Dimanakah kekuatan Islam? bahagian1

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 11 Mei 2004 @ 12:03:11
Topik: Umum



Hal ehwal semasa sekarang jelas sekali menunjukkan umat Isalam sewenang-wenangnya ditindas. terlintas difikiran saya... adakah Islam kini lemah. sedangkan umat Islam adalah umat yang paling ramai didunia ini.jika hendak dibanding dengan masyarakat Yahudi dan kristian.Mengapa ini berlaku?

Dari penganalisaan saya tantang tahap militeri dan kekuatan ketenteraan, umat islam tidak jauh bezanya dengan Polis Dunia kini.. Amerika. Negara Pakistan dan Iran contohnya merupakan diantara negara Islam yang terkuat dan tidak melampau dikatakan ianya juga adalah negara kuasa nuklear dunia. cuma.. negara Amerika tidak membesar2kan perkara ini. Hal yang tersireat sebenarnya adalah mereka takut dengan bayang2 sendiri.

Negara Pakistan, Iran dan Iraq adalah negara yang mengancam keselamatan dunia kononnya seperti yang diwar-warkan oleh Amerika. Negara2 islam ini didakwa mempunyai senjata pemusnah besar-besaran(Nuclear Power military). jadi Amerika tidak senang duduk dalam hal ini. Mereka sentiasa mencari helah dan muslihat untuk menjatuhkan negara2 ini degan keadaan yang halus dan sistematik. menggunakan batu loncatan nya PBB. hasilnya sebuah negara, iaitu musuh ketatnya telah tumbang. Iraq dahulunya mempunyai senjata balistik yang bergelar Scud. sekarang negara ini hampir lumpuh sepenuhnya dari segala segi. walaubagaimanapun, Amerika masih tidak puas menghirup darah umat Islam di Iraq, ia masih lagi dengan muslihat lamanya untuk menjatuhkan negara2 yang disenarai hitamkan untuk diserang. Sekutu rapatnya Yahudi, menjadi dalang dan batu api bagi menyalakan api binatang Amerika.

Jika dilihat dan dianalisis, negara2 Islam sebenarnya kuat dan mampu mengalahkan sekutu ini. Cuma semangat kesatuan ummah yang disyiarkan oleh rasul junjungan SAW. tidak meresap pada diri umat islam sekarang. Perasaan takut dan kehambaan tewrhadap negara Amerika menyebabkan umat Islam ditindas.

Dimanakah kekuatan Umat Islam Ini?

Dimanakah kesatuan rumah Islam?

Kesedihan ini menyelubungi seluruh umat islam diseluruh dunia.tapi kesedian sahaja tidak mencukupi.

Kita sebagai Umat islam harus sedar dari mimpi.

kita sebenarnya telah dihanyutkan dengan kenikmatan dunia yang sia-sia.

Amerika dan sekutunya sentiasa dan tidak pernah berputus asa melalaikan umat islam daripada agama dan alquran. kita tidak menyedari semua ini.
itulah kehebatan negara kafir ini.

Hollywood adalah media utama bagi negara ini untuk melalaikan umat islam.

lihat sahaja lah hidangan cerita2 hollywood di Malaysia.....

rambang mata dibuatnya. Fokus utama mereka adalah para muda mudi Umat islam yang sepatutnya menjadi tongak masyarakat Islam.

bersambung...................