Impian & Harapan

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 20 September 2004 @ 22:10:46
Topik: Berita



Setiap manusia, kumpulan, pertubuhan berhak berimpian. Juga berhak untuk menaruh harapan. Impian dan Harapan. Setiap sesuatu bermula dari impian, kemudian harapan. Ia boleh berhenti setakat itu sahaja. Setakat bermimpi dan mengharap.

Bermimpi, berangan-angan berharap tidak membawa apa-apa kejayaan sebaliknya hanya menjatuhkan imej.

Bermimpi & Mengharap adalah titik permulaan. Ia mesti disusuli dengan usaha gigih menukar impian dan harapan kepada kenyataan!



SEKALI KAKI MELANGKAH
Ia langkah menuju kejayaan, atau tak payah melangkah sama sekali jika tujuannya bukan untuk membina kejayaan dan memberi faedah kepada seramai mungkin manusia.

Kita telah melangkah. Portal Ukhwah telah memulakan langkah pada 14 Mei 2003 berbekalkan modal '0'. Yang penuh ialah modal impian dan harapan. Hari ini setahun telah berlalu sejak Mei 2003, cahaya di hujung makin jelas kelihatan. Onak dan duri telah ditempuhi, kini Ukhwah.com makin dikenali. Dulu dicemuh, dihina, kini seakan dihormati, semakin dipercayai. Makin dikenali, makin yakin.

FASA SETERUSNYA
Jalan kita masih panjang lagi, masih jauh di depan. Kita sedang membina budaya -- budaya Ukhwah.com dan dalam masa yang sama berusaha mencapai impian utama kita iaitu YAYASAN UKHWAH.COM. Bukan sekadar impian dan harapan tetapi segala usaha sedang dijurus ke arah itu. Tenaga, kepakaran, kerjasama, kekuatan sedang dikerah untuk mencapai impian murni itu.

YAYASAN UKHWAH.COM
Inilah yang akan kita usahakan bila Yayasan Ukhwah.com telah menjadi kenyataan, InsyaAllah:

1. Mewujudkan perniagaan yang diurus secara profesional.

2. Mewujudkan peluang pekerjaan.

3. Mewujudkan rangkaian Ukhwah di seluruh dunia.

4. Berdakwah, menyeru kebaikan ke seluruh dunia.

5. Mewujudkan rangkaian pendidikan dengan bayaran yang rendah.

6. Membantu mereka yang memerlukan. Yayasan Ukhwah.com berusaha untuk memerangi kemiskinan melalui ilmu dan kewangan.

Dari mana dana untuk ini semua? Sudah tentu hasil dari keuntungan perniagaan Yayasan Ukhwah.com -- dari ICT hingga ke Pertanian. Dari perniagaan peruncitan hingga ke pengedaran. Dari teknologi hingga francais. Dari penerbitan hingga ke sekolah swasta. Makin banyak bidang, makin banyaklah peluang perniagaan dan pekerjaan.

LANGKAH KITA
Apa, bila, bagaimana kita akan mencapai matlamat kita itu? Ini langkah yang perlu kita ambil:

1. Mendapatkan perunding untuk penubuhan Yayasan Ukhwah.com

2. Membina struktur peneraju dan pengurusan Yayasan Ukhwah.com

3. Mendapatkan dana untuk modal perniagaan

4. Membina, menguruskan, meneruskan perniagaan dengan dibantu oleh perunding-perunding perniagaan.

5. Membina, memantapkan dan meneruskan Yayasan Ukhwah.com

Mari besama. Dengan kerjasama kita mampu membuang perkataan TIDAK di hadapan MUSTAHIL. InsyaAllah!

# Berikan sokongan anda. Sila beri cadangan dan komen yang membina di bawah ini....

Berikan sokongan anda. Sila beri komen, cadangan yang membina di bawah ini.