KiSAH ~BerTudUng MAsa KIni....~@

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Rabu, 09 Julai 2003 @ 8:57:16
Topik: Umum



Bacalah untuk peringatan semua...

Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yang masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yang kita nak saya tulis ni ialah yang pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dengan era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik-adik kita yang bertudung dikepala tak kira lah tahap mana education backgroundnya.

Beginilah isi surat saudara itu...

1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yang sewajibnya dicover sebagaimana yang tersebut jelas di dalam al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). kadang-kadang tu main ikat cincai saja , ala-ala nyonya yang jual buah atau macam nak pergi noreh getah!

2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh puasa macam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e. pergi., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...

3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat pula tu biasanya digayakan dengan jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap-silap pusat sekali kalau ada rezeki.....

4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yang hitam , tapi tangan /lengan yang putih melepak tu kita dedahkan..

5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dengan kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan.. siapa nak jawab tu...

6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala , siap dengan eye-shadow , mascara sekali... touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi.. bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yang bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc.... sila rujuk
(al-Ahzab: 33 ) boleh begitu ?

7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dengan baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak... ooo... saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke.... org masih boleh buat terkaan...

9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pergi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dengan accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari... etc yang ni pun lebih kurang yang no. 6 bertabarruj/ berhias-hias kepada yang bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul... di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yang tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dalam al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 tahun time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak-pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung.. warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dengan baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan brooce /kerongsang..

Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yang non-muslim pun confused mereka ada tanya pakai tudung cara yang mana yang paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sangat wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini agaknya! -sebab dah ada yang kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak budak yang nak pandang, susah lah nak dapat jodoh.... bab ni saya tak dapat nak kata apa dah.... ada pulak officemate (wanita Islam ) yang tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yang dia pakai tu saja.." Kita pun tanya "baju macam na, tudung macam na

Dia pun terpinga-pinga, macam tak satisfied pulak dengan jawapan kita. So ,bab bertudung ni janganlah kita mendabik dada kata yang bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yang tak bertudung pun tak seberani segelintir yang bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(pergi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dalam bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na lah kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sedang Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yang kita suka ... no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang lah ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Wallahualam