Kasih sejati dan suci

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 02 April 2007 @ 11:26:07
Topik: Karya



Masih terkenang oleh ku, semasa aku masih lagi menjalankan praktikal disalah sebuah hospital di utara tanah air.

Pada petang sabtu itu, wad delima telah menerima seorang pesakit yang baru dipindahkan ke hospital ini dari rumah sakit lain. Pesakit itu seorang wanita yang bernama Wawa. Wawa masuk ke wad delima ini kerana menghidap penyakit yang menjadi igauan ngeri bagi setiap manusia. KANSER, itulah penyakit yang di hidapi oleh Wawa. Wanita yang masih muda dan baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang bernama Budin.

Budin merupakan seorang manager di salah sebuah syarikat swasta di bandar ini. Budin merupakan suami yang amat pengasih dan amat menyayangi Wawa dengan sepenuh hatinya. Sepanjang masa Wawa dirawat disini, Budin tak pernah miss untuk melawat Wawa di wad setiap hari baik pagi mahupun petang. Ada saja buah tangan yang dibawa olehnya.

Assalamualaikum, macam mana keadaan sayang hari ni?” sapa Budin ketika ia melawat isterinya pada petang itu.

”Alhamdulillah, sudah agak baik ni bang, cuma sayang masih belum mampu untuk bergerak lagi” jawab Wawa pada Budin.

"Tak apa, insya ALLAH nanti ianya akan baik lah tu, yang penting sayang harus kuatkan semangat sayang untuk terus melawan rasa sakit itu” Budin memberi semangat kepada isterinya.

Wajah Wawa mula menampakkan riak kesedihan. “tapi bang, sayang rasa, macam dah tak ada harapan untuk sayang sembuh lagi, kebanyakan orang yang mengidap penyakit ini harapan untuk sembuh amat tipis dan ramai juga yang maut akibat penyakit ini ” air mata Wawa telah mula mengalir membayangkan bahawa kemungkinan tempoh untuk ia merasai kehidupan ini seolah-olah tidak akan lama lagi.

Pada malam itu Budin masih terkenang akan perbualannya dengan isterinya pada petang tadi, pilu juga hatinya bila mendengar akan kata-kata isterinya… hatinya turut tidak tenteram. Budin juga sebenarnya amat risau dan khawatir melihat keadaan isterinya yang semakin kritikal, namun ia terus memberi semangat pada isterinya walaupun dirinya sendiri berasa amat lemah untuk hadapi kenyataan ini.

Selepas memberi salam kekiri dan kekanan, Budin berdoa kepada ILAHI, “ Ya ALLAH, engkaulah tuhan yang Maha Kuasa, Engkau juga yang menentukan akan qada’ dan qadar kehidupan makhluk ciptaanmu.. ya ALLAH aku tidak sanggup untuk melihat penderitaan yang dihadapi oleh isteriku, dengan rahmat dan sifat kudrah mu ya ALLAH. Aku mohon kau sembuhkanlah isteriku, agar ia kembali ceria dan sihat seperti dulu. Sekiranya boleh, kau pindahkan lah rasa sakit itu kepada ku ya ALLAH, biarlah aku yang menanggungnya. Aku begitu simpati dan sedih setiap kali dia mengadu kesakitan kepada ku. Aku tidak tahan melihatnya, namun aku harus berpura2 tenang dihadapannya agar ia tidka lemah dan putus asa dari terus berjuangan melawan sakitnya.itu sahaja pintaku pada mu ya ALLAH.amin ya rabbal alamin.. “ sambil bercucuran air mata Budin menyudahkan doanya dengan segala pujian bagi ALLAH. Beginilah rutin harian budin,dia sentiasa merintih dan memohon kepada yang maha kuasa pada setiap kali ia bangun di tengah malam..

Pada ke esokan harinya, pagi-pagi lagi Budin datang ke wad delima untuk melawat isterinya yang tersayang, menjadi rutin harian, Budin akan membantu memandikan isterinya, menyalinkan pakaian untuk isterinya, malah terkadang ia juga yang menyikatkan rambut isterinya sebelum memakaikan tudung. Budin berbincang dengan Wawa tentang nasihat doctor kepadanya sebentar tadi.

“Sayang, doktor menasihatkan agar sayang buat pembedahan sekali lagi untuk membuang barah yang terdapat pada rahim sayang” luah Budin pada isterinya.

“Abang, sayang setuju untuk dibedah, sebab sayang mahu sembuh dan keluar dari sini, sayang mahu melayan abang seperti dulu, ayang ingin sekali melihat abang gembira dan bahagia, sayang terlalu sedih melihat abang keletihan setiap pagi dan petang dating menemankan sayang kat sini” luah Wawa kepada Budin dengan riak wajah yang sayu.

Mengalir air mata lelaki Budin, apabila mendengar kata-kata isterinya yang tersayang.

“Abang sentiasa berdoa agar sayang segera sembuh dan dapat kembali ceria seperti dulu, abang sayangkan sayang walau dalam apa jua keadaan sayang, malah abang akan melayan sayang selagi hayat abang dikandung badan insya ALLAH” kemudian Budin menghadiahkan kucupan mesra kepada isterinya.

Budin dan Wawa tau bahawa setiap kali pembedahan untuk membuah barah dijalankan peluang Wawa untuk selamat adalah 50:50.. namun disudut hatinya Budin mahu melihat isterinya sembuh.

                             * * * # # * * *

Hari ini telah tamatlah penderitaan isterinya. Budin menerima pemergian isterinya dengan penuh redha walaupun hatinya berasa pilu kerana kehilangan orang yang tersayang. Yang menjadi pembantunya setiap kali dalam dalam segala urusan yang ia tak mampu selesaikan seorang, menjadi penghibur tatkala dia kesedihan dan juga penat bekerja,seorang yang merupakan kawan dan juga teman bicaranya ketika memerlukan seseorang untuk berbicara..

Pembedahan yang dijalankan semalam berakhir dengan kegagalan dan wawa telah gagal diselamatkan. Kerana kanser yang bersarang dibadannya telah berada dalam tahap kritikal dan tidka dapat nak diselamatkan walaupun para doktor telah berusaha sebaik mungkin.

Budin dan orang ramai sedang menguruskan pengebumian jenazah wawa di tanah perkuburan islam di wakaf baru, kampung dan juga tanah kelahiran wawa.selepas pengkebumian jenazah, setelah orang ramai pulang, tinggallah budin seorang disitu mendoakan isterinya yang tersayang agar diterima dikalangan orang yang beriman disisi ALLAH. dan juga menjadi isterinya kelak disyurga ALLAH.

Itulah lumrah kehidupan manusia.. sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH dalam al qur’an.. “setiap yang bernyawa (hidup) pasti akan merasai mati”.. itulah janji ALLAH kepada semua makhluknya.ajal yang dating kepada manusia tidak terlambat walau sesaat dan tidak tercepat sesaat.semuanya adalah gambaran kekuasaan ALLAH dalam pentadbiran alam ini.

Kami warga hospital tersebut terutamanya diriku dan juga rakan-rakan yang bertugas diwad tersebut begitu terasa dengan kepergian wawa. kerana dia adalah persakit yang begitu sabar dan tetap ceria walaupun sedang bertarung dengan rasa sakit yang tidak tertanggung. dia juga seorang yang ramah dan mudah mesra dengan semua kakitangan disini. semoga beliau mendapat rahmat ILAHI dan dipermudahkan segala urusannya di sana kelak…

Wassalam….


p/s : mohon ribuan kemaafan kepada semua sahabat seandainya cerpen ini dirasakan tidak menarik. Kerana saya baru pertama kali menulis cerpen, ini pun atas pemintaan seorang rakan yang melihat langsung peristiwa diatas. Ini adalah adaptasi dari kisah benar namun ada juga bahagian yang ditambah untuk menambahkan jalan cerita. Cerpen ini saya persembahkan kepada semua kakitangan hospital diatas jasa mereka membantu dan merawat pesakit.