Pakej kehidupan

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 15 Ogos 2006 @ 12:05:17
Topik: Semasa



Life is a package ..

Kadangkala kita berkata, "Kalau saya jadi seperti si fulan,
bergaji besar, dah tentu saya pergi Genting setiap hujung
minggu".

Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Kehidupan ini
adalah satu pakej hamper yang lengkap. Di dalamnya ada biskut, ada "canned food", ada mee segera, ada air kordial dan lain-lain lagi.

Kadangkala kandungan itu berbeza-beza tetapi nilai
pakej-pakej itu telah diaturkan agar semua serupa.

Tetapi kandang-kala kita merasa "envy" dengan pakej
orang lain yang ada laici, tetapi kita tidak sedar yang kita
dapat botol air oren sedangkan orang itu dapat "mineral water" sahaja.

Kadang-kala kita menyesali mengapa biskut dalam pakej
hamper yang kita dapat, masuk angin, sedangkan biskut
orang lain mempunyai kandungan yang rangup. Tetapi kita
tidak selidiki kotak biskut itu, sebab dalam dasar kotak itu
mengandungi sekeping kertas "Tahniah anda menang sejuta
ringgit", dan orang lain tidak mendapatnya.

Cuba fikirkan dan renungi ..

Sesungguhnya setiap orang mempunyai 24 jam, perlu tidur,
perlu makan, perlu kasih sayang dan pelbagai keperluan lain. Mungkin ada yang kekurangan dalam sesuatu keperluan tetapi mempunyai kelebihan tersirat dalam keperluan lain.