Kembara ke alam cinta

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 15 Mei 2007 @ 8:24:52
Topik: Semasa



Keindahan cinta yang berbalas bagaikan tak terucap dengan kata-kata. Ia akan membungakan pamitan rindu yang mendalam dan mengharapkan ia sentiasa subur di persada hati. Tahukah kita bercinta kasih pada Allah, kita pasti dianugerahkan rasa sedemikian. Berbanding dengan cinta manusia. Kembara Cinta mengungkap sekelumit ranjau dalam mendamba Cinta Allah.

Telah ditentukan fitrah insani, ingin bercinta dan dicintai, cinta pada Tuhan,c inta pada insan. Fitrah manusia telah ditentukan oleh Allah memiliki rasa saling mengasihi. Alangkah indahnya andai rasa tersebut dipimpin menuju redha dan maghfirah Allah.

Namun, kembara menuju cinta Allah sudah pasti mengundang sejuta rintangan dan ranjau. Pengorbanan Cinta Demi cinta, jarang manusia yang tidak sanggup berkorban. Namun, apakah kita sanggup menggadaikan diri dan segala balutan kemewahan untuk benar-benar memburu cinta-Nya. Bandingkanlah diri kita dengan kisah para insan soleh yang bersungguh menghayati cinta Ilahi Warna Cinta Penuh Kekeliruan.

Namun cinta penuh kembara, mudah menyimpang bahagia dicita tapi sengsara. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang bagaimana menikmati kelazatan dan kemanisan iman."Tiga perkara yang perlu ada untuk merasai kemanisan iman ialah mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, mengasihi saudaranya kerana Allah dan membenci perkara yang dimurkai Allah sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka".

Begitulah, seandainya kita terpandu dengan suluhan Islam, masakan cinta kita akan tersasar dan jauh menyimpang. Kata orang, cinta itu buta. Cinta yang buta hanyalah cinta murahan yang menaruh rasa pada setiap nikmat duniawi yang sementara.

Sekadar renungan, penyuburan iman berpaksikan kesungguhan kita menjalin kesucian cinta kepada Pencipta. Kerana sesungguhnya mencintai-Nya adalah cinta teragung. Bersamalah kita merafa'kan kesyukuran bersulamkan ketaatan agar kita terpandu menuju Destinasi Cinta yang Abadi "