Suasana lebaran di Bumi Anbiya'

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 20 Oktober 2006 @ 10:26:12
Topik: Kenangan



Assalamualaikum pembuka bicara.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sedekahkan Al-Fatehah kepada para sahabat,tabi',tabi'-tabiin,para ulama dan fuqaha dan tidak lupa juga kepada para syahidin.

Al-Fatehah juga kepada kedua ibu bapa,k eluarga, guru-guru dan juga rakan-rakan.

Hembusan angin sejuk yang menusuk di badan bagaikan jarum-jarum umpama terpaan hujan. Ku tempuh dengan penuh kesabaran di Bumi Anbiya' ini. Bagi diriku yang baru mula mengenal bumi anbiya yang penuh barakah ini, ku terus mempelajari selok belok kehidupan sebagai Azhari di Mesir ini, tapi ku terus bersabar dengan kehidupan di 'irdul kinanah' ini.

Tarikh 11 oktober 2005 bermulalah episod ana sebagai seorang Azhari dan penuntut di Al Azhar universiti..The oldest universiti in the world. Tidak ku percaya yang diriku akan menjadi sebahagian Azhari di sini tapi inilah yang dinamakan qada' dan qadar Allah SWT buat makhluknya.

Berbagai kisah suka dan duka ku lalui disini walaupun baru sebulan ku jejaki bumi mesir ini walaupun begitu, bagiku ini semua adalah ujian yang Allah beri pada semua Azhari di sini.saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya dipilih menuntut ilmu di bumi Anbiya ini.

Sebulan saya berpuasa di bumi barakah ini..banyak yang saya dapat disini.. ilmu, pengalaman dan suasana dapat mengajar saya lebih kuat untuki menghadapi kehidupan yang penuh cabaran di bumi ini. Keberkatan bulan Ramadhan yang ku sambut disini membuatkan saya lebih bersungguh mengerjakannya walaupun kadang saya lalai dengan kerjaku seharian.. kehidupan sebagai Azhari membuatkan saya selalu mentajdid niat jika ingin melakukan sebarang kelakuan yang bercanggah dengan syara'.

Tanggal 1 Syawal.. berkumandanglah takbir raya di corong-corong pembesar suara di masjid-masjid. Memang disini tidak ada suasana raya seperti di Malaysia.. kelainan yang betul-betul terasa di hati ini. Malam raya kami pelajar-pelajar johor berkumpul bertakbir seperti di Malaysia perasaan sedih terasa di lubuk hati masing-masing.teringat ayah bonda dan saudara mara di kampung. Dikala dulu ku beraya dengan mereka dikala ini ku beraya bersama rakan-rakan seperjuangan. Menitis air mata kerinduan juga akhirnya saya walaupun diriku menahannya.

Perayaan Aidilfitri tetap disambut meriah. Kunjung mengunjung rumah-rumah abang-abang lama sedikit sebanyak menghilangkan sedikit kesedihan diriku ini. Marhaban di kalangan pelajar Johor tidak pernah ditinggalkan memang adat yang dibawa dari negeri Johor. Nasi empit, rendang, ayam masak merah dan lodeh tidak dilupakan untuk juadah di hari lebaran.

Inilah antara coretan yang dapat saya tulis untuk kali ini.Diharap entum semua dapat menilainya insyaAllah.Wa akhiran ilalliqa ma salamah.

Assalamualaikum

Althonthowi
egyptstudent05