Sedarlah Saudaraku

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Rabu, 14 April 2004 @ 20:42:31
Topik: Umum



sajak ini saya tujukan khas buat mereka yang hanya mampu bersimpati dengan mereka di palestin.diharap akan ada kesedaran atau paling tidak pun akan menaruh perasaan benci kepada musuh agama dan mencintai syahid fisabiilillah..

Sedarlah Saudaraku

kedukaan menyapa sebentar dipagi itu
pada detik ummah bergembira
bebas dari dugaan ujian yang maha Pencipta
berlalu Ramadhan bersama deruan air mata
masih jauhkah perjuangan-perjuangan mereka?
atau akukah yang tersilap kerana hanya menjadi saksi bisu?
jeritan batin kanak-kanak sebaya adikku begitu menyengat deria
hanya batu menjadi benteng dan perisai
kerana kebaculan saudara sendiri sepertiku
yang hanya mampu 'bersimpati'
betapa hibanya ibunda meriba anak yang terkulai kaku
terngiang sayup kata-kata si anak
sebelum mata rapat pasrah menghadapNYA
"ibu....jangan ditangisi kematian saya"
"tiada apa lagi yang boleh saya buat..."
"ibu...doakan agar kita akan jumpa lagi"
"dalam taman firdausi...."
lalu aku mengengam erat lima jari
menanam semangat ke tanah yang kekontangan
kerana ummat ini belum sedar deritanya
saudara mereka di tanah suci ketiga
tiadakah pahlawan yang sudi membela?
takkan lahirkah sallahuddin al-ayyubi kedua?
sudah hilangkah semangat Sultan Muhammad Al-Fatih
sudah tersungkurkah kepahlawanan Saidina Umar
Nah! saudaraku....apa lagi yang kita tunggu
adakah kita tunggu izrail maragut rakus nyawa mu
kerana musuh yang dahulunya kau alpakan
menjadi api yang membakar seluruh alam!!