Kenali Kriteria Diri Anda

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 24 November 2003 @ 1:26:57
Topik: Umum



Pintar Bahasa
*Suka bercerita, berjenaka & bermain teka-teki..
*Menikmati permainan yang menggunakan perkataan
*Menghabiskan masa membaca @ suka membaca
*Boleh mengeja dengan mudah, suka bermain silang kata
*Boleh membaca dan melukis dengan baik

* berpotensi menjadi peguam, pelakon, novelis @ penulis
( wartawan )


Pintar Logik Angka
*Menikmati corak dan koleksi barangan
*Gemar ujian minda dan permainan komputer
*Bermain dan memikirkan mengenai angka
*Menyelesaikan masalah dalam bentuk angka
*Membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu
* berpotensi menjadi akauntan, penagturcara komputer dan saintis.

Pintar Ruang
*Menikmati aktiviti kesenian dan kraf
*Berlakon drama
*Mempunyai bayangan jelas mengenai sesuatu
*Menikmati cantuman gambar
*Gemar melukis dan mencipta

* berpotensi menjadi pelukis, jurubina, pelukis peta dan pengembara.


Pintar Pendengaran
*Suka menyanyi
*Menikmati muzik
*Mendengar membuat persembahan muzik
*Bermain alat muzik
*Mengikut rentak muzik

* berpotensi menjadi ahli muzik, penggubah lagu dan penyanyi.


Pintar Pergerakan
*Gemar menari dan bersukan
*Menghantar mesej melalui pergerakan badan
*Suka bergiat aktif
*Suka berlakon dan bermain olok-olok
( menjadi doktor, guru atau polis )
*Suka membaiki peralatan

* berpotensi menjadi pakar bedah, juruukir dan penari.

Pintar Diri
*Seronok bersendirian
*Suka membayangkan sesuatu
*Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu
*Menyimpan catatan harian dan mempunyai hobi yang serius
*Bermotivasi untuk membuat sesuatu

* berpotensi menjadi penyajak, psikologis dan ahli falsafah.


Pintar Pergaulan
*Mudah berkawan
*Suka mendampingi orang lain
*Menikmati permainan yang memerlukan kerjasama
*Suka menyelesaikan masalah secara berkumpulan
*Prihatin terhadap orang lain

* berpotensi menjadi ahli politik, kaunselor dah jurujual..