HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 30 Ogos 2005 @ 14:20:30
Topik: Karya



Perasaannya berkecamuk. Bagaikan kering air mata menangisi berita yang disampaikan oleh Doktor Ikhwan. Alangkah remuknya hati seorang isteri yang ingin menghadiahkan qurratu ain yang cukup bermakna buat suami yang tercinta. Dia menangis teresak-esak.Mana mungkin untuk menolak takdir yang ditetapkan oleh Allah Taala sejak azali lagi Basah lenjun bantal di bilik tidurnya menjadi mangsa. Namun, apa lagi yang mampu dilakukan Aliya selain menangis. Ya, takdir adalah satu hakikat yang perlu diterima, namun jiwanya diakui terlalu lemah untuk menerima ujian ini.

“Ya Allah, tabahkan hati ini…….”Aliya merayu dalam tangis. Hanya kepada Allah mampu dipanjatkan doa agar dirinya ditabahkan dalam menghadapi ujian ini.Aliya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendengar berita itu.
    “Aliya, Kenapa ni? Abang rasa dari tadi isteri abang menangis”?Zahid yang baru sahaja pulang dari kerja cuba bersuara dengan lembut memujuk isterinya yang sudah dilanda banjir.
    “Abang…..tadi Doktor Ikhwan telefon. Dia nak cakap dengan abang..Tapi Aliya bagitau abang tak ada, dia sampaikan satu berita!”
    “Berita? Berita apa ye?”
    “Abang..,Aliya di dalam sedu cuba mencari kekuatan diri untuk mengungkap khabar.
    “Doktor Ikhwan mengesahkan, hasil pemeriksaan kita baru-baru ini, kita tidak akan mendapat anak. Aliya tak mampu mengandung bang!!”Aliya menggagahkan dirinya bersuara sekalipun diiringi tangisan yang semakin kuat.
    “Innalillahi wainna ilahiraji’un”Zahid mengeluh panjang. Menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Aliya pasti suaminya turut menangis.
    Rumahtangganya cukup bahagia . Malah tiada siapa pun yang dapat menafikan kebahagiaan rumahtangga mereka. Seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati kepada gadis idamannya yang rupa-rupanya adalam diam Aliya turut menyimpan kasih yang terpendam. Aliya, satu nama yang cukup gah di kampus pengajian mereka satu masa dulu. Menjadi idaman bukan seorang di kalangan pemuda-pemuda yang terlibat dengan gerakan di kampus. Tiada siapamenduga di dalam diam, hubungannya terbina dengan cukup indah dan terjaga dengan seorang seniornya, Zahid. Walaupun berbeza negeri kelahiran dan jarak umur yang agak jauh memisahkan mereka, namun takdir Allah S.W.T mempertautkan antara dua hati, Zahid dan Nur Aliya.
    Masih terbayang jelas di ruang fikiran Aliya, episod demi episod di dalam hubungan kasihnya dengan Zahid,insan yang kini menjadi bergelar suami buat dirinya,
Tanpa sebarang dating dan hubungan terlarang antara dirinya dengan Zahid, mereka dijodohkan setelah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga. Rupa-rupanya, Zahid melakukan langkah yang lebih drastik apabila bertindak nekad menghantar rombongan peminangan ke rumahnya. Mereka dijodohkan dengan begitu ringkas. Tanpa majlis perkahwinan yang memakan belanja yang besar dan tanpa diiringi paluan kompang yang menggamatkan seluruh kampong, mereka bergelar suami isteri yang sah.
    Saat-saat manis bermula di dalam kehidupan bagaikan bunga-bunga yang kembang mekar disirami dengan titisan-titisan hujan di malam hari. Keharuman melebar ke segenap ruang pelusuk taman.
    Aliya akui, suaminya cukup baik. Perkongsian hidup dengan Zahid baginya adalah satu pengalaman yang cukup indah. Tidak sesekali Zahid meninggikan suara biar betapa letih menguasai dirinya. Bahkan, cukup bahagia dirinya sebagai seorang isteri dilayan dan dibelai oleh suami sebaik Zahid. Aliya akui, bagaikan tiada suami yang lebih baik dari Zahid.
    Namun dugaan Allah pasti akan menimpa sesiapa sahaja di kalangan hambanya. Bumi yang mana tak akan ditimpahujan, hidup yang mana tidak dilanda ujian.
Sepanjang lima tahun perkongsian hidup dengan Zahid, merekatidak dikurniakan cahaya mata. Aliya sering melirik cemburu apabila melihat anak-anak kecil bermain di hadapan rumahnya. Apatah lagi apabila mendengar tangisan bayi, bagaikan tertarik-tarik naluri keibuan di dalam dirinya untuk turut sama mempunyai cahaya mata. Namun, Zahid sering kali bijak memainkan emosinya, “kalau dapat anak, mana mungkin lagi kita dapat berpimpin tangan seperti ini…..”
    Aliya sering tersenyum apabila mendengar gurauan Zahid sekalipun hati kecilnya begitu yakin bahawa Zahid seperti dirinya, begitu merindukan kehadiran cahaya mata. Hinggalah akhirnya, dia mencadangkan agar mereka bertemu doktor…….
    “Aliya sudah yakinkah keputusan ini?”. Zahid meminta kepastian dari isterinya.
    “Aliya yakin bang……Aliya sudah istikharah…Aliya yakin, inilah pengorbanan Aliya untuk abang!”
    “Aliya, abang tidak perlukan satu lagi sayap. Cukuplah Aliya sayap kiri abang dalam perjuangan…..”
    “Abang, tapi abang perlukan zuriat . Aliya tak mampu nak berikan abang zuriat!” Lemah suara Aliya sambil menahan perasaan. Tanpa disedari manik- manik halus mulaberkumpuldi kolam matanya menanti masa untuk ditumpahkan.
    “Aliya…..”Zahid menggenggam erat tangan isterinya.
    “Abang bukan seperti lelaki yang lain. Cukuplah seorang isteri buat abang dalam melayari hidup ini. Abang kasihkan Aliya, dan selamanya kasih tak akan berubah. Ingatkah dulu, kita pernah berjanji, kasih kita tak akan terlerai, selama-lamanya,kan? Kecuali kita berpisah kerana kematian…kan?Aliya masih ingat?