Kasih Ibu dan Ayah

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Khamis, 21 Disember 2006 @ 11:36:17
Topik: Karya



Ibu,
Sungguh besar jasa dan pengorbananmu terhadapku,
Mengandungkanku,
Melahirkanku,
Membesarkanku,dan
Mendidiku menjadi seorang insan yang satu,
Berjaya dalam setiap lapangan hidupku.

Ayah,
Tak terhitung pengorbananmu olehku,
Membesarkan dan mendidikku,
Menjadi insan yang satu,
Berjaya menginjakkan kakiku,
Ke menara gading yang satu.

Kini,
Walaupun kita berjauhan seketika waktu,
Namun namamu ibu dan ayahku,
Akan kupahatkan erat didalam hatiku,
Menjadi inspirasi perjuanganku,
Berjuang mengenggam segulung ijazah buatmu,

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Peliharalah ibu dan ayahku,
Selamatkanlah mereka selalu,
Didunia dan akhirat yang satu.

Wassalam...