Rizal Hafizuddin [3]

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 29 Ogos 2005 @ 22:46:54
Topik: Karya



10:51:56 PM
Jumaat, 23 April 2002

Kata abang sepupu aku, hidup ni macam beli durian lah, walau macam mana terrer kita cium, kita belek pun, kalau tak bawak balik rumah, bukak, rasa tengok, belum tentu lagi sedap isi dia.

He… entah apa-apa abang Faiz ni. Mengarut saja falsampah dia. Kebanyakannya tak masuk dek akal aku. Tapi dia punya nasihat jugak yang banyak bantu aku selama ni, especially zaman universiti ni. Zaman akhir keremajaan...

Well, hari ni aku berjaya siapkan lima assignment skaligus. Dengan cost satu kuliah miss.
Erk! Kuliah Madam Aina pulak tu. Tak kira lah kamcing macam mana pun aku dengan dia, kalau ponteng kelas memang tak ada peluang punya. Mesti kena pancung habis-habis.

Mungkin ni lah cakap orang, dah lah jatuh, tersembam atas muka pula tu. Waktu aku tengah kena fire gila-gila petang tadi (sebab hantar assignment lepas kul dua belas dan ‘ter’ponteng kelas dia) waktu tu lah si Fatin Syahira datang nak tanya soalan kat Madam.

Madam punya muncung pun tak hilang lagi sebab anak murid favorite dia tak pergi kelas. Datang pulak Fatin Syahira membimbit fail birunya tersenyum-senyum. Waktu macam tu pun aku nampak Fatin Syahira sweet lagi.

“Syahira yang datang kelas pun boleh hantar assignment on time! Lima hari tu tak cukup ke nak buat assignment yang saya kasi, Rizal…?! Student perempuan semuanya dah hantar, termasuk Azlin. Teruk betul lah student-student lelaki ni!”

Bosan betul kalau Madam bangkitkan bab gender ni. Tapi betul ke ‘Azlin the notorious pemalas’ pun dah hantar? Teruk jugak lah aku ni. Tapi Madam tak mungkin keluarkan isu gender tu kalau Fatin Syahira tak masuk tadi! Mahu saja aku tenung macam nak telan Fatin Syahira masa tu tapi tak jadi pulak sebab memang bukan salah dia pun.
Dia yang barangkali nampak reaksi muka aku spontan jadi gelisah. Jarinya bermain dengan hujung failnya.

“mereka suruh junior buatkan Madam…” aku cuba berseloroh.

Anak mata Fatin Syahira mengecil. Matanya membulat. Ekpresi wajahnya seolah berkata, “betul ke apa yang saya dengar ni?” aku nampak setiap perubahan itu dengan nyata kerna dia hanya berdiri bersebelahan dengan kerusi yang kududuki.

“Ye lah tu…! Habis Kenapa awak tak suruh junior awak buatkan pulak?” bidas Madam.

aku hampir mati kata-kata. “Er… saya kan jujur…? Tak original lah nanti,” aku buat muka innocent yang entah jadi entah tidak. Masa tu. Aku sudah hampir putus asa. Tak tahu macam mana nak tamatkan sesi dengan madam yang dekat 20 minit tu. Punggung pun dah kebas.

“Madam, saya… err… kitorang, ada kelas MetaPhysics sekarang…”

Serta-merta kepala aku terpanggung macam ayam nak berkokok. Giliran aku pula dikejutkan Fatin Syahira. Mata Fatin Syahira menyuruh aku diam, akur.

“Kamu ada kelas? Awak ada apa nak tanya saya, Syahira? Saya minta maaf sebab tak layan awak tadi.”

“tak mengapa lah Madam. Nanti saya free saya datang lagi. Saya minta diri dulu…”

aku masih terjelepok lagi diatas kerusi, tidak pasti nak turut Fatin Syahira atau tidak.

“Hah, tunggu apa lagi? Nanti kelas Prof. Farhan pun awak ponteng…” perli Madam.

aku keluar dengan wajah suram selepas mengucapkan sebuah terima kasih yang tawar pada Madam. Serba tak faham apa yang telah berlaku. Petang tadi memang tak ada kelas dah so aku fikir ada baiknya aku balik dan tidur dari pikirkan…

“Rizal…”

Rupanya Fatin Syahira menungguku. Aku tak dapat tersenyum atau berjenaka kali ni.

“Kenapa?” aku buat expression ‘malas nak layan’. Langsung tidak toleh kepada dia.

“Kenapa apa?” tanya Fatin Syahira sambil cuba mengikut rentak jalan ku yang relax.

“Kenapa tipu Madam?”

Fatin Syahira diam. Dia tahu aku marah. Buat beberapa ketika tiada kata kedengaran. Sunyinya mengerikan.

“Fatin nak balik hostel jugak ke?” aku memancing ayat. Padahal memang dah terang lagi bersuluh.

Fatin Syahira memandang ke arah aku. Diangguk kepala macam orang bisu. Macam orang dungu pulak aku tengok. kasihan rasanya.

“Kata ada kelas Physic …?”
Melihatkan aku tersengih Fatin Syahira pun tertawa kecil.

“Kalau saya tak tolong Rizal tadi, tentu setengah jam Rizal kat situ! Ye lah student kesayangan Madam Aina tak datang kelas…”

aku baru nak menjawab bila dia mencelah, “Bila Rizal nak kotakan janji Rizal?”

“Janji apa pulak…?”

“Kata nak ajar Ira hari tu!”

“Ooo… tu… nanti lah bila-bila...”

“Dari hari tu lagi Rizal kata bila-bila!”

“Petang ni tak boleh, saya ada kerja,” walhal kerja aku nak sambung tidur dua jam setengah yang tertangguh semalam. “Macam ni, lepas kelas PetroChem minggu depan ada free 3 jam kan? Masa tu lah…”

“Ala…hari ni lah! Tadi saya nak pergi jumpa Madam pasal tu lah. Rizal pulak menyibuk kat situ!”

aku ukir senyuman yang membuatkan dia terdiam. “Hari selasa depan lepas kelas Petro, final offer. Nak ke tak?”

Dan seperti kata Bro Hafiz dan seperti juga pengalaman aku yang lepas-lepas, Fatin Syahira akur. Tapi yang aku masih tak puas hati sampai sekarang ni, Kenapa dia perlu tipu tadi? Memang bagi orang lain benda tu cuma perkara kecik saja tapi bila yang melakukannya adalah Fatin Syahira. Aku tak boleh terima.

Dan yang paling membingungkan aku adalah perkataan “kalau saya tak tolong awak tadi…”