Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 25 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ***Tuan Guru Nik Aziz BERMINAT dengan Mawi AF3***


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ***Tuan Guru Nik Aziz BERMINAT dengan Mawi AF3***

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh ***Tuan Guru Nik Aziz BERMINAT dengan Mawi AF3***

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 25-08-05 22:13


Assalamualaikum.

Sekali lagi saya dihujani dengan peluru2 perpandu dari kontijen yang taksub dengan PAS tetapi saya tetap tidak gentar dan gusar. Ingatkan nak jawab tuduhan Firdaus Azimi dulu.. tapi mungkin lebih molek saya menjawab hujah mujahadatunnafsi terlebih dahulu kerana saya sudah menjawab round 1 kepada saudara Firdaus Azimi.

Rata-rata orang PAS yang "totok" akan menyasarkan kepada saya sebagai orang yang membangkitkan isu yang kecil seperti isu MAWI ini... Tetapi tidakkah anda sedar wahai saudaraku....isu-isu yang kecil seperti inilah yang bakal meranapkan anda dan menyingkapkan diri anda yang sebenar.

mujahadunnafsi acapkali menekankan bahawa PAS mahu menunjukkan hiburan mengikut konteks Islam. Hiburan mengikut Islam adalah merupakan satu isu. Menjemput Mawi sebagai artis yang membayangi konsert pada malam itu juga adalah merupakan satu isu. Pendirian nik aziz dan pandangannya kepada Mawi juga merupakan satu isu!!!!

Jika Nik Aziz adalah seorang yang tidak ada pengaruh dalam Islam, maka saya boleh saja mengambil tindakan mendiamkan diri. Namun, disebabkan Nik Aziz adalah merupakan "ikon ulama" bagi sebahagian besar orang melayu Islam, maka saya perlu melihat kepada kenyataan nik aziz sebagai sesuatu yang serius!!! Dia perlu berhati-hati dengan ucapannya yang akan menimbulkan kekeliruan kepada orang yang cetek dalam memahami agama.

!!! QUOTE !!!

Pihak MUSUH sentiasa mencanangkan bahawa Pas menolak secara total program hiburan. Ini secara tidak langsung akan membuatkan MASYARAKAT MAJMUK LARI DARIPADA KITA dan beralih kepada Islam Hadari yang sesat lagi menyesatkan.....


Wahai sahabatku mujahadunnafsi... siapakah pihak "MUSUH" yang anda maksudkan itu? Adakah jika seseorang itu tidak bersefahaman dengan anda maka secara tuntas dia digelar sebagai musuh??

Nampak sekali sentimen anda begitu membenci Islam Hadhari...Teringat saya sewaktu Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO suatu ketika dulu....semasa beliau mewarwarkan "Masyarakat Madan"i....

Pada ketika itu, orang PAS khususnya begitu ramai yang tidak bersetuju dan memandang serong kepada niat Anwar Ibrahim....Namun apabila Anwar tersingkir dari UMNO, maka orang PAS beralih pandangan dari tidak bersetuju kepada bersetuju!!! Begitu cepat sekali angin PAS berubah..Dilanda monsun agaknya...

Bayangkan jika suatu hari nanti Pak Lah disingkirkan dari Umno, pada ketika itu, mungkin saja orang PAS akan mengatakan gagasan Islam hadhari itu adalah suatu perkara yang baik dan patut dipuji!!!

Jangan nak bermain politik jika anda tidak tahu liku-liku yang patut anda lalui.....

!!! QUOTE !!!

tapi di dalam masjid umno dilarang tazkirah2, dilarang kuliah2 agama yang mencegah kemungkaran, dilarang sebut HUDUD, dilarang sebut maksiat kerajaan di bukit binatang (starhill), dilarang sebut isu IFC yang mengugat aqidah umat Islam.


Cuba sebutkan kepada saya....masjid Umno mana yang dilarang tazkirah???? Jangan begitu sinis sehingga menjatuhkan maruah anda sendiri sebagai seorang Muslim. Kuliah agama mana yang dilarang??? Sepanjang saya hidup di bumi Malaysia ini, tidak pernah saya menemui kesukaran jika saya mahu menuntut ilmu di masjid2 atau disurau2. saya tidak seperti anda yang begitu rakus melabel masjid2 sebagai masjid UMNO!!! Bukankah masjid itu adalah rumah Allah. Dan berbahagialah mereka yang memakmurkan rumah2 Allah.

Mengenai isu HUDUD, Setiausaha Agung PAS sendiri, iaitu Dato Kamarudin Jaafar mengingatkan kita agar menangguhkan isu ini terlebih dahulu. Kerana kita perlu melihat kepada keutamaan yakni fiqh al aulawiyah. Jika diteruskan untuk mempertikai isu ini, ia hanya akan membawa kerugian kepada PAS sendiri.

Seperti kata Anwar, jika kita mahu membina sistem, kita perlu menawan negara terdahulu....Lain pula dengan PAS, negara belum ditawan, sudah bisa membicarakan tentang sistem...bukankah itu gila namanya!!!!

Pimpinan Pas tertinggi sendiri menyuruh agar ditangguhkan dulu isu ini, mengapa pula ahli pada peringkat akar umbi penuh beria ria??? Sungguh aneh.....

!!! QUOTE !!!

Kerana sekolah agama ini akan ditadbir oleh individu yang rosak pemikirannya, islam akan ditafsir dalam ruanglingkup yang sempit, anak-anak kita akan berfikiran hadhari, HUDUD tak boleh ditegakkan, MESTI TAAT MEMBUTA TULI KEPADA PEMIMPIN, TAK BOLEH HENTAM KERAJAAN WALAUPUN ZALIM, MAKSIAT PERLU DIBENARKAN kerana kita masyarakat majmuk.....


Itu hanyalah tuduhan saudara yang berbaur fitnah.
Ianya tidak lain hanyalah kebencian dalam hati anda yang tidak didasari dengan pemikiran yang rasional..

!!! QUOTE !!!

saudara telah mengheret ke sini dan memberikan fakta yang palsu


Mana fakta palsu yang saya beri?? Sila keluarkan..

saya nak rehat sekejap...Nanti saya ulas yang lain pula.

Ilalliqa'


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 25-08-05 22:35


Sebelum saya berehat, saya nak terangkan dulu dekat Uwais Al Qarni.

!!! QUOTE !!!

banyak sekolah SAR (dihina dengan perkataan kilang)trpaksa ditutup


Uwais...jgnlaa tuduh sampai kata saya menghina...saya dapat perkataan itu dari rakaman rancangan Al Hidayah kelolaan tv3.

Segmen kali itu bersama Ustazah Nor Bahiyah dan Tengku Asmadi (pakar Motivasi) semasa melawat Maahad Tahfiz.

Perkataan "kilang" itu adalah keluar daripada tengku Asmadi sendiri yang begitu menghargai golongan muda yang menghafal quran.

saya sendiri tidak bermaksud untuk menghina SAR. Jika saudara mengambil pilihan untuk bersangka buruk dan berkonfrontasi dengan saya, silakan...

Wallahua'lam


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 22:54


Rasanya lebih pada sumpah2, sebab asyik berubah colour. Tapi sumpah2
yang dah kena klon dengan biawak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 00:02


memang mawi isu terhangat negara.....
sampai kami kat Sudan pun tau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 26-08-05 03:34


Jawapan kedua kepada saudara Firdaus Azimi.

!!! QUOTE !!!

marah benar saudara kitaa ni dengan mawi..
sehingga diblame kaw2 punya..
tarak kasi can...
seolah produk af3(benarkah?) ini najis berat yang tak dapat disucikan lagi..
pening2...
orang nak buat benda baik pun blame..
orang yang tak buat langsung..takpun kena blame..hehe..
inilah mentaliti mahasiswa sekarang ni..


Saudara Firdaus kena baca hujah saya betul2. Sepanjang saya berhujah, penekanan saya bukanlah kerana saya begitu marahkan mawi.. seperti yang saya katakan dalam tulisan saya yang terdahulu, tidak mengapa jika mawi benar-benar telah insaf. Jauh sekali nak menyamakan mawi seperti najis mughallazah.

Cuma tindakan nik aziz yang memuji mawi seolah-olah mawi adalah ikon contoh pemuda berakhlak murni dewasa ini merupakan tindakan yang perlu saya perangi.

Ada faham?/
Inikah mentaliti seorang bekas mahasiswa?

!!! QUOTE !!!

Kenapa mawi saja yang diajak?
kata mahasiswa..takkan lah tak paham..
jika tak paham bahasa politik..jangan sesekali bicara politik..
jika benar ayahnya orang pas..abgnya keadilan..mustahilkah mawi itu pemuda atau putera umno?
berkata hanya gunakan akal semata2..mengikut nafsu.
kita ajak mawi ada point nya disitu...
kita berpolitik dan seiiring dengan dakwah..
bukan mengasingkan politik dengan hiburan...
kata-kata saudara seolah-olah mengasingkan kedua2 cabang tadi.
kita akui kita punya tujuan...
cuma hasilnya..saudara boleh lihat sendiri sekarang,semasa konsert dan selepas konsert itu


Sama ada Mawi Pas atau Umno itu bukan persoalannya kerana itu hak peribadi Mawi sendiri.
Saudara Firdaus Azimi bertanya Kenapa Mawi diajak?
Saya menjawab itu adalah tektik terburu2 PAS yang mahu meraih sokongan orang muda!!!!
Sila kemukakan mana kata-kata saya yang mengasingkan hiburan dengan agama??
Apa maksud saudara jika ayah Mawi PAS dan Abangnya keadilan maka tidak mustahil Mawi Umno?
Adakah saudara bermaksud Pas bimbang Mawi akan menyertai Umno justeru perlu segera memikat Mawi dengan segala cara yang ada termasuklah Mursyidul Am sendiri seolah-olah mencuci perbuatan sumbang Mawi di dalam AF3?

!!! QUOTE !!!

Kenapa tak dakwah semua artis?
semua artis tu jahat ke?
jahil ke?
dalam artis sendiri ada orang BA..
taak payahlah saya sebutkan.
kita tak berbangga dengan semua tu.
semua ahli adalah sama.
cuma kita tertanya lagi sekali(kat atas dah blur dah tadi)
Kenapa kita nak bawa mawi saudara blame..
tapi sekalian yang lain terus hanyut saudara tak blame pulak?
bukankah itu yang wajib dicegah?
hairan juga..mungkin sebab PAS maka boleh masuk PAPER.
tapi sebab pemerintah..takut kena AUKU..
syabas duhai mahasiswa...


Kalau saudara tak nak sebutkan pun saya boleh agak berapa kerat artis muda terutamanya yang menyertai PAS. Rata-rata ceramah pas yang saya sertai juga selalunya dihadiri oleh orang-orang yang pada usia emas..(dah tua kerepot)...dimana orang muda?? Sebenarnya mereka jemu dengan pendekatan PAS.. dan kini PAS terdesak mahu meraih sokongan syabab lalu berhasrat menarik Mawi ke Kelantan dengan alasan untuk memperkenalkan "hiburan Islam".

Sebab pasal PAS baru boleh masuk paper itu adalah tuduhan saudara Firdaus Azimi yang tidak berasas. Saudara baca tak berita harian hari ni? Lihat pada surat pembaca..Surat Mahfuz Omar sendiri diterbitkan..Jangan bersangka buruk.... nanti terkena batang hidung sendiri..kan dah kena..

Saya tertanya-tanya..Jika saya mengkritik PAS dan dihantar ke Harakah....Adakah surat saya akan diterbitkan??

!!! QUOTE !!!

nik aziz halalkan af3?
berikan bukti kata-kata saudara ni?
jangan sekadar untuk mengeCUNkan ayat saja..
inikan fitnah?
mahasiswa berdiri atas nafas yang merdeka..hidup dengan jiwa yang bebas..
tapi jangan sesekali punya idelogi yang sempit...
bercakap dengan fakta.
nik aziz berkata tentang mawi..
bukan tentang AF...
siapa yang luluskan AF itu sendiri?
pemerintah melalui kementerian...itu yang dulu kenaa blame...
kata-kata saudara ini bolehlah saya huraikan sebegini.


Adakah saudara Firdaus azimi tidak belajar ilmu kiasan..Orang Pas suka mendakwa Nik Aziz suka menggunakan bahasa figurative and relative... Takkan saudara Firdaus kita tak faham agaknya? Bagaimana nak jadi ahli Pas seumur hidup ni....

Nik Aziz memuji mawi sebagai berakhlak mulia dan tidak hanyut.. Jadi berakhlak muliakah mawi semasa dalam AF.

Walau bagaimana pun, tidak pernah saya mengatakan Nik Aziz menghalalkan AF3 secara qat'ie..itu adalah merupakah fitnah dari saudara sendiri..Namun saya bersangka baik...Mungkin saudara tersilap membaca tulisan saya.

Saudara menyalahkan kementerian..Tahukah saudara kini kementerian mahu memperketatkan undang2 multimedia..Jangan tahu nak ngomel sahaja. Menjadi ironi kerana jika tidak kerana AF, sudah tentu kelantan tidak berminat sama sekali untuk menjemput Mawi...tetapi kerana Mawi sudah terkenal dan popular, maka terhegeh2 lah kerajaan Kelantan mahukan mawi...Pelik pelik....

!!! QUOTE !!!

ADA SATU PERTUBUHAN yang LARI daripada ISLAM.banyak yang BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM.MAKA MAJLIS FATWA TELAH MENFATWAKAN PERTUBUHAN DAN AJARANYA ADALAH HARAM.TAPI KERAJAAN TERIMA.AHLI JEMAAH INI NAK PULANG KEPANGKAL JALAN.TAPI DIBLAME KAW2.KERAJAAN PUN KUTUK SAMA.
TAPI dalam MASA yang SAMA.KERAJAAN TAK PULA AMBIL TINDAKAN untuk MENUTUP PERTUBUHAN TU.MALAH KETUANYA PUN DIBIARKAN KAYA RAYA KUMPUL DUIT JUDI HARAM.yang KENA JEMAAH yang NAK BERUBAH TADI DENGAN PERTUBUHAN LAIN yang NAK BAWANYA KEJALAN yang BENAR.
TAK KE PELIK TU.


Apa maksud saudara Azami ni..Tulisan yang membawa makna kabur..Sila terangkan.

Rehat seketika sambil melihat bintang..

Wassalam


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 26-08-05 10:05


!!! QUOTE !!!

Saya juga ingin menyenaraikan kezaliman pemerintahan kerajaan sekarang selama 22 tahun. Mungkin keluar tajuk, kerana khairol_khalid ingin menyenaraikan beberapa kesalahan PAS, saya ingin menyenaraikan beberapa kesalahan pemerintah sekarang yang dipuji oleh khairol_khalid.


Saya menyenaraikan kesalahan PAS?
Adakah anda yang terasa PAS bersalah?
saya sendiri tidak pernah mengatakan bahawa saya ingin menunjukkan kesalahan PAS.

Jangan saudara sendiri membuka pekung di dada.

Berkenaan kesalahan "UMNO" yang saudara lampirkan itu, saya ucapkan terima kasih.. Tetapi saya tidak hairan..kerana bagi saya, jika saudara ingin senaraikan sampai 1000000000000 (inviniti) sekalipon ianya adalah perkara biasa. Kerana sifat manusia ini memang suka melihat kepada kesalahan. Amat payah sekali untuk melihat kepada jasa dan budi.

Tujuan saya bukanlah untuk menyenaraikan kesalahan PAS, tetapi adalalah terdetik kepada hati saya untuk memberi respon kepada kenyataan Tuan Guru memandangkan orang PAS menggelarnya sebagai "Tuan Guru". Maka sewajarnya sifat bagi seorang Tuan Guru berhati-hati dengan ucapannya dan segera membetulkannya semula jika dia tersilap.

Saidina Abu Bakar sendiri tidak menyuruh umat Islam itu taksub dengannya semasa beliau menjadi khalifah. Kesalahan harus ditegur!!

Bagaimana Islam nak maju kalau amalkan budaya angguk angguk geleng geleng..

Wallahua'lam


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 26-08-05 10:11


!!! QUOTE !!!

bercakap soal hipokrit.. suka juga ana nak sentuh sikit.. siapa sebenarnya yang hipokrit.. orang yang cenderung pada pihak yang menggunakan undang-undang thagut ke, atau mereka yang berusaha untuk menegakkan semula hukum Allah, walaupun ditekan dari segenap sudut?


Seperti biasa sifat orang PAS...
Suka melabel label...

Amat biasa didengari jika orang PAS melaungkan ISLAM HADHARI sesat lagi menyesatkan!!!
Undang2 Malaysia undang2 thaghut!!!!

Ini memang sudah menjadi trademark PAS...sifat suka mengkafirkan orang lain sama ada secara terus mahupun secara kiasan.

Pasal undang2 thaghut ni, alea13 baik pergi tanya kat setiausaha agung PAS, Dato KJ..Dengar dari pimpinan tertinggi sendiri mengenai isu hudud ni..

Jangan nanti orang mengata " Lebih sudu dari kuah"

Wallahu taala a'lam


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih
[ Telah diedit oleh: khairol_khalid pada 26-08-05 10:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 10:27


rasa nak keluar dari PAS... kecewa sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 11:55


Udah lah tuu

Selagi apa yang dibuat oleh pemimpin tak menyalahi syariat, kira ok laaa, walau di pihak mana sekali pun. Tak payah lah korek dalam2.

Tindakan TG Nik Aziz panggil mawi/siti nurhaliza/ memana artis untuk konsert yang tak menyalahi syariat, untuk tujuan tarik budak2/mudamudi/pengundi/pengundi hantu etc atau pun sebab strategi politik ke, tak salah pada dasarnya. Kan PAS parti politik.

Tak payah lah kita masuk dalam statistik orang 2 Islam yang payah nak bersatu. Pasal benda kecik pun nak berhujah2 macam dalam parlimen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 12:28


Pada 26-08-05 10:27 , kamalhisyam posting:

!!! QUOTE !!!

rasa nak keluar dari PAS... kecewa sangat....


bercinta dengan PAS ke :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 26-08-05 12:56


!!! QUOTE !!!

Selagi apa yang dibuat oleh pemimpin tak menyalahi syariat, kira ok laaa, walau di pihak mana sekali pun. Tak payah lah korek dalam2.


Sifat macam ni laa yang dikatakan sifat angguk angguk, geleng geleng..

Sifat ini adalah sifat orang yang malas berfikir.


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-08-05 14:03


...
[ Telah diedit oleh: Jackie_uniten7 pada 26-08-05 14:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-08-05 14:04


Pada 26-08-05 11:55 , pukau posting:

!!! QUOTE !!!

Tindakan TG Nik Aziz panggil mawi/siti nurhaliza/ memana artis untuk konsert yang tak menyalahi syariat, untuk tujuan tarik budak2/mudamudi/pengundi/pengundi hantu etc atau pun sebab strategi politik ke, tak salah pada dasarnya. Kan PAS parti politik.


dah keluar 1 ayat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 26-08-05 15:05


Pada 22-08-05 13:09 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Pat pat siku lipat.... sapa cepat dia yang dapat!!! Cepat ... jangan berlengah lagi, nanti Mawi sign borang Putera UMNO melepas lah pulak, inilah yang dikatakan 'matlamat menghalalkan cara'. Itu hari masa Nur Amellina dapat 17A1, terlambat sikit sebab Azalina cepat2 bawa budak tu masuk Puteri UMNO. Elok sgtlah tu... MEMBANGUN BERSAMA MAWI....



Assalamualaikum...
mungkin lah agaknya...
tapi Kenapa erk???
shah tak tahu lah nak teka bagaimana...
mungkin ada kaitan dengan politik juga agaknya...
tak kisah lah...
janji tak buat khianat kat orang...
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 16:25


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum warahmatullah..

Saya bacakan satu ayat al-Quran untuk saudara Khairol semoga kita sama mengambil apa yang Allah firmankan untuk manusia berfikir..(boleh tulis maksud sahaja, panjang sangat)
"Hai orang2 yang beriman, barang siapa yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang2 mukmin, yang juga bersikap keras terhdap orang2 kafir, mereka berjihad pada jalan Allah dan mereka tidak takutkepada celaan orang2 yang suka mencela itulah kurniaan Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. Hanya sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah dan Rasulnya serta orang2 beriman, iaitu orang2yang mendirikan solat, menunaikan zakat,dan mereka yang patuh kepada suruhan Allah. Dan barang siapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang2 beriman menjadi peminpin, maka sesungguhnya Hizbullah (pendokong agama Allah)pasti akan menang" al-maidah 54-56

kenapakah antara kita bersikap keras terhdap mukmin yang lain?hanya satu isu yang amat kecil sahaja!hanya kerana tersalah kata(menurut saudara khairol), kita bermusuhan dengan banyak mukmin yang lain!Nauzhubillah.

Sabda baginda Rasulullah s.aw yang kita boleh ambik pengajaran darinya"seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, Dia tidak boleh menzaliminya, tidak boleh membiarkan tanpa pertolongan jika dalam kesusahan, dan tidak boleh dihina. Taqwa itu disini, (sambil menepuk dada baginda 3 tak), Cukuplah bagi seseorang itu dianggap buruk akhlaknya, apabila dia menghina saudara muslimnya, setiap muslim wajib memelihara darah, harta , dan maruah sauara muslimnya yang lain"

saudara khairol!enta mengambil sikap menjelaskan tapi dalam masa yang sama bermusuh dengan sahabat2 yang lain

!!! QUOTE !!!

saya sendiri tidak bermaksud untuk menghina SAR. Jika saudara mengambil pilihan untuk bersangka buruk dan berkonfrontasi dengan saya, silakan...


Ana tahu semua sahabat2 diatas berniat tidak mahu berkonfrontasi dengan enta, hanya untuk menjelaskan ketidak fahaman enta dalam ilmu FIQH SIYASAH , bagi kami sudah cukuplah amat berat tugas kami menjelaskan kefahaman islam kepada muslim yang lain, tidak perlu kami menjelaskan lagi kepada enta yang pada kami sudah boleh berfikir dan tahu serba sedikit selok-belok uslub dan maslahah untuk berdakwah ni..

tersilap cakap itu merupakan satu perkara biasa bagi seorang manusia hatta Rasulullah s.a.w sekalipun, apakah saudara khairol akan mengatakan Rasulullah s.a.w juga tersilap dan wajib ditentang pada satu kisah sirah Baginda s.a.w "ketika baginda s.a.w sedang berjalan melawati satu sahabatnya yang sedang membiakkan pohon kurmanya, lalu Rasulullah s.a.w mengajar cara yang baik lagi pada pendapat baginda s.a.w, tetapi selepas bebrapa hari, pohon itu mati, lalu sahabat itu pun berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan mengadu bahawa idea Baginda itu salah, lalu baginda s.a.w bersabda " kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu"
Apakah kesilapan sebegitu sudah dikira besar?tidak!semua manusia punya kesilapan, kita bukan ahlinya untuk menghukum dan memhebohkan kesilapan seseorang!!

ketika jika saudara khairol banyak memkaji sirah Rasulullah s.a.w, saudara akan berjumpa dengan satu kisah yang pada jika pada saudara khirol lah, mesti satu kesalahan besar!kisah pada perang Ahzab iaitu satu tipu daya dalam peperangan, sewaktu Nua'im bin mas'ud yang baru memeluk islam lalu berjumpa dengan Baginda s.a.w untuk meminta sebarang tugas , lalu Rasulullah s.a.w mengizinkan sahabat tadi menggunakan tipudaya untuk mengkucar-kacirkan barisan musuh..hal ini telah di redhai oleh Baginda s.a.w dan Baginda telah bersabda ttentang hai ini "sesungguhnya peperangan itu merupakan tipudaya"...
kita juga seolah-olah berada dalam medan peperangan!berperangan dengan satu kompenan parti yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah!!! sedangkan Allah telah berfiman dalam surah al-maidah ayat 44,45,47, menyatakan orang2 yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah ialah orang kafir, zalim dan fasik!!

seperti yang sahabat System of down senaraikan kesilapan pemerintah, ianya boleh memberikan kesedaran kepada orang yang mahu berfikir mana yang hak dan mana yang batil!seperti contoh dalam kes memali!sedah 20 tahun mereka syahid, tetapi dakwaan mereka dimahkamah masih lagi tertangguh2, dah berapa orang saksi yang meninggal, namun untuk mengetahui kebenaran sudah pudar!!!

Janganlah anda salah seorang yang dijauhkan allah daripada hidayahnya!melihat kesilapan seseorang lalu membuat kesimpulan semuanya bersalah!ada juga sahabat Rasulullah s.a.w yang bersalah dan berdosa. (bukan niat nak mengeji mereka, para sahabat punya tempat yang mulia disisi Allah)Usamah bin Zaid juga pernah membunuh seorang kafir yang sudah mengucapkan kalimah syahadat, dimarahi oleh Rasulullah s.a.w, dan beliau bertaubat!, itu salah satu kesilapan usamah, tapi jasanya mengalahkan rom dan parsi lebih di ketahui dan dikenang orang.begitulah TGNA, ia juga mungkin terslaah, tapi setiap hari beliau memberi kuliah subuh kepda rakyatnya, setiap jumaat diadakan kuliah di dataran kota bharu, hatinya ingin berhukum dengan hukum yang Allah tetapkan!tapi tidak dapat dilaksanakan (sauddara khairol rasanya sudah tahu hal ini), pemerintahannya adil, tanpa rasuah, dan ada banyak lagi lah..tetapi segala jasanya telah lenyap hanya kerana menyatakan "saya kagum dengan mawi" ,mahu menjemputnya ke kelantan" ...logik ke!kami pun tidaklah taksub buta kepada pemimpin kami, kami juga tahu menilai mana yag benar dan mana yang salah!dan orang2 yang beriman itu juga tahu mana yang terbaik untuk pengikut2nya

"dan Allah tidak mengazab seseorang itu, sedangkan mereka meminta ampun kepada Allah"al-anfal"


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 17:27


jangan marah2 sangat..ok?kita sesama islam.elok2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-08-05 17:54


Pada 26-08-05 10:11 , khairol_khalid posting:

!!! QUOTE !!!

Amat biasa didengari jika orang PAS melaungkan ISLAM HADHARI sesat lagi menyesatkan!!!
Undang2 Malaysia undang2 thaghut!!!!

Ini memang sudah menjadi trademark PAS...sifat suka mengkafirkan orang lain sama ada secara terus mahupun secara kiasan.

Pasal undang2 thaghut ni, alea13 baik pergi tanya kat setiausaha agung PAS, Dato KJ..Dengar dari pimpinan tertinggi sendiri mengenai isu hudud ni..


anda nak nafikan undang-undang m'sia bukan thagut? jika ya, tolong bawakan nas dari 2 sumber perundangan Islam yang utama.. please, mahasiswa perlu berhujah secara ilmiah.. ada bukti, bukan tahu hentam orang saja..

begitu juga bab kafir mengkafir.. sepatutnya anda yang memang hebat kalau bicara soal bid'ah ni lebih tahu.. perkara-perkara yang merosakkan aqidah atau membatalkan syahadah.. tak payah cerita panjang.. i'm sure you already knew them.. tapi tak tahulah kalau saja-saja buat tak faham.. Syeikh al-Qaradhawi itu orang PAS ke? as-Syahid Sayyid Quthb itu orang PAS ke?

syariat Allah itu hanya hudud ke? tolong jangan sempitkan fikiran.. hudud hanya bahagian kecil drpnya.. sistem Islam meliputi semua aspek.. sistem pendidikan, kemasyarakatan, muammalat dll..

sekali lagi:

since anda kata dah biasa dengar kuliah TGNA & berjumpa dengan beliau.. why not, anda yang cakap berapi-rapi tu.. bawa gambar tersebut & tunjuk pada TGNA.. minta beliau tarik balik kenyataannya terhadap mawi.. (sebab anda yang beria sangat tak bersetuju kan..) selepas tu beritahu kami warga ukhwah ni, apa respon TGNA.. it’s better for you to hear it from the horse’s mouth.. i can assure you that all of us here would love to hear the result of your meeting.. so please, DO IT..

i'm pretty sure you haven't done what i've told you.. jadi ana tawaquf di sini dulu.. & waiting the good news from you, ok? kalau anda tak berani buat, you are indeed a hypocrite yang berani cakap belakang saja..

wassalamu'alaikum..


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 26-08-05 18:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 18:47


yang kelakarnya...puteri umno bantah af beria-ria. habis satu malaysia dia canang konon af mencemar budaya. yang kelakar juga, pemuda umno pula sokong af, pulak tu di jaja di dada akhbar nak jadikan mawi remaja contoh. yang paling kelakar lagi, tuan guru baru puji mawi, umno pulak lebih2 kutuk tuan guru.

ps: tak sedar diri punya umno totok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 18:57


lesson no 1 : trust nobody politician

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 19:00


everybody is a politician.
so..trust nobody...iye ke? :-)

ps: trust membuta tuli tu yang salah. asyik yes bos saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 19:04


yeps...agree with you...jangan jadi pak turut dok angguk angguk geleng geleng.... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 21:33


dalam kes ni, puak Tabligh tu ok sikitlah...sebab depa tak pilih bulu, tak tunggu orang tu jadi juara ka popular baru depa nak tarbiah. Depa tak kira orang tu ada latar blkg agama atau tidak. Mat rempit tepi jalan pun depa sapu! tak ada hal punya... janji 'kerja' depa jalan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 28-08-05 03:13


Undang Mawi: PAS memang tertekan!
Wednesday, August 24 @ 20:37:56 MYT


0leh Orang Kota Bharu
Saya terpanggil untuk menulis surat kepada Harakahdaily setelah membaca tulisan ROSLAN SMS bertajuk 'Undang Mawi: PAS tertekan atau Umno yang gelabah'.

Dalam tulisan tersebut penulisnya kelihatan menolak pandangan yang mengatakan PAS Kelantan berada dalam tertekan sehingga terpaksa mengundang Mawi, seperti mana didakwa oleh Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussien.

Sebaliknya penulis bernama Roslan SMS itu menyifatkan dalam rencananya dengan berkata: "Kesediaan mengundang Mawi ini dilakukan apabila kerajaan negeri yakin kehadiran beliau dapat memanjangkan lagi mesej dakwah yang menjadi agenda utama kerajaan negeri. Suka tak suka Umno terpaksa memberi reaksi. Dan Umno pun tidak pernah memberi sebarang reaksi positif terhadap tindakan PAS walaupun hakikatnya ada perkara-perkara positif yang dilakukan."

Bagaimanapun pada hemat saya, sama ada Kelantan mengundang Mawi untuk tujuan mesej dakwah seperti kata Roslan SMS atau kerana tertekan seperti kata Hsihamuddin, ia tetap perlu dilihat kerajaan Kelantan sedang berada dalam keadaan tertekan. (Maaf, saya bukan menyokong Hishamuddin).

Saya berkata begitu kerana melihat gelagat pentadbitan PAS di Kelantan yang pada saya akan melakukan sesuatu, walaupun bertentangan dengan 'gaya' parti itu apabila merasakan diri mereka tergugat. Saya rasa itu perkara biasa dan memang realiti politik.

Saya mengambil contoh wayang kulit, karaoke dan Snooker. Tiga elemen tersebut telahpun diharamkan oleh Kerajaan kelantan sebaik sahaja mereka memerintah. Ya, saya setuju alasannya adalah tempat-tempat tersebut berpotensi menjadi sarang maksiat dan tempat budak-budak melepak. Manakala wayang kulit pula dikatakan mempunyai unsur pemujaan yang cenderung membawa kepada 'syirik'.

Tetapi baru-baru ini, diumumkan pula tiga hiburan di atas telah dihalalkan semula oleh kerajaan Kelantan dengan cara mengubah beberapa format ke atas hiburan tersebut iaitu snooker menjadi sejenis aktiviti sukan yang dibenarkan ada dikelab-kelab sukan (bukannya premis-premis snooker seperti ditempat-tempat lain), karaoke dibenarkan untuk keluarga yang ingin berhibur dan wayang kulit mesti tidak diresapi oleh unsur pemujaan.

Jadi apakah maknanya ini? Saya tidak akan mengatakan kerajaan Kelantan sedang tertekan sehingga membenarkan semula perkara-perkara seperti itu sekiranya ia dibenarkan semula dua atau tiga tahun selepas diharamkan.

Tetapi apabila dibenarkan semula selepas lebih sepuluh tahun di haramkan - adakah andaian lain yang boleh dibuat selain daripada kerajaan sedang tertekan?

Apakah untuk mencari kaedah menghalalkan wayang kulit, karaoke dan snooker perlu masa selama itu? Atau dengan kata lain, kaedah bentuk hiburan itu 'halal' hanya ditemui oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan selepas kelantan hampir-hampir jatuh ke tangan Umno dalam pilihanraya ke-11 baru-baru ini? Atau kaedah itu berjaya ditemui apabila kajian menunjukkan peratusan anak-anak muda mahukan hiburan dan mereka semakin menjauhi PAS? Atau apa sebenarnya?

Berbalik kepada Mawi, tidak lama lagi rakyat Kelantan akan menikmati semula pesta hiburan besar-besaran setelah hampir 15 tahun mereka menunggu. Katanya, Mawi boleh buat konsert kerana 'budak' itu mempunyai imej yang baik dan berperibadi baik.

Mungkin Waheeda dan Yasin atau Ramli Sarip atau Kopratasa tidak mempunyai ciri-ciri itu untuk dibawa ke Kelantan sebelum ini untuk menghiburkan anak-anak muda di sana. Biarkanlah persoalan itu ...

Yang menjadi tanda tanya kepada saya, sejak bila PAS berdakwah melalui hiburan? Dan mengapa 'budak felda Taib Andak' itu pilihannnya? Apa sumbangan budak yang baru 10 minggu dalam dunia hiburan itu dalam dakwah melalui medium hiburan?

Apa lagu-lagu dakwah budak itu? Apa ukuran 'kebaikan peribadi' budak itu? Apakah budak itu tokoh reformasi hiburan? Adakah budak itu simbol remaja yang disukai PAS? Dan yang penting sekali adakah Tuan Guru Nik Aziz hanya mengenali budak itu berdasarkan cerita orang kepadanya, atau sebenarnya kerana budak itu mampu menarik puluhan ribu pendengar?

Sekiranya perkara itu tidak berjawab, jelaslah PAS Kelantan hanya mencari kesempatan dalam keadaan tertekan sahaja, dengan mengundang Mawi berkonsert ke negeri itu. Dan ia hanyalah usaha kerajaan PAS untuk menarik kembali sokongan seperti mana yang mereka lakukan dengan membenarkan semula wayang kulit, snooker dan karaoke.

Bagaimanapun bagi saya, tidak salah tindakan kerajaan Kelantan itu, cuma apa yang lebih penting bukan sekadar Mawi atau sesiapa, Mawi hanyalah merupakan tokoh dalam seni yang akan datang dan pergi. Sedangkan rakyat akan terus mahukan hiburan dari masa ke semasa.

Oleh itu, yang lebih penting adalah dasar hiburan PAS perlu dikeluarkan segera dan dijelaskan.

Saya yakin dengan adanya dasar tersebut, PAS boleh memperkenalkan satu bentuk hiburan yang bukan sahaja meliputi siapa artisnya, tetapi apa muziknya, bagaimana liriknya, alat apa yang digunakan.

Di mana persembahannya dan siapa yang boleh dan siapa yang tidak boleh. Kita mempunyai beratus-ratus lagi artis, saya percaya mereka itu ingin tahu apa untung nasib yang bakal diterima sekiranya PAS mengambil alih pemerintahan negara ini.

Malahan mereka juga teringin bertemu peminat di Kelantan dan begitu jugalah sebaliknya.

Justeru, PAS perlulah jujur dalam isu ini, bukan sekadar mengambil kesempatan ke atas 'kewujudan Mawi' untuk survival politik atau menarik anak-anak muda untuk projek 2008. - um

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15496


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-08-05 08:52


Assalamualaikum...

MAWI..MAWI. Hebat jugak penangan dia, sampai seluruh lapisan masyarakat berbicara!

Secara peribadi, harus ana katakan mungkin tidak berapa adil ana nak menilai dan menjatuhkan hukum kepada mawi kerana ana tidak pernah sekalipun melihat persembahannya, apatah lagi gelagat2 dan 'akhlak' nya sepanjang AF yang telah berlangsung. Oleh itu, ana akan cuba supaya tidak memandang dari perspektif ini, kerana menjatuhkan hukum tanpa usul periksa sudah pasti merupakan sesuatu yang zalim.

Harap2nya penyertaan mawi dalam AF3 bukanlah berunsur 'membasuh dari dalam', seperti yang diterima pakai oleh sesetengah individu dan pertubuhan...

Ana cuba bawakan suatu kisah, seorang pemuda yang bertemu dengan Rasulullah S.A.W, menyatakan minatnya untuk masuk Islam, tetapi tidak boleh tinggalkan tabiatnya meminum arak. Betulkan ana jika salah fakta. Rasulullah menyuruh pemuda tersebut masuk ke dalam Islam, dengan syarat beliau tidak boleh berbohong.

Selepas itu, pemuda itupun masuk Islam, tetapi meneruskan perbuatannya meminum arak. Cuma, setiap hari Rasulullah akan memanggil pemuda tersebut, dan bertanya apakah yang dilakukannya hari itu. Oleh kerana salah satu syarat pemuda tersebut masuk Islam adalah tidak boleh menipu, pemuda tersebut menceritakan segala perbuatannya, termasuk minum arak.

Perkara tersebut berlaku setiap hari, sehinggalah pemuda tersebut berasa segan dan malu pada Rasulullah, lantas sedikit demi sedikit beliau tinggalkan minum arak, dan akhirnya, berjaya juga Rasulullah mendidik beliau supaya meninggalkan perbuatan keji tersebut. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kebijaksanaan kepada kekasihNya..

Persoalannya di sini, adakah Rasulullah halalkan meminum arak? Kenapa Rasulullah biarkan dia minum arak? Adakah Rasulullah telah menghalalkan yang haram dalam kes ini? Buat yang berfikiran sempit dan hanya berada pada suatu jalan pemikiran yang rigid dan jumud, sudah tentu terus melabelkan baginda dengan label2 buruk, dan tidak dapat menerima perkara tersebut..

Ana nampak banyak persamaan kisah tersebut dengan apa yang berlaku hari ini.

Ana pasti, semua yang hatinya masih ada nur keimanan dan mahukan Islam, sudah pasti tidak akan suka kepada hiburan2 yang menjurus kepada maksiat, seperti AF (Maha Suci Allah yang mengurniakan kesedaran kepada hambaNya).

Ana sendiri, secara peribadi, sangat tidak suka kepada program2 sebegini. Malahan, secara peribadi, even kepada KEBANYAKAN (bukan semua) kumpulan nasyid sekarang ini yang pada pandangan PERIBADI ana, agak menyimpang daripada ajakan dakwah dan banyak bersekongkol dengan industri hiburan yang melalaikan.

Namun ana tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa hiburan adalah fitrah manusia.Sekurang2nya wujud juga alternatif kepada hiburan2 yang melalaikan. Oleh itu, dengan berat hati ana rasa perlu kita menerima hiburan yang berbentuk sebegini, walaupun 'wujud kecacatan'. Mengambil kaedah Usul Fiqh Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua .

Ana yakin, dalam konteks MAWI, Tok Guru dan semua di sini pun merasa perkara yang sama. Harap tiada siapa di sini yang sukakan AF. Dan harap tiada siapa di sini yang iktiraf, lebih2 lagi turut sama mengundi untuknya.

Namun, untuk masyarakat sekarang yang dididik oleh fahaman hedonisme, inilah masanya kita nak tunjukkan contoh kepada mereka. Betapa Islam itu syumul dan ada hiburan di dalamnya tetapi melalui batas2 tetentu. Bagaimana nak tunjuk?

Melalui contoh yang Real-time! Masyarakat sekarang, kalau kita nak didik melalui kuliah2 dan ceramah, hanya muka2 sama sahaja yang datang. Jadi, sebagai salah satu uslub dakwah yang mengikut perkembangan semasa, bagi ana tiada salahnya jika kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa dalam Islam, nyanyian dibolehkan, tetapi MESTI oleh orang lelaki, dan mestilah ia tidak melalaikan.

Nah, bukankah kita masih lagi tertakluk dalam syariat, tetapi juga kita berjaya memberikan contoh secara tepat kepada masyarakat?

Islam adalah agama yang bersifat mendidik dan bukannya menghukum, hatta dalam sistem perundangan Islam sekalipun, konsep mendidik adalah menjadi terasnya. Maha Suci Allah yang telah menurunkan Islam sebagai panduan kepada kejayaan HambaNya..

Bagi ana, apa yang Tok Guru buat adalah betul, cuma mungkin Tok Guru perlu jelaskan lagi hikmah di dalam tindakannya, lebih2 lagi kepada mereka yang masih jumud dan rigid dalam pandangannya...


ISLAM HANYA SATU DAN AKAN TETAP SATU

Ila Mardhatillah

Wallahu a'lam

Assalamualaikum


-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 29-08-05 01:58


Surat terbuka buat Mahfuz
Sunday, August 28 @ 12:07:01 MYT


Oleh Zahid bin Hussain
Bekas penyanyi dan pemuzik kumpulan rock
Nama saya Zahid. Saya terbaca surat terbuka tuan yang ditujukan kepada Mawi dalam Harakahdaily bertarikh 24 Ogos 2005. Saya keliru dengan penyataan yang dibuat oleh tuan dalam surat tersebut apabila tuan menganggap bahawa Mawi mewakili aspirasi remaja masa kini iaitu “berhibur dalam batasan agamaâ€.

Saya terlebih dahulu memohon maaf seandainya surat saya ini melukakan hati tuan. Saya rasa tuan tidak mengikuti perkembangan Mawi sebenarnya dalam Akademi Fantasia 3. Tuan hanya kagum dengan sikap Mawi yang tuan kenali melalui rancangan TV Astro itu yang rata-rata ustaz dan ulamak di negara kita mempertikaikannya termasuk ustaz-ustaz di radio IKIM.FM.

Saya difahamkan tuan adalah seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan. Tuan pula adalah salah seorang pemimpin tertinggi parti PAS. Tuan tidak seharusnya termakan dengan perancangan musuh-musuh Islam melalui program tv realiti seperti “Sekolah Khayalan†itu.

Bagaimana tuan nampak Mawi boleh menjadi ikon remaja yang terlalu parah Sekarang ini? Bagaimana tuan boleh bersikap “double standard†dengan menolak rancangan “Sekolah Khayalan†itu tetapi dengan ghairah menerima graduannya?

Saya bukan ahli politik, saya tidak pandai politik, lebih-lebih lagi saya tidak tahu selok-belok cakap-cakap orang politik. Tetapi saya adalah bekas penyanyi dan pemain muzik. Saya dengan kumpulan saya masuk keluar kelab untuk menghiburkan penonton.

Sehinggalah saya pada suatu hari diajak oleh seorang teman saya yang agak alim untuk mendengar syarahan yang disampaikan oleh ustaz Akil (bekas penyanyi rock), saya menjadi insaf, menyesal dan meninggalkan dunia saya itu walaupun teramat berat,lebih-lebih lagi ianya melibatkan periuk nasi saya, tentu tuan faham.

Kalaulah saya terbaca surat terbuka tuan sebelum saya meninggalkan dunia hiburan saya, nescaya saya tidak akan meninggalkannya dan tidak perlu saya bertaubat dan rasa bersalah. Saya benar-benar keliru. Yang mana satu yang betul? Ustaz Akil yang saya dengar ceramahnya itu atau penyataan tuan Mahfuz. Maafkan saya kalau terlalu emosonal.

Saya melihat Mawi sebagai seorang yang telah mensia-siakan ilmu yang Allah kurniakan kepadanya. Saya melihat Mawi sebagai seorang yang mempersendakan agama dan hukuim-hukumnya. Saya melihat Mawi sebagai seorang yang tidak beramal dengan ilmunya. Bagaimana seorang yang tidak ada amanah ilmu boleh dijadikan ikon remaja?

Saya tidak percaya hiburan mempu menjadi medium dakwah yang berkesan. Cuba tuan lihat kumpulan nasyid yang para anggotanya kebanyakannya bekas anggota Arqam yang dididik oleh Utaz Ashari, setelah berada di persada hiburan tanah air selama lebih satu dekad apakah kesannya kepada remaja walaupun kumpulan Raihan mendapat sambutan yang hangat seperti Mawi pada era 90-an dulu.

Akhirnya siapa yang mempengaruhi siapa? Mereka telah mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan. Saya juga tidak alim. Tetapi saya fikir, kalaulah hiburan boleh dijadikan medium dakwah yang berkesan, nescaya Rasulullah SAW dan para sahabat terlebih dahulu telah melakukannya. Sekali lagi saya minta maaf.

Saya pun tidak pasti sama ada surat saya ini akan disiarkan oleh pihak Harakahdaily atau tidak.

Akhir sekali kalaulah surat saya ini disiarkan, saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Dan kepada tuan Mahfuz saya berharap orang politik seperti tuan tidak hanya memikirkan masa depan politik PAS semata-mata. Pandanglah insan-insan seperti saya di bawah ini. Orang-orang seperti saya bertambah keliru kerana tidak faham jenis hiburan yang bagaimanakah yang haram dan apakah dalil hiburan yang halal di sisi Islam. Mohon maaf sekali lagi.

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15529


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 29-08-05 01:58


Tidak wajar Kerajaan Kelantan anjur konsert Mawi
Saturday, August 27 @ 16:13:00 MYT


Oleh MUJAHIDIN MIN MALIZI
Kami merasa terpanggil untuk menulis surat terbuka kepada Kerajaan Negeri Kelantan mengenai penganjuran “Konsert Tautan Kasih†yang akan berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober 2005 akan datang.

Secara umumnya kami tidak menentang hiburan yang tidak melanggar batas-batas syarak. Walaubagaimanapun kami berasa sedih bercampur marah dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang ingin menjemput juara Akademi Fantasia ke-3 iaitu Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi untuk menyertai konsert tersebut.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, di antara alasan utama yang mendorong Kerajaan Negeri menjemput Mawi adalah seperti berikut, sebagaimana yang dipetik dari temubual Harakah dengannya:

1. Mawi mempunyai personaliti murni yang boleh ditonjolkan sebagai ikon bagi remaja masa kini.

2. Menggunakan populariti Mawi dalam membentuk golongan remaja kearah yang lebih baik. Menurut teori Husam Musa, peranan idola lebih berpengaruh dalam membentuk suatu suasana atau pemikiran seseorang manusia dengan cukup berkesan.

3. Melalui konsert seperti ini remaja akan lebih berakhlak dan mampu mempertahankan nilai-nilai murni.

4. Menurut beliau setakat ini persembahan Mawi sejak menjadi peserta dalam AF serta sebelumnya tidak bertentangan dengan dasar yang digariskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

5. Semua medium yang boleh membantu dalam pembentukan masyarakat harus digunakan.

6. Kita tidak boleh mengasingkan diri dari fenomena yang berlaku hari ini dalam masyarakat.

Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh Husam Musa di atas, kami sebagai sebahagian dari ahli PAS ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan menjemput Mawi ke konsert tersebut yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Di sini kami bukanlah berhasrat untuk memburuk-burukkan peribadi Mawi. Namun demikian seperti diketahui umum, Mawi adalah hasil produk dari sebuah rancangan yang terang-terang bersifat “laghaa†dan bercanggah dengan syariat Islam.

Contohnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, guru dan pelajar berpeluk-pelukan, nyanyian yang melalaikan, lirik yang memuji-muji manusia, pemakaian yang mendedahkan aurat dan yang lebih malang lagi kita sanggup menitiskan airmata atas penyingkiran pelajar AF daripada menitiskan airmata melihat penderitaan saudara seagama kita di Palestin.

Atas dalil atau nas apakah maka kita mengatakan Mawi mempunyai personaliti yang boleh dicontohi jika sekiranya dia terlibat di dalam program-program maksiat tersebut?

Bayangkan jika ada seorang ulama muda menyertai program yang sama dan beliau juga mempunyai pengikut atau peminat yang ramai dan fanatik, adakah kita boleh mengiktiraf pemuda tersebut sebagai ulama?

Adalah dia akan diiktiraf sebagai ikon remaja atau ikon bagi ulama-ulama muda yang lain ?

Kami bolehlah bersetuju dengan andaian Husam bahawa populariti seseorang lebih berpengaruh dalam membentuk suasana dan pemikiran masyarakat dengan lebih berkesan.

Namun demikian populariti yang terhasil dari perbuatan yang melanggar syariat bukanlah contoh atau “uswah†yang harus kita gunakan dalam usaha membentuk generasi muda sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Kami tidak nampak bagaimana melalui pentas hiburan atau konsert, kita boleh melahirkan remaja yang lebih berakhlak dan mampu mempertahankan nilai-nilai murni. Jika betul demikian, mengapa Rasulullah s.a.w. tidak pernah mempraktikkan perkara tersebut dalam usaha Baginda berdakwah kepada remaja di zamannya.

Pada pandangan kami, ini adalah kerana lumrah nafsu manusia yang senantiasa cenderung kearah keseronokan dan kelalaian. Contohnya, remaja yang rajin berjamaah di masjid akan pergi menonton konsert tersebut dengan alasan ia tidak melanggar syariat tetapi remaja yang suka berhibur tidak mungkin akan meninggalkan terus hiburan dan pergi ke masjid.

Maka tidak hairanlah jika konsert ini nanti akan meramaikan golongan yang suka berseronok dan berhibur dan secara tidak langsung mengurangkan golongan yang taat.

Bagaimanakah kita boleh mengatakan bahawa persembahan Mawi tidak bertentangan dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang kita sedia maklum ingin menegakkan Islam. Adakah dasar Kerajaan Negeri Kelantan berbeza dengan dasar Islam atau dasar PAS itu sendiri?

Bagi kami, Mawi bukanlah seorang individu yang boleh dijadikan sebagai ikon bagi remaja Islam masa kini kerana sepanjang persembahannya di konsert-konsert AF sebelum ini, dia telah mencampur-adukkan perkara yang baik dengan yang buruk.

Jelas dasar Islam menentang keras hal ini sebagaimana yang telah didatangkan dalam hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdillah Nu’man Bin Bashir r.a. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata dan di antara kedua-duanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa jatuh kepada perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram.â€

Daripada hadis tersebut kami melihat dengan penglibatan Mawi dalam konsert yang bakal diadakan nanti akan menimbulkan kesamaran dalam kefahaman agama yang sebenarnya di kalangan masyarakat, khususnya remaja kita, apatah lagi setelah diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Secara tidak kita sedari, jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan merupakan suatu pengiktirafan kepada perbuatan mencampur adukkan perkara yang haq dengan yang batil.

Kami bimbang di masa hadapan lebih ramai lagi golongan yang akan mencontohi dan mengaplikasi perbuatan ini (campur aduk haq dan batil) dalam berbagai aspek kehidupan.

Kami sangat khuatir dengan fenomena hiburan yang dijadikan suatu agenda dan medium dalam menarik remaja kita ke arah kebenaran. Kami merasakan di zaman mutakhir ini, dalam keadaan keruntuhan moral yang berleluasa di kalangan remaja kita, kita perlu mengambil pendekatan yang lebih teliti dan proaktif bagi mendidik remaja agar terhindar dari sebarang bentuk keraguan atau syubhah yang bakal mengundang fitnah dalam memartabatkan kesucian agama kita.

Marilah sama-sama kita fikirkan akan bahayanya pengaruh program-program hiburan seperti ini yang rata-rata merupakan agenda Yahudi atau agenda puak Zionis yang ingin menghancurkan Islam di muka bumi ini melalui kehancuran akhlak dan aqidah remaja Islam.

Banyak lagi acara yang lebih bermanafaat dan bertepatan dengan syarak yang mampu kita anjurkan demi untuk memastikan golongan-golongan remaja kita tidak terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat.

Jika sekiranya golongan majoriti masyarakat telah terperangkap di dalam suasana yang mengagungkan hiburan, kita golongan yang memperjuangkan Islam sepatutnya menyedarkan mereka tentang keburukan memuja hiburan secara berlebih-lebihan, dan bukannya sama-sama menyemarakkan lagi fenomena tersebut.

Sekiranya ini berlaku kami sebagai ahli biasa PAS amat sukar untuk menjelaskan kepada masyarakat umum tentang perbezaan di antara PAS dan Umno.

Malah dalam beberapa keadaan terdapat kenyataan yang lebih keras dari kepimpinan Umno yang menentang AF dan Mawi.

Janganlah kita bimbang tentang tidak mendapat sokongan atau tidak popular di mata manusia kerana kita perlu yakin sekiranya kita berjuang di landasan yang benar, Allah akan sentiasa bersama kita.

Biarlah seluruh dunia menentang kita asalkan kita tidak mengundang murka Allah. Berapa ramai golongan yang sedikit boleh menewaskan golongan yang banyak; bukankah Islam menang di Badar dan bukankah kita hampir tewas di Hunain?

Kemenangan memanglah menjadi impian tetapi bukanlah suatu ukuran di sisi Allah sekiranya kemenangan yang dicapai tidak berlandaskan syarat-syarat yang diredhai Allah.

Kesimpulannya, berwaspadalah dengan pendekatan yang ingin kita ambil agar kita tidak tersasar dari prinsip perjuangan Islam. Berbincanglah dan halusilah aspek pro dan kontra yang bakal berlaku, dengan perbincangan yang mendalam bersama tokoh-tokoh agama yang berwibawa di dalam disiplinnya.

Sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran yang bermaksud: “ Tanyalah kepada orang-orang yang lebih mengetahui, jika sekiranya kamu tidak mengetahui." Mudah-mudahan dengan usaha kita dan sikap kita yang lebih berhati-hati di dalam urusan agama ini bakal memberikan rahmat dan kemudahan di dunia dan juga di akhirat. - um

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15526


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 09:25


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, surat2 yang saudara pastekan di sini memberikan kita beberapa gambaran:

1) Masyarakat sekarang semakin matang dan menolak prinsip hedonisme yang cuba diterapkan dan menjadi agenda golongan tertentu yang berselindung di sebalik nama yang baik

2) Masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang sedar tentang kewajipan menegur dan membimbing, serta tidak suka kepada program2 maksiat dan lagha

3) Masih ada golongan yang mengamalkan ketelusan, keterbukaan dan keadilan yang tulen dengan menyiarkan SEMUA pendapat dan pandangan peringkat akar umbi, tanpa menapis dan mengambil pendapat yang menyokong semata2.

Ana masih berharap pihak Tuan Guru menyiarkan penjelasan penuh tentang perkara ini.

Rindunya nak ke Kelantan dengar kuliah subuh Tuan Guru...

ISLAM HANYA SATU DAN AKAN TETAP SATU

Ila Mardhatillah

Wallahu a'lam

Assalamualaikum
[ Telah diedit oleh: jundullah81 pada 29-08-05 09:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 09:30


Assalamualaikum.... Najib tolong jawabkan untuk Tuan Guru????


Berdakwah guna pendekatan kontemporari
BANGI 28 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa para pendakwah muda menggunakan pendekatan kontemporari dalam berdakwah bagi memastikan ia sejajar dengan cita rasa golongan muda agar berkesan menangani masalah kumpulan itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, para pendakwah muda memiliki potensi dan kebolehan tinggi dalam membantu kerajaan menangani cabaran-cabaran masyarakat masa kini, khususnya yang melibatkan umat Islam.

Dengan itu, kata beliau, mereka perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi memastikan matlamat murni itu berjaya dicapai.

``Saya melihat, kumpulan pendakwah muda mampu memberi sumbangan besar dalam usaha kita menangani perkara-perkara negatif dalam masyarakat termasuk golongan yang hanya mementingkan duniawi dan golongan yang hanya mementingkan akhirat.

``Dalam hal ini, para pendakwah muda perlu mengubah pendekatan mereka supaya ia lebih kontemporari, sesuai dengan cita rasa golongan muda, lebih bertenaga dan lebih tinggi motivasinya.

``Dengan cara ini, mereka akan dapat membina gelombang baru dalam pimpinan, dengan semangat dan mampu berdepan dengan cabaran-cabaran umat Islam kini berlandaskan kepada ajaran agama yang syumul, lengkap dan sempurna,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutupan Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2005 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Konvensyen

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk dari. Shafie Mohd. Salleh dan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Prof. Datuk dari. Abdul Syukor Husin.

Konvensyen dua hari anjuran KUIM dan kementerian itu yang diadakan buat pertama kalinya menghimpunkan golongan mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara untuk membincangkan idea-idea bagi memperkasakan peranan mereka sebagai pendakwah muda.

Najib turut melancarkan Sekretariat Pendakwah Muda bagi mewujudkan kesinambungan yang berterusan kepada hasil konvensyen itu pada majlis itu.

Najib menambah, generasi muda selaku ejen perubahan kepada kesejahteraan ummah perlu menjuarai usaha ini dengan akidah yang mantap, daya intelektual, rohani dan jasmani serta berani meneroka kemajuan ummah.

Timbalan Perdana Menteri turut menggariskan kriteria yang perlu dipegang pendakwah muda termasuk pemilikan ilmu pengetahuan yang tinggi dan pengurusan masa dan diri yang baik.

``Golongan pendakwah muda juga perlu memiliki kemahiran berkomunikasi termasuk menguasai bahasa asing bagi meluaskan ajaran mereka kepada kumpulan yang lebih besar,'' katanya.

Akhir sekali, menurut beliau, mereka perlu menerap sifat daya tahan dan juang serta motivasi tinggi dalam diri semasa melaksanakan tanggungjawab.

``Dengan semangat yang kental dan berterusan, mereka akan cemerlang dalam apa jua tindakan dan berupaya membawa para pelajar mereka ke arah yang sama,'' ujarnya.


Semoga Allah kurniakan hidayah kepada semua untuk menegakkan Islam. Maha Suci Allah yang berkuasa menurunkan hidayahnya kepada sesiapa sahaja.


ISLAM HANYA SATU DAN AKAN TETAP SATU

Ila Mardhatillah

Wallahu a'lam

Assalamualaikum...


-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 29-08-05 09:35


ehem

Bookmark and Share

    


  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 10:12


Mawi ke Kelantan: Tok Guru beri penjelasan
Sunday, August 28 @ 12:20:51 MYT


Oleh ROSLAN SMS

Walaupun telah banyak penjelasan diberikan namun ramai yang masih tidak berpuas hati. Ada yang pertikaikan, ada yang berhujah tidak syarie, ada yang kata jahiliyah dan berbagai lagi reaksi yang negatif dan tidak membina sama-sekali.

Walaupun Harakah keluaran terbaru telah memuatkan penjelasan ahli EXCO PAS yang juga Naib Presiden parti Hj Husam Musa, kalau yang tak puas hati masih akan tetap tidak berpuas hati juga.

Dalam satu majlis ceramah di Markas Tarbiyyah, Tok Guru Mursyidul Am yang juga MB Kelantan yang bertanggungjawab memberikan lampu hijau kepada konsert yang dimaksudkan telah menyentuh isu ini dalam ceramah beliau.

Dan dalam majlis tersebut Tok Guru telah mengambil peluang untuk melurutkan kekusutan didada mereka yang masih kusut dan berserabut, mudah-mudahan berpuas hatilah hendaknya.

Kata Tok Guru sebagaimana yang pernah saya coretkan dalam blog ini sepatutnya tidak timbul sebarang masalah (dalam mengundang Mawi) kerana ini bukanlah kali pertama kerajaan negeri mengundang seorang penyanyi.

Akil Hayy seorang bekas penyanyi rock pernah diundang, Ito seorang rocker pernah diundang, oleh itu apa bezanya apabila kerajaan negeri mengundang seorang lagi penyanyi iaitu Mawi.

Beliau menambah yang kerajaan negeri undang adalah Mawi bukan Akademi Fantasianya. Kesalahan Mawi hanyalah kerana beliau menyertai AF, dan kerajaan negeri pun tidaklah berminat pada AF, hanya Mawi sahaja.

Tambah beliau lagi sebagai sebuah kerajaan negeri yang berlandaskan Islam, tugas beliau dan pimpinan negeri adalah untuk menapis dan meneliti apa sahaja yang penting untuk Islam.

Malah kata Tok Guru istilah menyanyi itu sendiri sepatutnya tidak dihadkan dengan menyanyi yang kita dengar dan ikuti hari ini. Sesungguhnya nasyid dan marhaban itu juga menyanyilah asalnya.

Di zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, terlalu ramai mereka yang telah mempersembahkan syair di hadapan baginda, antara yang terkenal adalah Hassan bin Tsabit. Bersyair itu kata Tok Guru menyanyilah juga hakikatnya.

Tok Guru menjelaskan lagi bahawa di pasaran hari ini terdapat terlalu ramai penyanyi yang boleh dipilih, namun tidak diundang ke Kelantan kerana perangai dan gaya serta persembahan mereka tidak menonjolkan imej Islam.

Beliau turut menyentuh persembahan dikir barat dan wayang kulit yang asalnya telah diharamkan oleh kerajaan PAS. Walau bagaimanapun setelah terdapat versi yang baru yang mengandungi mesej dan unsur Islam, maka larangan terhadapnya telah ditarik balik.

Dalam ucapannya Tok Guru turut menasihatkan orang-ramai khususnya mereka yang mencintai Islam agar jangan cepat melenting dan bersikap negatif dalam hal ini.

Tok Guru tidak ketinggalan mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengatakan kerajaan PAS Kelantan berada dalam situasi tertekan. Kata Tok Guru, PAS tidak pernah merasa dirinya tertekan di Kelantan. Insya-Allah katanya Islam bila dipantau oleh alim-ulamak dengan sendirinya ia akan menjadi selamat.

Tok Guru turut menafikan kononnya kerajaan negeri turut berhasrat mengundang Siti Nurhaliza ke Kelantan sebagaimana yang didakwa Hishamuddin. Jangankan penyanyi perempuan, qariah di Kelantan pun sekadar dibenarkan membaca al quran secara tartil sahaja dan tidak secara taranum (berlagu).

Mudah-mudahan penjelasan Tok Guru ini akan segera menamatkan polemik Mawi ke Kelantan ini. Kita doakan sahajalah ianya berjaya dan kelak akan dapat menambat hati anak-anak muda untuk dekat dan akhirnya bersama-sama mendokong dan menyokong perjuangan Islam, insya-Allah.

- um


:) :) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 10:18


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Semakin rindu pada ceramah Tok Guru...


Wallahu a'lam

Assalamualaikum


-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 10:54


!!! QUOTE !!!

Rasanya lebih pada sumpah2, sebab asyik berubah colour. Tapi sumpah2 yang dah kena klon dengan biawak...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 09:31


kalau bab2 mengutuk2 ni sampai esok tak habis... pahala hilang dosa bertambah..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 02-09-05 21:08


Batalkan konsert Mawi

Oleh Mohd. Sayuti Omar

Tanpa prejudis – dengan mengambil kira pandangan pro dan kontra berhubung hasrat (murni?) kerajaan Kelantan untuk membawa penghibur beraura Mawi ke negeri itu, kerajaan Kelantan perlu menyemak balik cadangan itu. Polemik mengenai perkara itu wajar diberi perhatian. Meskipun kerajaan negeri berkenaan mempunyai kuasa dan hak mutlak ke atasnya, namun mereka harus peka kepada pandangan umum.

Ternyata sejak hasrat untuk membawa Mawi berhibur di Kelantan, timbul berbagai pandapat pro dan kontra. Ada yang setuju, ada yang tidak, malah ramai juga yang keliru. Yang tidak bersetuju berhujah – hiburan atas nama apa sekalipun tidak mampu untuk dijadikan saluran dakwah ternatijah. Pandangan ini bukan bernada cemburu sebaliknya dibuat berpandukan kepada pengalaman peribadi. Mereka berpihak kepada suara ini kurang yakin hiburan ala Mawi dapat membawa kebaikan!

Manakala yang setuju (terpesona) pula melihat aura Mawi boleh merubah remaja. Membawa imej baru dalam bentuk hiburan yang tercari-cari oleh Pas (kerajaan Kelantan) selama ini. Mereka juga berhujah panjang lebar, sampai menyongsongi ke sejarah di zaman jahiliah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa segan silu ada juga yang mahu Mawi dijadikan ikon remaja kini. Ikon?

Sementara di celah pergelutan dua kumpulan, itu ada satu lagi pihak yang jadi keliru. Mereka hilang punca kepada ‘mazhab’ mana harus mereka berpegang. Sebab keduanya ada dalil ‘aqli’ dan ‘naqli’ yang tidak mudah untuk ‘ditohok’ (lempar) begitu sahaja. Lalu mereka ini terawang-awangan dan terus memerhati kemelut itu dengan seribu tanda soal.

Di sini sekali lagi saya tetap berdiri di tengah tanpa bias kepada mana-mana pihak. Saya lebih bersikap seperti golongan ketiga itu, namun tidak begitu terkeliru! Di sini ada beberapa pandangan (dan juga persoalan) yang hendak dilontarkan demi mencari justifikasi ke atas apa yang berlaku.Tujuannya satu; untuk mencari yang terbaik dan keredhaan Allah.

Pertama saya ingin bertanya sejauh manakah kerajaan Kelantan ikhlas dengan konsert itu. Apakah nawaitu untuk menganjurkan konsert itu murni untuk mengatasi masalah ketandusan hiburan di negeri itu sejak Pas mengambil alih lebih 15 tahun lalu? Atau pun program itu lebih bermotifkan politik. Dalam kata tanpa berselindung mahu mencuri manfaat daripada kehadiran ‘senteri’ akademi fantasia itu?

Saya menimbulkan ini kerana kalau kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ikhlas dan serius dalam bidang ini, Kenapa kerajaan Kelantan tidak mengemukakan konsep hiburannya sendiri? Buat madrasah nyanyian sendiri. Atau kalau tidak ada idea (kreativiti) cukuplah kerajaan Kelantan memberi galakan kepada kumpulan nasyid di negeri itu dengan mengajurkan pertandingan nasyid.

Atau memberi ruang kepada kumpulan nasyid yang sedia ada untuk mengadakan persembahan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau Pas. Setidak-tidaknya inisiatif itu membuka jalan dan memberi peluang kepada anak muda yang berminat dalam lapangan kesenian ini menonjolkan bakat mereka. Saya percaya setiap sekolah agama di Kelantan mempunyai kumpulan nasyid masing-masing.

Selain itu, kalau kerajaan Kelantan ‘sungguh’ kerajaan Kelantan juga boleh mewujudkan institusi khusus di dalam bidang seni di Kelantan seperti mana wujudnya Gelanggang Seni di Kota Bharu yang menjadi institusi keseniaan di negeri itu. Gelanggang Seni adalah medan orang-orang Kelantan bermain (melepaskan gian) dalam pelbagai bentuk kesenian tradisional yang ada di negeri itu, disamping ia menjadi pusat tarikan pelancong.

Lantaran itu bagi hemah saya konsert Mawi adalah satu pengeksploitasian mengenai aura Mawi yang menjadi pujaan dan kegilaan remaja muasir ini oleh Pas saja. Konsert itu tidak ada apa-apa atau mampu untuk merubah trend hiburan masa kini di Kelantan apa lagi kalau dengan konsert itu diharapkan dapat menggarap bentuk hiburan baru.

Tindakan membawa Mawi itu tidak kurang, sama seperti tindakan golongan politik lain yang membawa balik artis atau seleberiti terkenal di Kelantan menghadiri apa-apa majlis kelolaan mereka. Semua itu dijadikan modal atau ‘pembalut joran’ agar orang ramai hadir. Kalau tindakan golongan politik itu dikecam oleh Pas, maka sudah tentu tindakan Pas membawa Mawi atas nawaitu sama juga turut akan diejek oleh golongan itu.

Kita masih ingat suatu waktu ketika Roslin Hashim muncul sebagai johan badminton All England, semua orang politik mengalu-alu kemenangan beliau itu. Ada yang berkunjung ke rumah mengucapkan tahniah dan sama merayakan kejayaan anak Kelantan itu, termasuk pemimpin Pas. Tujuan mahu mencari ‘mileage’ politik.

Jadi situasi yang sama juga berlaku kepada Mawi itu.

Mungkin ada yang merasa anih Kenapa Tok Guru Nik Aziz begitu mudah terpesona dengan Mawi. Sekali lagi persoalan ini tidak pelik. Kemungkinan yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberikan gambaran yang indah, manis dan ‘comel lote’ mengenai Mawi. Sudah tentu mereka yang sejalan pemikiran untuk membawa Mawi akan menceritakan kepada Tok Guru itu yang Mawi bukan sahaja budak baik, namun ia adalah peminat kepada Tok Guru, malah di dinding rumahnya ada potret Tok Guru.

Sekali lagi hal sedemikian tidak menghairankan. Selalunya Menteri Besar Kelantan itu diberitahu hal-hal yang menyimpang dari realitinya. Dan sebagai atas sifat luhur ulama yang merasakan orang lain juga sepertinya – ikhlas, jujur dan mudah ‘basa’ terus memepercayainya apa yang dicakapkan tanpa cuba mencari maklumat tambahan.

Saya yakin situasi sebenarnya di sebalik tabir akademi itu, dan juga hidup Mawi selepas bergelar juara baru-baru ini tidak ditonton oleh Nik Aziz. Adalah mustahil kalau MB itu turut sama bersimpuh di hadapan televisyen untuk mengikuti program realiti tv itu selama tiga bulan. Apa lagi tidak munasabah kalau MB itu datang menjenguk kehidupan murid-murid akademi itu yang dikurung dalam sebuah banglo di ibu kota.

Dengan mendapat maklumat yang sudah ‘dikiwi’ begitu rupa maka beliau mudah menerimanya dan bersetuju kalau Mawi dijadikan idola di Kelantan. Dan mereka yang berfikiran searus dengan itu akan mengambil kesempatan daripada itu untuk menjayakan konsert Mawi itu di mana ianya lebih bermotifkan politik, mencari sokongan ‘harga runtuh’ di sebalik populariti Mawi.

Dalam masa sama Pas juga mahu menjadikan Mawi sebagai pengubah kepada persepsi buruk terhadap Pas berkaitan hiburan. Itu sahaja. Soalnya berjayakan Pas dengan hanya seorang Mawi? Apakah keistimewaan Mawi? Bolehkah Mawi merubah persepsi terhadap Pas mengenai hiburan yang sebegitu lama bertompok dalam kepala masyarakat dalam tempoh satu malam?

Sekali lagi tanpa prejudis di sini saya mengemukakan beberapa perkara yang perlu difikirkan Pas sebelum konsert itu benar-benar dijadikan realiti.

1. Apakah kerajaan Kelantan pasti konsert itu berjalan dalam keadaan teratur dan tertib.

Menurut Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa, mereka akan mengadakan kad (jemputan) khas bagi orang yang hendak menonton konsert berkenaan. Maknanya setiap pengunjung akan dicatatkan identiti dan kehadiran mereka.

Mungkin idea itu pratikal kalau jumlahnya kurang pada 10,000, tetapi bagaimana kalau kehadiranya kelak melebihi 10,000? Tentu tempat berlangsungnya konsert itu akan menjadi penuh sesak. Tidakkah keadaanya nanti kelam kabut. Selalu kita terdengar berlaku huru-hara di tempat-tempat konsert apabila mereka yang hadir tidak berpuas hati dengan pengajur, seperti kehabisan tiket dan sebagainya.

2. Bagaimana lagu-lagu yang bakal disampaikan Mawi kelak.

Apakah lagu-lagu yang akan dipersembahkan kelak semuanya berunsur nasihat dan ketuhanan? Bagaimana dengan irama dan lirik kegemaran anak muda, seperti lagu berunsur cinta monyet? Mungkin keduanya sekali ada, ada lagu dakwah (langsung) ada lagu khayalan. Tidak mungkin Mawi yang dikenali sebagai penyanyi serba boleh akan hanya menyanyi lagu-lagu pilihan khas kerajaan Kelantan sahaja.

Bagaimana kalau Mawi menyanyi lagu ‘rock’ yang boleh mengundang audien turut sama berinteraksi dengannya berjoget dan bertepuk tangan? Umum tahu tepuk tangan dan joget tidak digalak oleh Pas. Apakah apabila Mawi menyanyi lagu ‘rock’ maka laungan takbir.... akan kedengaran!

3. Kemungkinan akan dieksplotasikan oleh musuh.

Apakah Pas tidak terfikir konsert itu kelak akan dieksploitasi oleh musuh mereka. Dalam konsert seperti itu di mana ramai khalayak, senang bagi musuh hendak melakukan sesuatu yang tidak baik. Apa kata kalau ada tangan nakal meleparkan tin minuman keras atau meninggalkan kondom di tempat konsert itu kemudian esok didedahkan oleh akhbar atau tv? Betul, itu perbuatan khianat, tetapi di dalam politik, khianat adalah permainan biasa. Apakah Pas tidak fikir soal ini?

4. Kesan jangka panjang dengan konsert tersebut.

Apakah kesan selepas konsert itu. Apakah konsert itu dapat memberi kesedaran baru atau ia akan jadi seperti angin lalu sahaja. Kesan baiknya sekejap, namun kesan buruk akan berpanjangan. Takdir berlaku sesuatu yang negatif, musuh akan menyebut sepanjang masa mengenai konsert berkenaan. Paling ditakuti, rakyat umum akan menyamakan Pas sama sahaja dengan Umno. Jika ini berlaku, untung yang diharap secupak, rugi segantang yang diperolehi.

Itulah empat perkara yang harus difikir oleh mereka yang menetaskan idea dan mempromokan untuk membawa Mawi ke Kelantan. Sekiranya mereka dapat mengatasi permasalahan ini dan menjelaskan dengan tuntas mungkin konsert itu ‘harus’ diadakan.

Selain itu disebabkan kerajaan Kelantan adalah kerajaan Pas, maka Pas juga harus memberi pandangan yang jelas mengenai perkara ini. Dewan Ulama yang diberi tugas memantau dan menjawab sebarang kekeliruan harus bangkit. Mereka tidak perlu merasakan itu bukan tugas mereka, atau merasa rendah diri apabila Nik Aziz selaku Mursyidul Am telah bersetuju maka mereka ikut bersetuju sama. Dewan Ulama tidak boleh berdiri di antara ‘mentara’ berbeza di dalam hal ini.

Dewan Ulama dan individu (ahli hukum) lain di dalam Pas harus memberi pandangan dan tidak melihat dan menerima setiap apa yang dipersetujui oleh Musyidul Am itu sebagai benar dan betul belaka. Sebab, ada kalanya idea dan cakap-cakap Tok Guru tersalah nahu dan tata bahasa manakala ada juga ayat-ayat yang ‘ditulisnya’ tertinggal titik koma dan penuh ‘tanda soal’.

Pada saya konsert itu perlu dibatalkan.

PS/: INILAH CONTOH PANDANGAN ORANG YANG CINTAKAN AGAMANYA..BUKAN PANDANGAN AHLI POLITIK YANG TERDESAK NAK CARI UNDI SAMPAI LUDAH MAWI pun SANGGUP NAK JILAT AGAKNYA


-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 03-09-05 18:11


Nik aziz....nik aziz......

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

rebel7th
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18698
Posting: 32
Dari: Newcastle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 15:59


ambo selaku ore kelate sokong saja...
no problemo...
demo ore kedah apa tauu... :lol:


-----------------
:: L1v3t0d13 ::


Bookmark and Share

    


  Member Information For rebel7thProfil   Hantar PM kepada rebel7th   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 13:25


Mawi: Bacaan Tok Guru semakin terserlah

Sebelum ini Tok Guru MB Kelantan pernah berkata:

Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu harga diri dan tahu agamanya.Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang ke Kelantan.

Semalam melalui temuramah eksklusif dalam akhbar NST, secara tersurat dan tersirat Asmawi Ani ataupun Mawi telah menyatakan sikap, kecenderungan dan pendirian beliau secara terbuka. Dalam wawancara itu beliau berkata:

When my fans scream out for me and saya WORLD, WORLD I reply, WORLD, WORLD juga tapi akhirat jangan lupa. Hopefully they will find a meaning in this underlying message and do something about it.

Bila peminat-peminat saya melaungkan WORLD…WORLD saya jawab, WORLD,WORLD juga tapi akhirat jangan lupa. Mudah-mudahan mereka akan dapat menangkap maksud yang tersirat dari mesej itu dan melakukan sesuatu.

Sikap Mawi yang sebeginilah yang barangkali telah memikat dan menambat hati Tok Guru MB Kelantan dan saya yakin juga sebahagian besar pencinta Islam. Dalam temuramah itu Mawi turut ditanya berkenaan undangan kerajaan negeri Kelantan kepada beliau untuk menjayakan sebuah konsert di sana, kata Mawi:

Like I said earlier my sole intention in joining AF was to support the family. Its pretty simple. If PAS invites me to perform then I will oblige. It goes the same for other political parties, PAS, Dap or Umno. Its my job as a singer to entertain. So why not.

Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, tujuan utama saya menyertai AF adalah untuk membiayai keluarga saya. Ianya mudah. Jika PAS jemput saya untuk beraksi saya akan pergi. Malah sama sahaja untuk lain-lain parti politik sama ada PAS, Dap atau Umno. Sebagai penyanyi tugas saya adalah untuk menghibur. Mengapa tidak.

NST dalam temuramah itu telah cuba mencungkil kecenderungan politik Mawi, dan Mawi secara pintar menjawab:

Thats a tough one. Lets put it this way. Ive been exposed to politics back home in Kulai. I was a regular at ceramah. I made it appoint to attend them merely to keep up with the latest news, thats all. For now, I dont think I am in the right position to comment on where my political beliefs and convictions stand.

Ini satu soalan yang sukar. Macam nilah, saya telah terdedah kepada politik sejak di kampong di Kulai. Saya salah seorang yang tetap ke majlis-majlis ceramah. Saya hadir semata-mata untuk mengetahui perkembangan semasa, itu sahaja. Buat masa ini saya rasa tidak sesuai untuk saya memaklumkan tentang pendirian dan kecenderungan politik saya.

Bila ditanya lagi parti manakah yang diundinya (dalam pilihanraya umum lalu) , jawapan yang diberi Mawi hampir serupa dengan jawapan mereka yang cenderung kepada gerakan Islam tetapi tertekan kerana situasi sekeliling seumpama Mawi, kata beliau:

Hey isnt that supposed to be confidential. (Hey tidakkah itu sepatutnya satu rahsia).

Bagi saya respon yang diberikan Mawi kepada NST ini adalah respon seorang anak muda yang berhasrat mahu membawa perubahan dalam bidang yang dia memiliki keupayaan. Keberanian beliau untuk menerima undangan kerajaan PAS Kelantan adalah satu langkah yang positif dan bermakna.


Sebagaimana disebut oleh seorang sasterwan yang terkenal iaitu Puan Zurniah Hassan dalam suratnya kepada Astora Jabat di MINGGUAN MALAYSIA semalam yang bertajuk BERILAH PELUANG KEPADA FENOMENA MAWI, Zurinah menulis:


Program macam Akademi Fantasia bersemarak dalam negara. Kalau boleh dihapuskan memang bagus. Tapi kalau tak boleh kita cuba kawal dan bawa kea rah kebaikan.

Astora! Marilah kita beri peluang pada Mawi untuk bawa kebaikan. Kita bimbang kalau boleh. Jangan hentam keran itu boleh membunuhnya dan kita kehilangan satu peluang yang baik untuk kebaikan generasi muda dan masyarakat seluruhnya.

Terpulanglah kepada penerimaan kita masing-masing. Bagi saya dalam hal ini saya selesa dan akur dengan bacaan dan firasat Tok Guru serta langkah-langkah yang sedang beliau ambil, dan insyallah saya tidak akan sekali-kali berkongsi pandangan apa lagi bersetuju pula dengan Astora. Wallahualam.


Bagi sekian kalinya isu Mawi ini dibicarakan, sesungguhnya Mawi tidak penting, AF tidak penting, yang penting di sini adalah keberanian dan ketekunan gerakan Islam untuk menapak ke ruang yang lebih besar dan mencabar demi mendakap sasaran dakwah yang bertibaran di mayapada Allah swt ini)

Oleh : Roslan Sms www.n32.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: mujahadatunnafsi pada 06-09-05 12:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 14:34


assalamualaikum...
saya pun terkejut...tok guru minat mawi...
sipa jemput buat persembahan kat kelantan...
tak sangka boleh jadi macam tu...
agaknya..pengaruh mawi ni memang kuat...sampai semua orang terime dia...
saya tak nampak pulak apa-apa keistimewaan pada mawi...
hanya tok guru sahaja yang tahu apa yang dia buat...
mungkin beliau fikir melalui nasyid...mawi mampu mengajak remaje2 untuk berdakwah

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 11:51


A'km,

Bagi KAIRUL KHALID yang kata saya ni contoh angguk2, geleng. Just for record, sebelum Nik Aziz sokong mawi, saya dah pun sokong mawi. Cuba tengok, thread2 yang sebelum ni, malah thread yang saya buka pasal mawi pernah kena kunci.

Apa salahnya sokong mawi, minat mawi kalau dia buat konset yang baik, nyanyi lagu2 yang baik. Jangan pandai2 mengharamkan benda yang halal. Kalau m.nasir nyanyi lagu baik2 pun saya minat. Kalau sesiapa tak minat, itu dia punya pasal, mungkin dia minat benda lain.

Kenapa awak menunjukkan respon yang melampau pasal benda ni. Saja nak tunjuk pandai ke? Hujah berjela2 macam bagi ceramah, nak baca pun sampai nak muntah.

Salah ke kalau penyokong PAS bagi respon berbagai atas tindakan pemimpin mereka? Sama ada salah atau benar, selagi ada keikhlasan, dua2 dapat pahala. hairan jugak dengan keminatan awak yang melampau ni. Terlebih hormon ke?
[ Telah diedit oleh: pukau pada 06-09-05 12:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 11:57


Pada 26-08-05 14:04 , Jackie_uniten7 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-08-05 11:55 , pukau posting:

!!! QUOTE !!!

Tindakan TG Nik Aziz panggil mawi/siti nurhaliza/ memana artis untuk konsert yang tak menyalahi syariat, untuk tujuan tarik budak2/mudamudi/pengundi/pengundi hantu etc atau pun sebab strategi politik ke, tak salah pada dasarnya. Kan PAS parti politik.


dah keluar 1 ayat


I've told u before, I'm telling u again. Get some basic education in politic before u post someting or u going 2 make a ful of yourself.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-09-05 12:40


tak ada apa yang pelik sebenarnya...tapi rasa-rasanya bukan konsert agaknya yang akan diadakan...just sebagai jemputan biasa saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ***Tuan Guru Nik Aziz BERMINAT dengan Mawi AF3***

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.153876 saat. Lajunya....