Ayah...

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Rabu, 13 Julai 2005 @ 7:27:23
Topik: Kenangan



Bila dikenang kembali kenangan lama, terasa sayu hati ini. Saat - saat kanak - kanaklah saat yang paling bahagia.. tak perlu fikirkan segala masalah yang melanda. Saat - saat ana mula mengenal dunia, ibu dan ayah berpisah. Entah apa yang melanda, ana pun tak tahu. Setelah bergelar dewasa baru kutahu kisah yang berlaku sebenarnya. Puncanya orang ketiga! Dialah yang merubah seluruh hidup keluargaku menjadi sebaliknya.

Selama ini analah permata ayah, kerana ana satu - satunya anak perempuannya. Kali ini ana tidak bernilai lagi dimatanya. Setiap hari ana menangis walaupun usiaku hanya berusia 2 tahun. Setiap saat dan masa ana bertanyakan ibu, mana ayah, mana ayah.. Ibuku berkata ayah sibuk bekerja. Sampai bila ibu harus menipu diriku. Seminggu, sebulan? Akhirnya ibu kata ayah dah meninggal dunia.

Bermulalah hidupku sebagai seorang anak yang tidak berayah. Kemana sahaja ana pergi ana akan mengatakan ayahku tiada. Ayahku meninggal dunia. Namun begitu Allah masih sayangkan ana. Ana disayangi dan dikasihi oleh makcik - makcik dan kakak sepupu yang ada.

Saat ana bersekolah, ana dihantar oleh jiran yang duduk selang tidak jauh dari rumahku. Walaupun jiranku berbangsa Cina, tapi hatinya sungguh mulia. Sejak umurku 7 tahun sehinggalah usiaku menjejak 12, dia sahajalah tempat ana menumpang pergi dan balik dari sekolah. Sesen pun dia tidak minta, malah dihulurkan pula duit raya sewaktu Tahun Baru Cina dan ketika tahun baru.

Saat ana menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ana bertemu semula dengan ayahku. Saat ini ana melihatkan ketabahan hati ibuku untuk menerima ayahku semula. Ayahku kini lumpuh sebelah dan dihalau oleh isteri barunya. Oleh kerana belas kasihan yang amat sangat, ibuku menerima walaupun dalam keadaan terpaksa.

Kini, ayah telah dijemput olehNya. Walaupun kehadiran ayahku untuk kali kedua tidak sempurna mana, tapi itu mengajar ana untuk menjadi lebih tabah dan berdikari. Ayahku insaf pada segala yang telah berlaku. Dua bulan sebelum dia dipanggil Ilahi, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Setiap hari ibu dan ana berulang ke hospital Universiti. Sungguh kuat semangat ibu. Dan semangat inilah ana jadikan inspirasi untuk berjaya. Dan akhirnya ayah menghembuskan nafasnya dengan sekelip mata.

Alhamdulillah, ayah sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya dengan aman. Kini telah 6 tahun ayah meninggalkan diriku dan keluarga. Kalau ayah masih ada, pasti ayah akan berbangga dengan keluarganya. Cucu ayah dah ada 10 orang. Comel - comel belaka. Dan kami tak pernah lupakan ibu. Setiap minggu kami akan menjenguk ibu. Kalau tidak berkesempatan kami akan menelefon ibu.. harap ayah tenang disana.. kami tak pernah lupa kirimkan bekalan untuk ayah.. ayahhhh.....