Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu
Re: Kasih Ibu dan Ayah (Markah: 1)
oleh umi_iium ([email protected]) pada Isnin, 08 Januari 2007 @ 17:57:25
Renungkan bagaimana kita membalas jasa ibu kita

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita
membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat
untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon Kita membalas
budinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya.
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas
budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa
kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak
langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu
menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita
membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap
rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu
banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik
sahaja Ibu
keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang
sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru
balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri
kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam,
kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk
menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang
sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu
di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada
boyfriend atau girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Ibu
ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita
membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal
dirumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita
membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak
cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan
berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu
dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang
penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman
sekarang lain
Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri
di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata," saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan
kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali
dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja
dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita
sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah
meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Cuba kita renung dan fikir-fikirkan......

]




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125644 saat. Lajunya....