Sebab doa tidak termakbul

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 20 Oktober 2006 @ 10:23:41
Topik: Tazkirah



IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:

# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.

# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.

# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.

# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.

# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.

# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.

# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.

# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.

# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri.

# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.