08-05 18:41


:-o :-o astaghfirullahalazim...
Alamak!!!
macam mana neih
kwn2 ana nak pergi pkn neih
:-? :-? :-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For bintul_farhanahProfil   Hantar PM kepada bintul_farhanah   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 27-08-05 20:42


bagus tol kerajaan pilih pelatih pkn ek??

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 21:38


salam,

bermaruah atau tidak biarlah Tuhan yang tentukan, kita sebagai seorang muslim patut ambil pengajaran. bukan mengaibkan mereka. cuba Kalau anda sendiri berada d tempat mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 30-08-05 11:54


astaghfirullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

aprill
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17649
Posting: 91
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 12:39


mmmm.....mujurlah saya tak menyertai kem tu.tapi...sekarang ini,kes macam ini dah banyak kali berlaku.yelahkan,teknologi sekarangdah semakin canggih.apapun,kepada semua muslimah dan juga diri saya sendiri,BERHATI-HATILAH!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aprillProfil   Hantar PM kepada aprill   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-08-05 13:34


jadi pkn mesti di hentikan bagi memastikan maruah wanita tidak d pergunakan


sapa setuju pkn d hapuskan

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 11-12-05 15:02


plkn..setuju untuk kaum lelaki saja, kalau kaum perempuan tu..kenalah rombak balik tengok saja apa yang tak kena, pemimpin kita pun kenalah panggil ulama sama join sekali bagaimana nak selesaikan masalah tu jangan buat sesuka hati pakai akal saja. kalau nak di hapuskan terus tek elok juga, banyak pekdahnya plkn ni, benda dah di buat kelemahan tu patut la sentiasa diperbaiki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 14:12


Kenapa sampai boleh jadi macam ni..memalukan betul..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

ezzah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5595
Posting: 101
Dari: JB best

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 08:16


ish takut pula saya nak pergi
next dah kena pergi
ya Allah...............

Bookmark and Share

    


  Member Information For ezzahProfil   Hantar PM kepada ezzah   Pergi ke ezzah's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 23-12-05 08:21


sampai berak pun nak rakam...apala....pada saya wanita perlu berhati2,kalau menunaikan hajat di tandas2 awam pun kena perhatikan betul2...begitu juga kalau nak test pakaian di shopping complex..yela,sekarang nikan zaman canggih,spycam dimana2..... lepas tu tersebar dengan cepat..maklumlah sekarang ni ada MMS, dan macam-macam lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 08:47


waaaaa....tak nak pergi pkn....!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

ezzah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5595
Posting: 101
Dari: JB best

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 08:58


tak nak pergi jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ezzahProfil   Hantar PM kepada ezzah   Pergi ke ezzah's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 23-12-05 10:16


Gila!!!!!!!
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:

Dah banyak kali dengar kes macam ini!!!!!!!!!!!!!!!!
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:

Baik suruh geng RUFAQA' yang buat!!!!!!!
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 14:28


memalukan betul........
ini ke yang dikatakan generasi yang akan mempertahankan negara??????????
memusnahkan negara adalah..........
baik tak payah buat pogram PLKN kalau camnih.......
budak-budak jadi makin teruk adalah.......
bukan makin berdisiplin........
hampeh......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

mariyaa83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.10.2003
Ahli No: 4537
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-12-05 15:05


assalamualaikum,
saya tak pasti info ini betul atau tak, tapi adik sahabat saya yang pergi latihan plkn ini yang bercerita pada saya tentang keadaan plkn, memang amat dasyat.. dan yang paling menyedihkn dalam tentatif program masa untuk solat pu tidak diperuntukkan.. wallahua'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mariyaa83Profil   Hantar PM kepada mariyaa83   Quote dan BalasQuote

realukhwah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20541
Posting: 54

Pahang  


posticon Posting pada: 23-12-05 15:33


kalau isu ini benar memang memalukan.... tapi benarke???? PLKN sedang ditambah baik bagi setiap tahun diharapkan perubahan yang lebih baik bakal berlaku... benda yang baik kalau dilakukan dengan niat yang xbaik memang akan jadik tak baik. kepada yang nak berikan cadangan sila laporkan kepada pihak yang berwajib itu tindakan itu lebih baik. jangan kerana nila setitik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For realukhwahProfil   Hantar PM kepada realukhwah   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 23-12-05 15:45


ya Allah..apa dah jadi??

kita dah sangat-sangat dekat dengan kiamat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

mazrik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20118
Posting: 98
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 16:12


astaghfirullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazrikProfil   Hantar PM kepada mazrik   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 23-12-05 16:26


p/s:
jaga iman jaga akhlak walau dimana pun

kepada yang melakukan:
awasi nafsu dan emosi
bertindak mengikut garisan agama
jangan ikut nafsu dan akal semata-mata

kepada mangsa:lain kali berhati-hati

kepada pembaca:ambillah iktibar dan sentiasa bewaspada!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

JeSsamIn
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15751
Posting: 56
Dari: no man's land

Perlis  


posticon Posting pada: 23-12-05 21:14


ngerinye..
apakah yang telah terjadi kps negaraku malaysia yang tercenta..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For JeSsamInProfil   Hantar PM kepada JeSsamIn   Quote dan BalasQuote

p-jat
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16178
Posting: 20
Dari: sg petani

Kedah  


posticon Posting pada: 23-12-05 22:10


Astaghfirullahala'zhim...
sampai tahap tu sekali tahap akhlak dan perangai depa.
sikap jurulatih yang teruk...
pelatih yang tak senonoh...meremang tengkuk baca artikel ni :-(
sebagai salah seorang bekas pelatih,saya memang kutuk benda2 macam ni...
habih anak orang elok2 hantaq p PKN..
Disebabkan orang yang lagu ni...habis semua jurulatih dan pelatih yang lain yang baik2 jadi mangsa..
secara jujur saya habaq, kat Pkn ni adab2 and agama kurang dititik beratkan...
sembahyang tidak dwajibkan...diawasipantau..
terpulang...
dan tak semua orang yang baik2 dalan PKN ni...
ramai yang teruk2,macam-macam latar belakang
jadi terpulang pada diri untuk dpengaruh..
Tapi yang saya tabik,modul pergi dibuat kerajaan dan pengalaman yang dapat dari kerjasama pelatih dan ajaran pesara askar...
memang berguna cuma mash kurang banyak benda..
perlu diperbaik...

PKn memang teruk dari segi adab dan budi bahasa...
tapi tak semuanya teruk.. ada faedah yang saya peroleh yang takdak kat tempat lain...
cuma terpulang pada kita
benda2 macam yang terjadi lucah ni saya percaya ada...
MEMANG ADA!
moga2 pihak bertanggungjawab ambik tindakan


*ini cuma sekadar luahan hati dari pengalaman saya...
memang best dapat ikuti benda2 yang xpenah kita alami..
tapi terpulanglah pada kita.
nak terima hat baik ka buruk.
sekian
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For p-jatProfil   Hantar PM kepada p-jat   Pergi ke p-jat's Website   Quote dan BalasQuote

p-jat
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16178
Posting: 20
Dari: sg petani

Kedah  


posticon Posting pada: 23-12-05 22:23


INGAT!

Pengambilan pelatih secara rawak..
ada yang tak sekolah,bohsia, bohjan,pelajar sekolah agama...
yang dah kawin,yang xpenah kawin,yang isap dadah..
saya pernah jumpa pelatih yang khayal telan pil...

Tapi patut kah kita salahkan budak sek biasa? atau sek agama yang baik? orang yang TAK BERSALAH?
disebabkan benda2 macam ni..
saya tak puas hati sebab semua orang kena!
BerbaliK, pada jurulatih...saya taktau lagu mana depa pilih...
tapi jurulatih yang rakam benda tu patut dihukum...
bukan patut...MESTI!


"TELAH TIMBUL KEROSAKAN DI DUNIA INI..
AKIBAT DRPADA PERBUATAN TANGAN-TANGAN MANUSIA..
TELAH ALLAH TURUNKAN/DITIMPAKAN BALA BENCANA AKIBAT DARI APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN"

Bookmark and Share

    


  Member Information For p-jatProfil   Hantar PM kepada p-jat   Pergi ke p-jat's Website   Quote dan BalasQuote

norlie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17607
Posting: 68
Dari: kota bharu, bandaraya islam

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-12-05 23:49


TERUK BETUL...
DULU DAH lah KES ROGOL..
MENTANG2LAH MAK BAPAK mereka TAK ADA kat SANA..
MACAM2 BENDA JADI..

KENA ADA SURUHANJAYA KHAS ini..
MACAM KES KETUK KETAMPI YANG HEBOH TU..

MY COUSIN pergi PLKN LAST YEAR..
DIA KATA..
ADA PELATIH SIAP KISSING LAGI DEPAN ORANG RAMAI..
YERLAH PARENTS TAK ADA NAK KAWAL..
ISHK..ISHK!

Bookmark and Share

    


  Member Information For norlieProfil   Hantar PM kepada norlie   Quote dan BalasQuote

p-jat
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16178
Posting: 20
Dari: sg petani

Kedah  


posticon Posting pada: 11-07-06 12:50


entahlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For p-jatProfil   Hantar PM kepada p-jat   Pergi ke p-jat's Website   Quote dan BalasQuote

Qayum
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15906
Posting: 84
Dari: Pulo Pine

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 13:38


Inilah jadinya bila ajaran agama dibelakangkan. Menurut sedara saya yang pergi, solat tidak diwajibkan, begitu juga solat jumaat. nak pergi takapa, tak pergi pun tak ada tindakan.
Patutnya PLKN dibubarkan saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayumProfil   Hantar PM kepada Qayum   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 11-07-06 14:18


kes tu jadi kat kem mana..ana ada juga dengar khabar2 angin... tapi sahabat ana jurulatih kem tak ada pula cerita Apa... nak kena tanya ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 11-07-06 16:33


Bagus tu... siapa ada VCD tu...? Boleh lah ditayangkan untuk tayangan umum... Pihak penganjur suka benda-benda macam tu...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» VCD gadis-gadis pelatih PKN yang mengaibkan....

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 1.311521 saat. Lajunya....