Temuduga tertutup

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Khamis, 11 September 2003 @ 12:36:33
Topik: Umum



Semua akan dikehendaki hadir tanpa pengecualian.
kekosongan jawatan:
*ahli Syurga
*ahli Neraka
*ahli Neraka sementara kemudian dilantik menjadi ahli Syurga.

4 ganjaran lumayan (untuk jawatan pertama):
*nikmat kubur.
*perlindungan di padang Mahsyar.
*keselamatan meniti titian sirat.
*syurga yang kekal abadi.
Tarikh temuduga:
Bila-bila masa bermula dr saat membaca iklan ini.

Lokasi temuduga:
Di dalam kubur(di alam barzakh)

Kelayakan:
*tak perlu bawa sijil.
*tak perlu bawa pingat.
*takperlu bawa wang/harta yang banyak.
*takperlu berparas rupa handsome/cantik @ body tegap/seksi.
* sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

Panel penemuduga:
Munkar dan Nakir

6 soalan bocor:
*siapa tuhan anda?
*apa agama anda?
*siapa nabi anda?
*apa kitab anda?
*di mana kiblat anda?
*siapa saudara anda?

Cara memohon:
hanya menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput. Beliau akan menjemput bila-bila masa ( mungkin sekejab lagi). Beliau akan berlembut pada orang tertentu dan bengis pada orang tertentu. Beliau diberi nama Izrail.

Tips untuk berjaya:
penuhkan dokumen 'amal dengan amalan seperti berpuasa, bersedekah, bersolat, berzakat..dan banyak lagi. Jika dokumen Amal penuh, automatik dokumen Iman akan Penuh-insyaAllah. 'Amalan ini nanti akan menjaga kita baik dr sudut kepala, kanan, kiri,dan juga kaki.

Selamat berjaya kepada semua yang bakal ditemuduga. Kita pasti akan mendapat tempat berdasarkan 'kelayakan' kita.