Jangan solat kerana ia wajib!

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2003 @ 11:06:29
Topik: Tazkirah



Solat ialah rukun Islam yang difardukan secara langsung (tanpa perantaraan Jibril). Begitu pentingnya solat itu hatta jika tertinggal (atas sebab-sebab yang syar'ei) maka ia wajib diqodo!

Tiada seorang pun meragui hukum wajib solat itu. Namun perlu kita perbetulkan persepsi kita terhadap solat. Secara umumnya ada 3 persepsi:

Pertama: solat ditunaikan kerana ia satu event yang mesti ada dalam kehidupan seharian seorang muslim.

Kedua: solat ditunaikan kerana ia simbol Islam dan kerana patuh kepada perintah Tuhan.

Ketiga: solat ditunai kerana ia simbol Islam, kerana patuh perintah Tuhan dan disertakan rasa kehambaan yang mendalam terhadap Allah Azza wa Jalla.

Persepsi yang afdal ialah yang ketiga. Marilah kita tunaikan solat dengan penuh rasa kehambaan. Mudah-mudahan solat kita itu khusyu'. Solat yang khusyu' menjadi benteng iman yang paling kukuh.