Baru-baru ini saya dikejutkan oleh beberapa fatwa
dari Ulama' di Saudi dan di Malaysia sendiri,
bahawa kita tidak boleh membantu Hizbollah,
hatta mendoakan kejayaan mereka, kerana
mereka ini Syiah.Aduhai, takkanlah sampai tak boleh
mendoakan
mereka
Malah ada kata-kata yang mengatakan jika Iran
diserang, kita kena bantu dalam serangan tersebut
kerana kita perlu hapuskan Syiah.
Benar, sejarah memang banyak menyaksikan
pertembungan berdarah antara Syiah dan Sunni.
Tapi tak boleh ke kita melupakan sejarah hitam
kita, dan bersatu menghadapi musuh yang lebih
besar yang mahu hapuskan semua orang Islam
tak kira Syiah atau Sunni?
Jika Israel kalahkan Hizbollah, bukan sahaja Syiah
dalam bahaya, tetapi Sunni pun akan kena nanti.
Hatta kalau ada pertubuhan Kristian yang bersedia
menentang Israel kita doakan kejayaan
mereka.Bukan kerana sentimen agama, tetapi
kerana kita menentang kezaliman yang dilakukan
oleh sesiapa pun.
Jika syiah diserang, kita sokong mereka atas
dasar saudara seagama.
Apa pendapat anda pula?