Harus Dedahkan Aib Orang, Jika...

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 25 April 2004 @ 0:53:21
Topik: Umum



Hari ini, kita sering menyaksikan tanpa segan silu, org bercerita tentang keaiban org lain. Kadang-kadang dengan rasa seronokmereka bercerita tentang keaiban orang lain, tanpa memikirkan perasaan org berkenaan.

APAKAH TERDAPAT SITUASI yang MENGHARUSKAN KITA MENDEDAHKAN KEAIBAN org LAIN??

# untuk mengelak atau menghalang berlakunya lagi penganiayaan atau kezaliman. Kalau tidak didedahkan keaiban tersebut, dibimbangi akan bertambah lagi penganiyaan atau kezaliman yang dlakukan. Juga dibimbangi kezaliman itu akan berlaku ke atas org lain pula. untuk membanteras penganiyaan berlaku lagi, maka keaiban boleh didedahkan spy org lain akan berhati-hati apabila berhadapan dengannya.

# Ketika menjadi saksi dalam sesuatu pendakwaan, umpamanya di mahkamah. Saksi boleh mendedahkan keaiban untuk memastikan keadilan tertegak.

# untuk mendapat penerangan atau penjelasan tentang sesuatu hukum. Umpamanya seorang isteri menceritakan keaiban suaminya kepada pihak kadi dengan tujuan mendapatkan hukuman.

# Gelaran yang telah menjadi kebiasaan sebagai pengenalan diri. Maknanya jika tidak disebut gelaran itu, org tidak akan mengenalinya. Umpamanya menyebut nama seseorang itu dengan panggilan 'Mat Mata Sepet' bagi menentukan pengenalan diri. Kebiasaannya org yang empunya diri tidak berasa marah dengan gelaran tersebut. tetapi jika tuan punya diri tidak suka dengan gelaran itu, maka kita perlu mengelak daripada menyebut nama yang menimbulkan kemarahan org. Sebaik-baiknya tukar kepada nama yang apabila disebut dia tidak akan marah.

# Kefasikan yang dilakukan secara terang-terangan, malah pelakunya bangga dengan perbuatan fasik tersebut. Kita tidak anggap berdosa mendedahkan keaiban demi menyelamatkan masyarakat daripada menganggap perbuatan fasik itu sebagai perbuatan biasa yang dibolehkan.Tidak salah jika kita kata dia ini kaki botol, kaki perempuan, kaki maksiat.