Sudah Anda Tunaikan 10 Hak?

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 30 Januari 2004 @ 9:14:18
Topik: Tazkirah



Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah wasiat tersebut : “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan yang berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang pernah kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing marata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Malaikat Penjaga Neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat Penjaga Syurga)
Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas Baginda, berpegang kepada syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rasulullah s.a.w bersabda “Sampaikan pesanku biarpun satu ayat…..”

SABAR itu IMAN, DUIT bukan KAWAN, DUNIA hanya PINJAMAN, MATI tidak BERTEMAN…..