Mengapa kembali..??

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Khamis, 26 Januari 2006 @ 11:11:46
Topik: Karya



wahai teman..
mengapa dikau kembali lagi..???
apakah ingin mengguriskan semula
luka yang belum sembuh di hatiku ini..??
telah sang bayu membawamu oh jauh dariku
telah ku berutusan agar dikau tidak menjengah lagi

telah dihati ku pudarkan nama dan senyummu..
mengapa kini kau kembali ke sini..??
apakah ingin membuatku menangis lagi..
ingin mengingatkanku kembali padamu..??
kalau begitu
silakan wahai teman..

dengan seribu senyum ku sambutmu
ku sulam awan untuk dijadikan permaidani
bagi menjemput kepulanganmu..
dan juga
telah ku anyam ombak
sebagai tempat persinggahan kembalimu kali ini
ku tenun bayu untuk kau melangkah..
ingin kau tahu Kenapa
saya mempersilakan kepulanganmu
andai kau ingin kembali..??
setelah apa yang kau lakukan padaku..??

kerana..
hati ini..
masih lagi..
berdarah..
dan luka itu telah menjadikannya
sekeras kerikil..
tak mungkin akan lembut lagi
dengan kepulanganmu kali ini..
itu janjiku..wahai teman..
andai kau ingin pulang kali ini
silakan..
dengan senyuman ku sambutmu
tapi hatiku tak mungkin tertawan lagi..
takkan ku biar ia mendekatimu lagi..
selamat tinggal..teman..