Hebatnya cinta Illahi

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 15 Ogos 2006 @ 11:58:16
Topik: Karya



Segarkan cinta kita kepada yang lebih hak,
Dia yang menerima kita tanpa sebarang syarat
Dia yang begitu pemurah dengan memberi
Walau begitu sedikit Dia menerima daripada kita
Dia yang sentiasa mendengar dan mengawasi kita
Walau ingatan kita terhadap-Nya
Begitu nipis dan beralun

Dia...
Sehebat-hebat penyelamat
Ketika kita disisih orang,keluarga mahupun masyarakat

Benar...
Dia menerima kita tanpa sebarang syarat
Walau sehebat mana, seengkar mana dan sehodoh manapun kita....