12 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam)

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 01 Mac 2004 @ 10:18:55
Topik: Tazkirah



Pada 2hb March 2004 adalah bersamaan dengan 10 Muharram 1425 Hijrah yang mana merupakan hari Asyura. Sabda Rasulullah SAW, 'Puasa hari 'Asyura itu menghapuskan dosa satu tahun yang telah lalu'. (riwayat Muslim)

Amalan-amalan sunat pada hari Asyura:

1. Berpuasa sunat bagi orang yang tiada baginya puasa qada'. Bagi yang perlu qada', niatkan qada tetapi yang sunatnya juga akan dapat.

2.Sembahyang sunat dua rakaat pada malam Asyura dengan niat "Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala. (Ia bukan solat sunat Asyura kerana tidak ada solat sunat Asyura). Kemudian diikuti dengan doa "Dengan kemegahan malam ini disisi engkau Ya Allah. Aku.............(doakanlah hajat kita)

3.Menghulurkan sedekah pada fakir dan miskin.

4.Hadir di tempat/majlis ilmu atau zikrullah

5.Ziarah para alim ulama'

6.Ziarah orang yang sakit.

7.Menghubungkan silaturahim.. seperti menziarahi ibubapa atau saudara mara atau sahabat handai atau sekurangnya menelefon mereka bertanyakan khabar.

8.Memakai celak dan berselawat 3 kali ketika memakainya..insyaallah dipelihara daripada sakit mata.

9.Memotong kuku

10.Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali atau sekurangnya 200 kali

11.Menyapu (mengusap) kepala anak yatim.. kaifiatnya ialah dengan menyapu secara terbalik iaitu dari belakang kehadapan...jika anak sendiri sebaliknya.

12.Melebihkan berbelanja untuk ahli keluarga.

Tanbih : Barang siapa mengambil ia pada Hari Asyura akan air mawar dan di letakkan didalam bekas yang putih lalu dibacakan atasnya surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali dalam hal keadaan menilik ia (melihat) akan air tersebut,kemudian disapu pada dirinya dan orang yang dikasihinya (anak isteri).Insyaallah akan terhindar daripada penyakit yang berat-berat hingga tahun hadapan.

Insyaallah ,semoga dapat kita amalkan(sekurangnya 6 perkara) pada hari Asyura yang lagi akan datang pada tahun ini dan tahun -tahun yang berikutnya..

Moga dijadikan oleh Allah akan kita semua dari orang-orang yang taat dan beroleh rahmatNya sentiasa...Amin.