Muhasabah:panahan berbisa

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Sabtu, 11 Disember 2004 @ 21:28:45
Topik: Tazkirah



"Katakan kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah kamu menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandanganyya memelihara kemaluannya dan janganlah merekan memperlihatkan perhiasannya kecuali yang (biasa ) kelihatan daripadanya."Surah An-Nur,Ayat 30 dan 31

FAEDAH MENJAGA PANDANGAN:

1. Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada perintah Allah S.W.T.

2. Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas dan mengakibatkan kehancuran.

3. Dapat menghiasi hati dengan sinar cahaya dan melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4. Membersihkan hati dari akibat sedih.

5. Mewariskan firasat yang sihat dan benar.

6. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah S.W.T.

7. Mewariskan keteguhan dan keberanian.

8. Mewariskan hati dengan kesenangan dan kegembiraan.

9. Menyucikan hati dengan kesenangan dan kegembiraan.

10. Membebaskan hati dan fikiran.

11. Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.

12. Membebaskan hati dari gila syahwat dan dapat menghilangkan sifat lalai.

LAPAN RAHSIA KECANTIKAN:

1. Jadikanlah menundukkan pandangan sebagai hiasan mata supaya mata bening dan jernih selama-lamanya.

2. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir supaya bibir manis dan memikat hati semua orang.

3. Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu supaya pipi putih dan bersih.

4. Gunakan sabun istighfar yang amat mujarab bagi menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan supaya kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan semua orang.

5. Rawatlah rambut dengan jilbab Islam yang dapat mengelakkan pandangan lelaki supaya rambut kelihatan lebih bermaya dan berseri.

6. Hiasilah kedua-dua tangan dengan gelang tawwaduk dan jemari dengan cincin ukhwah supaya tangan dan jari kelihatan manis dan cantik.

7. Kalungkan leher dengan kalunng kesucian supaya kelihatan lebih berseri.

8. Bedakkan wajah dengan bedak sejuk wudhuk supaya wajah bercahaya dan anggun walaupun telah mengembara ke alam akhirat.


CIRI-CIRI MUSLIMAH SEJATI:

1. Taat kepada Allah.

2. Wajib menutup aurat.

3. Tidak berhias dan tidak bertingkah laku seperti wanita jahiliyyah.

4. Selalu membantu lelaki dalam perkara-perkara kebajikan.

5. Tidak keluar bersendirian.

6. Sentiasa berinfaq baik dalam keadaan sempit mahuhpun dalam keadaan lapang.

7. Tidak berdua-duaan dengan lelaki asing atau ajnabi.

8. Berbuat baik dengan jiran tetangga.



"NAFSU MENGATAKAN WANITA CANTIK ATAS DASAR RUPANYA,
AKAL MENGATAKAN WANITA CANTIK ATAS DASAR ILMU DAN KEPANDAIANNYA,
DAN HATI MENGATAKAN WANITA CANTIK ATAS DASAR AKHLAKNYA..."

"AKHLAK ADALAH BUNGA HIASAN DIRI KITA TANPANYA HILANGLAH PERHATIAN


Faryzan_Islamic