Tak sengajala...

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 10 September 2004 @ 22:03:48
Topik: Umum



Setiap apa jua perbuatan yang kita lakukan berlandaskan dua perkara iaitu sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak.dan orang boleh menilai sama ada perbuatan yang kita lakukan itu terjadi kerana sengaja ataupun sebaliknya...

1)anda mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

2)anda mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

3)anda mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawa bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

4)anda mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

5)anda mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu anda terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

6)anda mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.