Syurga rumahtangga

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Khamis, 04 Januari 2007 @ 8:47:24
Topik: Karya



Syurga rumahntanga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta di isi
Kerananya sidara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan

Matlamah yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan ke sana
Perbagai jalan menimbulkan dilemma
Mencari yang jitu mengundang keliru

Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlaah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk…Allah jua.

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah Rahmat, berbuahlah ulfah

Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuah lah mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat yang SOLEH dan SOLEHAH !!


:)
"CinTa Itu Tidak perNah MeMINtA TEtAPI mMEMbERI SEpenUh rELA
rasa bAHAGIA wALAUPuN sENGsARA bERKOrBan SegALA-gALa"