Wajib berdakwah walaupun belum sempurna...

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/

Tarikh: Jumaat, 03 Oktober 2003 @ 9:26:10
Topik: Tazkirah

Ramai org sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu,tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah.dalam konteks dakwah,di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah.Inilah faktor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun melakukannya,kerana apa ? kerana dia merasakan amalannya masih belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada diri.

Assalamualaikum..

Berkaitan dengan isu ini,Imam Said bin Jubair berkata.”Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaanya yang sudah sempurna,maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar”.

Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya beliau menambah,”Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?” Imam Al Hasan pula berkata, “Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukannya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini,sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar.”

Iman memerlukan bukti,dan salah satu diantara bukti-buktinya ialah membenci maksiat.Tanpanya,iman berkecai dihati.Rasulullah saw bersabda dengan maksud, “ Tidak ada selepas itu iman,walaupun sebesar biji sawi.” –Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan.Sahabat rasulullah saw yang bernama Abdullah bin Masud menegaskan, “ Binasalah mereka yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar,dengan hatinya”

Kesimpulannya,marilah kita berdakwah dan menyeru kepada kebaikan..walaupun diri sendiri belum sempurna…muhasabah diri kita…banyak cara boleh berdakwah…remaja sukakan hiburan..berdakwah melalui hiburan seperti melalui nasyid dan sebagainya…mudah diterima oleh jiwa remaja..
Salam mesra…
Sekadar peringatan kepada diri ini dan juga buat semua..
Wassalam..

Sumber rujukan : “Kit kombat ISLAM untuk REMAJA” Buku karya Dr.Danial Zainal Abidin.Pulau Pinang.