Hanya kerana 3 perkara

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Khamis, 01 Januari 2004 @ 23:20:33
Topik: Umum



Sebagai manusia kita mempunyai kesukaan dan kemahuan.sebagai manusia yang beriman pilihannya hanya kerana Allah.Di dalam satu kisah diceritakan.Pada suatu hari bertanya Rasulullah kepada Abu zar al-ghifari:Wahai Abu Zar Apakah perkara yang engkau sukai di dunia ini?.

Apa jawab Abu zar : Aku sukai 3 perkara,iaitu: 1)lapar
2)sakit
3)mati
Dengan jawapan itu Rasulullah berasa amat terkejut,ini kerana perkara yang disukai oleh abu zar tidak mustahil bagi orang lain untuk tidak menyukainya.Lalu Rasulullah pun bertanya kembali kepada Abu zar: Mengapa engkau menyukai 3 perkara tersebut ?
Abu Zar pun menjawab:ini kerana apabila kita lapar hati kita akan menjadi tenang,dengan sakit dosa-dosa kita akan terhapus dan dengan mati kita dapat bertemu Allah ini kerana apabila seseorang itu ingin bertemu Allah ia harus melalui mati.Hanya orang yang merindui Allah sahaja yang ingin mati

Dan dengan ini dapat dilihat sesuatu yang bagi kita mustahil untuk disukai dan tidak mustahil juga untuk disukai boleh membawa seseorang itu ke tahap keimanan yang tinggi.
sesungguhnya buat lah Apa yang disukai oleh allah sedangkan kamu tidak menyukainya.Dan tinggalkan lah apa yang dilarang oleh allah walaupun itu adalah apa yang kita sukai.