Pandangan mata selalu menipu

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 31 Mei 2004 @ 23:52:04
Topik: Tazkirah



Mengapa ramai di kalangan kita melihat dengan mata kasar, tanpa menggunakan mata hati untuk menilai sesuatu? sebagai orang yang beriman, keyakinan kita memerlukan indera yang lebih hebat daripada metafizik kerana sifatnya abstraks yang sukar digapai oleh daya pemikiran biasa



Lihatlah dengan mata hati




Keresahan kita sebenarnya membuak-buak kini kerana tahap keselamatan sesetengah daripada kita terutama wanita. Wanita kota tidak lagi aman berlenggang dengan menyandang beg di bahu di tepi-tepi jalan raya yang sibuk. Begitu juga dengan mereka yang memiliki gelang emas yang bertimbun, mereka tidak boleh memperagakannya seperti mana yang dipakai oleh wanita yang tinggal di desa. Mereka memakai gelang hingga ke siku! Semuanya gara-garanya berleluasa jenayah ragut dan lebih menyedihkan lagi ia membawa kepada kematian atau kecacatan anggota mangsa. Jika dilihat, kes terbaru yang dipaparkan dalam akhbar baru-baru ini, mangsa ragut kehilangan harta dan juga tangannya (putus ditetak) MAsyaAllah.

"dan takutlah musibah yang akan menimpa tiidak khusus kepada orang yang zalim di antara kamu" sepotong ayat itu menunjukkan siapa sahaja boleh ditimpa bala sama ada dia baik atau jahat, akibat kezaliman yang dibuat oleh manusia. perkara seperti ini adalah peringatan Allah buat kita betapa bencana akan berlaku apabila manusia tidak melaksanakan hukum Allah.


Bagaimana Allah menyongsangkan perkara itu?


Telah jelas dalam ayat 38 surah al-Maidah berkenaan hukuman kepada pencuri iaitu potong tangan, akibat tidak dilakukan hukuman yang ditetapkan, maka telah berlaku perkara sebaliknya pencuri pula memotong (menetak hingga putus) pergelangan tangan mangsanya


Memang ada yang akan bertanya apa kaitannya pencuri dengan peragut? Apakah beza istilah ini menyebabkan kesalahannya berbeza sedangkan konsep perbuatannya sama? Iaitu mengambil hak orang lain dengan cara paksa dan salah tanpa keizinan tuannya.

Betulkan saya jika saya salah dalam perkara ini


Marilah kita menyedari hakikat keindahan hukum Allah, kerana untuk menjatuhkan sesuatu hukuman, sebenarnya amat sukar dan memerlukan pengadilan yang seadil-adilnya


Kita lihat contoh yang berlaku di Arab Saudi satu ketika dahulu, dalam sejarah kerajaan Arab ini, hanya terdapat satu sahaja peristiwa potong tangan sebagai balasan untuk si pencuri. Natijahnya peniaga kedai emas dan penjaja bebas meninggalkan premis perniagaan dengan hanya menutup barang jualan dengan kanvas. Mereka tidak perlu gusar tentang risiko kehilangan. Apa tidaknya, semasa hukuman sedang dilaksanakan ramai yang melihatnya pengsan! Inilah dia kegerunan yang dicampakkan olah Allah dalam hati manusia supaya mereka tidak berani melakukannya.