Bidadari

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Sabtu, 21 Jun 2003 @ 22:55:11
Topik: Tazkirah



bidadari adalah wanita syurga yang disediakan sebagai ganjaran bagi hamba-hambaNya yang taat.Tiada kata seindah bahasa yang dapat menggambarkan kecantikkan bidadari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kejelitaannya tidak dapat dikiaskan dengan benda-benda didunia ini.Keharumannya tidak ada menyamai sesuatupun wangian yang ada dialam ini.Segala kenikmatan terkumpul didalamnya yang tidak pernah terlintas dimata dan hati.

Bidadari salah satu perbendaharaan kenikmatan syurga yang ghaib dan misteri, namun ia wujud yang sentiasa menanti dan merindui para kekasihnya.Bidadari sebagai isteri yang suci,disudut matanya penuh keindahan,sebaya umurnya,sangat putih,cantik berseri wajahnya,gadis-gadis remaja dan sekiranya Bidadari ini meludah disamudera nescaya airnya menjadi tawar kerana tawarnya air ludah Bidadari.Begitulah keistimewaan Bidadari yang Allah janjikan bagi insan yang beriman.

Menikmati taman kenikmatan syurgawi merupakan impian setiap insan,kerana sesungguhnya tiada kenikmatan yang paling bermakna melainkan kenikmatan menghirup kebahagian diakhirat nanti.Semoga kita termasuk insan yang diredhaiNya,InsyaAllah.