Ucapan Tasbih Boleh Hapus Dosa

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Sabtu, 20 November 2004 @ 21:10:51
Topik: Tazkirah



Tasbih adalah bacaan ‘Subhanallah’ yang bermaksud Maha Suci Allah daripada sifat cela dan kekurangan.

Tahmid pula adalah bacaan ‘Alhamdulillah’iaitu segala puji-pujian bagi Allah. Oleh sebab itu kita sepatutnya memberikan pujian kepada Allah atas kurniaan-Nya yang tidak putus-putus. Dalam sembahyang kita diwajibkan mengucapkan tahmid kepada Allah (dalam surah Al-fatihah)

Takbir adalah ucapan ‘Allahu Akbar’ yang bermaksud Allah Maha Besar daripada segala-galanya. Tiada lagi yang lebih besar daripada kebesaran Allah. Dalam sembahyang kita kerap membacanya dalam sembahyang terutamanya dalam doa Iftitah yang merangkumi ketiga-tiga bacaan ini.

Rasulullah bersabda “Sesiapa yang bertasbih 33 kali memuji Allah padahujung setiap sembahyangnya, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali maka jadilah 99 kali kemudian ia menyempurnakan dengan ucapan yang ke-100 dengan ucapan Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan pujian, dia berkuasa di atas segala sesuatu, nescaya akan diampunkan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” – Sahih Muslim