BINGKISAN ISTIMEWA UNTUK SAHABAT

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 22 Julai 2003 @ 11:56:44
Topik: Kenangan



Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, ku mulakan bingkisan ini dengan memanjatkan setinggi-tinggi pujian hanya untuk ALLAH, seindah selawat dan salam istimewa kepada Rasulullah, ahli keluarga, para sahabat, muslimin-muslimat seluruhnya hingga ke hari Kiamat.

Sahabat,

Mohon maaf sejuta kemaafan, jika bicara ku ini bisa mengguris rasa, menyentuh jiwa murni mu yang kesunyian. Aku tahu siapalah aku untuk mengutuskan bicara ini buat tatapan mu. Tapi aku rasa perlu dan terdesak untuk memberitahu khusus kepada mu tentang berita ini, semoga kau mengerti…

Sahabat,

Izinkan aku bertanya… Apakah tujuan kita di sini? Apakah tujuan kita dihidupkan? Apakah matlamat hidup kita? Ke manakah hidup kita selepas ini? Apakah kesudahannya?

Sahabat,

Ku titipkan bingkisan ringkas ini, khas buat tatapan mu agar kau mengerti… Betapa kita semua akan MATI… Bila tiba saat dan tikanya nanti…

Sahabat,

Mohon maaf sekali lagi jika persoalan ini, boleh menyentuh sudut hati mu yang sunyi…

Sahabat,

Aku ingat kepada pesan Tuhan, “Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menghambakan diri kepada-KU”

Apakah kau juga ingat pesan ini, sahabat? Apakah kau jua tahu sebagaimana aku tahu? Ya…! Betapa pesan dan amaran dari “Yang Maha Agung” tidak dapat kita selindung.

Apa yang perlu hanyalah kita akur dan patuh tanpa soal… kerana kita sendiri dijadikan oleh-NYA… dan kita akan kembali kepada-NYA… Bila? Hanya DIA jua yang mengetahuinya…

Sahabat,

Aku rasa… dan aku yakin benar bahawa matlamat kita… kehidupan kita… dan kesudahan seluruhnya hanya kepada-NYA, “Yang Maha Pencipta.”

Jadi…. Aku mohon kepada mu, sahabat… jika kau boleh menganggap ia sebagai satu permohonan. Dan. Aku merayu kepada mu, sahabat… jika boleh kau anggap ia sebagai rayuan…

Fahamlah bahawa…

Dari ALLAH kita datang… dan hanya kepada-NYA kita akan kembali…

Dari itu, bersiaplah…

Bersedialah dari sekarang…

Dengan bekalan mu yang secukupnya, kerana hari itu tidak bernilai lagi wang emas dan harta benda, tidak berharga anak-pinak dan sanak-saudara, tidak bermakna sahabat-handai dan jiran-tetangga…

Melainkan… mereka yang datang menghadap ALLAH S.W.T. dengan amal soleh, taqwa dan iman penuh di dada. Hanya mereka yang akan beroleh bahagia… Hidup Kekal Selamanya Di Syurga…

Sahabat,

Semoga kita jua…

Dapat bersama seperti mereka…Insya-Allah!

Allahummas-tajib lana, Amin!

# MEMBANGUN BERSAMA ISLAM # 

Ikhlas dari sahabat mu,
UKHWAH FILLAH