Kembara Cinta

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 14 Oktober 2003 @ 15:35:30
Topik: Umum



assalamualaikum...buat sahabat-sahabat muslimin dan muslimat semua...hayatilah puisi di bawah...pasti antum & antuna akan dapat mengungkap maksud yang tersirat disebaliknya,insya- Allah...terimalah...

Kembara Cinta

Ranjau itu penuh kehinaan
ranjau itu tiada perasaan
terjerumus ke lembah kepalsuan

Pergiku kini...
tak tahu sebab
ketenagankah yang dicari
mahupun nur Ilahi
pembina iman yang pipih

Rantauku kini...
memburu kasih
mengejar cinta
mengisi kekosongan

Musafirku kini...
penuh persoalan
membenak rasa
meranap fikiran
dunia ini suatu permainan?

Pulangku kini...
menyata kebenaran
cintakan bunga...layu
cintakan insan...mati
cintakan harta...binasa
makaku menyedari
cintakan Tuhan....hakiki

pena_sufi,
ogos 2003