Sifat seorang SAHABAT...

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Rabu, 30 Julai 2003 @ 7:14:53
Topik: Umum



Bismillahirrahmanirrahim..
Acapkali kita akui..bahawa dia adalah sahabatku..dia adalah sahabat karibku..dia adalah best friendku..dia adalah sahabatku dari kecil..dia adalah sahabat seperjuanganku..dia adalah sahabatku dunia akhirat...dan aku adalah sahabatnya.

Pendek kata..memang mudah untuk kita berkata-kata..tetapi terlalu sukar untuk mengotakan kata-kata kita..Kita sebagai sahabatnya atau dia adalah sahabat kita..terlalu sukar untuk kita mencari sahabat yang benar-benar membawa kita ke jalan Allah..Renungan bersama..benarkah aku sahabatnya...atau dia sahabatku..

SIFAT SAHABAT

JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA…..
IA AKAN MELINDUNGIMU

JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA..
IA AKAN MEMBALAS BAIK PERSAHABATANMU ITU..

JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA..
IA AKAN MEMBANTUMU

JIKA ENGKAU MENGHULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA..
IA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK

JIKA IA MENDAPAT SESUATU KEBAJIKAN DARIPADAMU..
IA AKAN MENGHARGAI ATAU MENYEBUT KEBAIKAN MU ITU

JIKA IA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIPADAMU..
IA AKAN MENUTUPNYA

JIKA ENGKAU MEMINTA SESUATU BANTUAN DARIPADANYA..
IA AKAN MENGUSAHAKANNYA

JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI KERANA MALU HENDAK MEMINTA..
IA AKAN MENANYAKAN KESUSAHANMU

JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENIMPA DIRIMU..
IA AKAN MERINGANKAN KESUSAHANMU

JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA..
NESCAYA IA MEMBENARKANMU

JIKA ENGKAU MERANCANG SESUATU..
NESCAYA..
IA AKAN MEMBANTUMU

JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH FAHAM..
NESCAYA IA LEBIH SENANG MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN


-AL-QAMAH-