Mengintai Pelangi

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 22 Jun 2008 @ 21:24:43
Topik: Karya



Di satu sudut
Ketawa dan tertawa
Riang terpapar di mimik mereka
Apa yang ditawa?
Itu rahsia mereka

Dari pandangan atas
Rumput kebasahan
Pohonan pula kelihatan segar
Berkat hujan rahmat

Buk! Buk! Buk!
Ceria si pemuda tak terhingga
Bola masuk ke gelanggang
Kayu hoki pun berterbangan

Wisel pengadil tua berbunyi
Aku tersedar
Arggghhh kedengaran lagu My Girl yang sedih
Menganggu sebentar lamunan
Menghayati nikmat alam

Seni Korea tadi dimatikan
Aku menyambung
Melihat kereta di luar pagar
Tergambar kesenangan si pemakai

Yang ruginya aku hari ini
Tidak melihat matahari, guruh, kilat dan pelangi
Pastinya esok ku cuba intai lagi
Kecapi keistimewaan antara matahari, guruh dan kilat
Akhirnya merasa nikmat pelangi