BOIKOT DAN SEBARKAN!!!

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 23 Mei 2003 @ 9:04:18
Topik: Tazkirah



Artikel ini dipetik daripada risalah pemboikotan barangan terpilih Amerika anjuran Majlis Pemuafakatan Angkatan NGO (MAPAN) negeri Kelantan dengan sedikit penyuntingan.

BOIKOT!!!

Coca Cola & PEPSI
Pringles (kerepek ubi)
Gardenia (roti)
Kentucky Fried Chicken (KFC) & McDonald’s
Mobil & Esso


Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi

QATAR – Ahad, 8 Oktober 2000. Aljazeera News Network, sebuah stesen televisyen Qatar, menyiarkan kehadiran Dr. Yusuf Al-Qardhawi, seorang ‘alim terkenal dan pemikir Islam yang sangat dihormati. Topiknya membahaskan apa yang sedang terjadi di Palestin dan sekitar kewajipan jihad.

Dalam majlis tersebut Al-Qardhawi mengemukan fatwa bahawa “memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi setiap muslim di seluruh dunia”. Al-Qardhawi mengatakan setiap dollar yang kita bayar untuk sebotol Coca Cola misalnya, akan menjadi satu peluru, dalam senjata perang orang Yahudi (Israel) dan Nasara (Amerika), peluru itu sebenarnya akan dihalakan kepada kita umat Islam.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata “Saya terkejut apabila ada di kalangan umat Islam mengatakan tidak mungkin dapat hidup tanpa PEPSI*, Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan-peralatan moden produk Amerika”. Beliau selanjutnya menegaskan, “Sesiapa sahaja yang menganggap remeh masalah pemboikotan produk Amerika, dan membayar walaupun hanya satu dollar untuk membayar produk itu, adalah sama dengan anda memberi mereka satu peluru yang akan bersarang pada dada saudaramu di Palestin”. Hal itu menurut Al-Qardhawi berpijak kepada kenyataan bantuan dana yang luar biasa oleh Amerika kepada negara Zionis Israel. Lebih-lebih lagi, kongres Amerika terang-terang menyokong Israel dalam isu Palestin.

Salah satu bentuk jihad dengan harta, adalah dengan melakukan pemboikotan secara menyeluruh terhadap semua produk Amerika dan Israel.

“Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang-orang yang syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya kepada anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad Ad-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru daripada wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka (kuffar-tentera salib*). Apa sudah jadi dengan kita??? Kita memiliki mata, yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat (kebenaran*)!!! Kita memiliki telinga, tetapi tidak kita gunakan untuk mendengar (kebenaran*)!!! Kita memiliki hati, tetapi tidak dapat merasakan lagi (kebenaran*). Mereka telah menjadikan kita sebagai pembeli-pembeli yang buta!!! Yang rela menyumbangkan wangnya untuk membiayai senjata api mereka!!! Untuk menyokong kegiatan ganas mereka di dunia Arab dan Islam!!!


Muslimku;
Mari bersama menentang keganasan Amerika;
Yang datang lagi untuk membunuh dan menumpahkan darah;
Di bumi Iraq, di bumi Islam...
Demi membina sebuah Israel Raya di dunia Arab...
Dunia Islam seluruhnya.......

Muslimku;
Peperangan bukanlah kematian;
Peperangan bukanlah kekalahan;
Ia adalah kehidupan buat kebenaran;
Dalam meredah dunia kebatilan;
Ia adalah janji kemenangan...
Buat perjuangan Islam... Dan kemanusiaan...
Menegak keadilan.......

Darah yang mengalir tidak membeku;
Ia terus menghangat menuntut pertanggungjawaban dan amanah...
Di atas bahu setiap kita;
Mereka ialah saudara kita;
Darah kita... Maruah kita... Kehormatan kita... Dan hak kita.......

Muslimku;
Hayun kakimu selangkah;
Dengan yakin dan berani;
Langkahmu sudah cukup buat menggegar Amerika;
Kerana kau seorang MUSLIM!
Yang beriman bahawa ALLAH adalah Yang Esa lagi Perkasa.......

Ingat amanah mahagurumu, Al-Qardhawi;
Ayuh... Kita boikot barangan Amerika!!!



- Dipetik daripada risalah pemboikotan barangan terpilih Amerika anjuran Majlis Pemuafakatan Angkatan NGO (MAPAN) negeri Kelantan dengan sedikit penyuntingan.

Tambahan

*PEPSI* = Pay Every Penny to Save Israel!!!
Penny = Mata wang Inggeris

* = Tambahan penyunting.