Taufan Katrina. Adakah bala ALLAH S.W.T?

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 04 September 2005 @ 0:12:07
Topik: Semasa



Baru-baru ini satu malapetaka telah menimpa dunia iaitu di kawasan New Orleans, Florida. Adakah ini dikatakan bala yang diturunkan oleh Allah??

Jadi mari kita sama2 renung kembali...dunia sekarang sudah hampir tua dan tidak mampu lagi untuk menampung segala beban.

Kalau kita lihat gambar di akhbar berita harian pada 2 september 2005 saya rasa kalau anta pernah melihat filem DAY AFTER TOMORROW lebih kurang begitulah gambarannya.

Hampir keseluruhan kawasan di sana ditenggelami air sedalam lebih kurang 10 meter, ramai mangsa yang tidak dapat menyelamatkan diri, apatah lagi untuk menyelamatkan kaum keluarga, sanak saudara, orang lain.

Lautan bergelora,ombak membidas segalanya hinggakan pelantar minyak yang begitu kukuh pun boleh dibawa arus ke tepi pantai..ini semua kuasa Allah s.w.t..kalau dia tidak suka kepada sesuatu dia boleh buat dengan kekuasaanya.

Firman Allah: "Jika aku hendakkan sesuatu maka aku akan kata jadi maka jadilah ia..." jadi ana tak mahu cakap panjang2 sebab ana pun tak berapa pandai sangat nak berbahas.

Oleh itu marilah kita sama2 muhasabah kembali diri kita adakah amalan yang kita buat selama ini sudah cukup disisi Allah..? ?marilah kita memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t. Firman Allah:"sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang". Jadi renung2kanlah....sekian