Panduan menghafal al-quran

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Sabtu, 08 November 2003 @ 13:49:48
Topik: Umum



Al-quran adalah kitab Allah yang diturunkan kepada nabi muhammad agar disampaikan kepada umatnya.Namunpun begitu ada juga yang bukan sekadar mengamalkannya sahaja bahkan menghafalnya.

Bagi para-para hafiz berbagai cara dan petua yang digunakan untuk menghafal dan mengingati kitab ALLAH ini.antara cara yang boleh digunakan untuk mengingati,menghafal bahkan memahami isi al-quran ini adalah seperti berikut :-

-melancarkan ayat-ayat atau surah yang akan dihafal

-pastikan tidak ada kesalahan pada baris,sifat-sifat huruf memepati makhraj dan hukum-hukum tajwid

-cuba baca 2 halaman dalam masa 5 atau 6 minit tanpa satu kesalahan

-setelah bacaan lancar (tidak tersangkut) barulah mula menghafal

-cuba hafal satu-satu ayat atau tiga ayat atau setengah halaman atau satu halaman

-mulakan menghafal dengan penuh perhatian dan hati yang tenang

-hafal beberapa ayat dan diulang balik yang telah dihafal

-setelah dihafal cuba dengarkan kepada orang lain sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali

-cuba menghafal di tempat-tempat yang sunyi

-jika penat ,berhenti rehat,kemudian teruskan menghafal

-bacaan didengar orang lain,supaya tidak berlaku kesalahan pada baris,sifat-sifat huruf,menepati makhraj dan hukum-hukum tajwid

-cuba dibaca dalam sembahyang

-bangun tahajjuj tengah malam

-sembahyang subuh di awal waktu

-sentiasa mengukangi ayat-ayat atau surah yang telah dihafal

-jangan diubah quran yang digunakan untuk menghafal

-gunakan quran yang menepati mushaf uthmani

-gunakan qurang yang halamannya dimulakan dengan awal ayat dan akhirnya dengan akhir ayat

-mulakan menghafal dengan memohon agar dimudahkan menghafal dan menutupnya dengan memohon agar dipelihara

MEMBACA ITU LEBIH BAIK DARI MELIHAT,
MENGHAFAL ITU LEBIH BAIK DARI MEMBACA,
MEMAHAMI ITU LEBIH BAIK DARI MENGHAFAL TANPA MEMAHAMI