Berkah Rejab

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 17 Ogos 2004 @ 21:03:52
Topik: Tazkirah



Sebentar lagi (17 August 2004) kita akan berada dalam bulan baru. Baru dalam pengertian, kerana bulan itu lain dengan enam bulan sebelumnya yang telah kita lalui. Iaitu bulan Rejab, satu dari empat bulan yang dinyatakan sebagai bulan haram. Dinyatakan sebagai bulan haram yang bererti harus dihurmati, kerana bulan-bulan itu memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh bulan-bulan yang lain, seperti perkara-perkara yang semestinya dihalalkan pada bulan yang lain, pada bulan tersebut diharamkan.

Diantara salah satu keistimewaan yang dimiliki oleh bulan haram tersebut ialah, larangan berbuat kezaliman (aniaya) pada bulan itu.

Didalam Al Quran Al Karim ada di disebutkan :
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu
seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Q.S At-Taubah : 36

Yang dimaksud dengan bulan haram ialah empat bulan seperti yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim dalam shahihnya dalam sebuah hadith dari sahabat Abu Bakrah ra :
Bahwasanya Nabi saw berkhutbah ketika Hajjatul-wada'. Dalam khutbahnya beliau bersabda :
"Sesungguhnya masa telah berputar seperti sediakala pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun, dua belas bulan. Empat di antaranya bulan-bulan haram (yang dimuliakan). Yang tiga berturut-turut, yaitu ZulQaidah, ZulHijjah dan Muharram serta (yang
keempat) Rejabnya Mudlar yang diapit oleh Jumada dan Syaaban".

Mungkin ada yang bertanya, apakah dengan adanya larangan berbuat aniaya pada bulan haram, bererti pada bulan-bulan selainnya larangan-larangan itu diperbolehkan? Kita jawab, tetap tidak diperbolehkan.

Para ahli tafsir menginterpretasikan aniaya dalam ayat tersebut dengan kemaksiatan, yang bererti pada bulan haram dilarang berbuat mengerjakan perkara yang dilarang oleh agama, kerana dosanya semakin besar daripada bulan selainnya. Demikian ini menandakan
bahawa empat bulan terebut mendapat keistimewaan dengan adanya larangan berbuat aniaya pada bulan itu, meski sebenarnya berbuat aniaya tetap dihukum haram sepanjang waktu. Perkara ini untuk menjelaskan bahawa berbuat aniaya pada bulan tersebut lebih besar dosanya daripada bulan-bulan selainnya.

Dalam kitab Al-Asrar Al-Muhammadiyyah, disebutkan bahawa, jika Allah SWT senang kepada seorang hambaNya maka akan mempotensikannya pada bulan-bulan yang utama dengan amalan-amalan sholeh dan kebajikan, dan jika Dia membencinya, maka Allah akan mencerai-beraikan keinginannya serta mempotensikannya dalam perbuatan yang tidak baik, memperkeras dalam siksaannya, dan
lebih-lebih dengan menghalang-halanginya untuk mendapatkan berkah pada waktu-waktu yang utama. Kerana waktu-waktu yang utama merupakan musim berbagai kebajikan dan tempat-tempat yang besar sekali dimungkinkan mendatangkan laba dan keuntungan yang teramat banyak. Jika seorang pedagang melalaikan musim perdagangan (pasaran), ia tidak akan beruntung, dan jika ia melalaikan waktu-waktu yang utama, maka ia tidak akan berjaya.

Menurut Syeikh Isma'il Haqqi Al-Barusawi, ulama sufi dan mufassir berkebangsaan Turki pada abad kedua belas hijri, Allah SWT berhak menentukan sebahagian perkara yang serupa (dengan selainnya) dengan kemuliaan yang tidak Dia berikan kepada yang lainnya. Seperti Dia memberi hari Jumaat dan hari 'Arafah dengan suatu kehormatan yang tidak Dia berikan kepada hari-hari yang lain dengan diberlakukannya ibadah tertentu pada kedua hari tersebut daripada hari-hari yang lain. Dia juga memberikan kemuliaan bulan Ramadhan dengan kemuliaan yang tidak Dia berikan pada bulan-bulan
yang lain. Dia juga memberikan sebahagian waktu siang dan malam dengan kewajipan melaksanakan sholat yang tidak Dia berikan kepada yang lainnya.

Dia memberikan kemuliaan pada sebahagian tempat-tempat dan negeri-negeri dengan tambahan kemuliaan dan kehormatan seperti negeri haram (tanah haram) dan masjidil haram. Dengan demikian maka tidak ada keanehan jika Dia menentukan sebahagian bulan
dengan tambahan kemuliaan; dimana perbuatan-perbuatan haram pada bulan-bulan tersebut dosanya lebih besar dan lebih keras daripada ketika dikerjakan di bulan-bulan yang lain, pada bulanitu Dia melipat gandakan perbuatan-perbuatan buruk dengan memperbanyak siksaan-siksaanNya serta melipat gandakan amalan-amalan kebajikan dengan memperbanyak pahalanya.

Allah memberikan keutamaan pada waktu-waktu tertentu daripada waktu-waktu yang lain, agar supaya jiwa dan hati hamba-hambaNya berlumba-lumba untuk mengejarnya dan menghurmatinya, roh-roh mereka menjadi rindu untuk menghidupkannya dengan amal sholeh yang berupa ibadah dengan janji-janji keutamaan yang digemarinya.

Menurut beliau, pemberian pahala yang berlipat ganda pada bulan-bulan tersebut semata-mata kemurahan illahi dan anugerah rabbani.
(Tafsir Ruh Al-Bayan III/423).

Di antara keistimewaan bulan-bulan haram daripada bulan-bulan selainnya ialah disunatkannya berpuasa pada bulan-bulan tersebut. Termasuk bulan Rejab yang akan kita hadapi nanti. Berpuasa pada bulan haram pahalanya lebih besar daripada bulan-bulan selainnya
terkecuali bulan Ramadhan.

Al-Imam Al-Nawawi dalam Raudlah al-Thalibin (II/254) menyatakan, "Bulan-bulan yang paling utama untuk dipuasai setelah bulan Ramadhan ialah bulan-bulan haram; ZulQaidah, ZulHijjah, Muharram dan Rejab".

Menurut Al-Imam Muhammad Bin 'Ali Al-Syaukani, dalil yang menunjuk pada kesunatan berpuasa Reajab diambil zahirnya hadith Usamah yang berbunyi,
"Sesungguhnya Syaaban adalah bulan yang dilalaikan oleh manusia antara Rejab dan Ramadhan".
"Zahirnya hadith ini menunjukkan bahawa masyarakat (pada waktu itu) lalai untuk menta'zimi Syaaban dengan berpuasa sebagaimana mereka menta'zimi Rejab dan Ramadhan".
(Nail al-Awthar Syarh Muntaqa al-Akhbar II/316).

Sedangkan dalil secara khusus yang menunjukkan pada keutamaan beribadah pada bulan Rejab secara khusus menurut Al-Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani tidak ada dalil yang shahih yang dapat dijadikan hujjah, sebagaimana yang tertera dalam kitab beliau Tabyin al-'Ajab bima Warada fi Fadll Rajab.

Disini mungkin ada yang perlu dijelaskan, bahawa meskipun pada bulan-bulan haram disunatkan melakukan amalan-amalan yang sholeh, pada bulan Rejab tidak boleh melakukan sholat sunat yang disebut dengan sholat ragha'ib. Sholat ini termasuk jenisnya sholat yang bid'ah. Dalam kitab Irsyad al-'Ibad, Al-Malaibari berkata,
"Termasuk bid'ah yang tercela dan pelakunya akan mendapatkan dosa serta para penguasa harus melarangnya ialah sholat ragha'ib sebanyak dua belas raka'at pada malam juma'at pertama di bulan Rejab yang waktunya antara sholat maghrib dan isyak. Hadith-hadithnya termasuk hadiths palsu, maudlu' dan bathil dan jangan
tertipu dengan orang yang menyebutkannya".
(I'anah al-Thalibin I/270).

Nah, untuk menjiwai dan menyemangati bulan Rejab ini, kalangan nahdiyin di desa-desa ketika memasuki bulan Rejab dan Syaaban membaca doa yang berupa, Allaahumma baarik lanaa fii rajaba wa saya'baana wa ballighnaa ramadlaan. Doa ini dibaca oleh Nabi saw ketika memasuki bulan Rejab, seperti diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan lain-lain
(Kitab Fadlail Syahr Rajab perkara : 45).

Wallahua'lam Bisshawab