Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

12 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam)
 Posted on Isnin, 01 Mac 2004 @ 10:18:55oleh Engku_Salina
Tazkirah muslimin23 menulis Pada 2hb March 2004 adalah bersamaan dengan 10 Muharram 1425 Hijrah yang mana merupakan hari Asyura. Sabda Rasulullah SAW, 'Puasa hari 'Asyura itu menghapuskan dosa satu tahun yang telah lalu'. (riwayat Muslim)

Amalan-amalan sunat pada hari Asyura:

1. Berpuasa sunat bagi orang yang tiada baginya puasa qada'. Bagi yang perlu qada', niatkan qada tetapi yang sunatnya juga akan dapat.

2.Sembahyang sunat dua rakaat pada malam Asyura dengan niat "Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala. (Ia bukan solat sunat Asyura kerana tidak ada solat sunat Asyura). Kemudian diikuti dengan doa "Dengan kemegahan malam ini disisi engkau Ya Allah. Aku.............(doakanlah hajat kita)

3.Menghulurkan sedekah pada fakir dan miskin.

4.Hadir di tempat/majlis ilmu atau zikrullah

5.Ziarah para alim ulama'

6.Ziarah orang yang sakit.

7.Menghubungkan silaturahim.. seperti menziarahi ibubapa atau saudara mara atau sahabat handai atau sekurangnya menelefon mereka bertanyakan khabar.

8.Memakai celak dan berselawat 3 kali ketika memakainya..insyaallah dipelihara daripada sakit mata.

9.Memotong kuku

10.Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali atau sekurangnya 200 kali

11.Menyapu (mengusap) kepala anak yatim.. kaifiatnya ialah dengan menyapu secara terbalik iaitu dari belakang kehadapan...jika anak sendiri sebaliknya.

12.Melebihkan berbelanja untuk ahli keluarga.

Tanbih : Barang siapa mengambil ia pada Hari Asyura akan air mawar dan di letakkan didalam bekas yang putih lalu dibacakan atasnya surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali dalam hal keadaan menilik ia (melihat) akan air tersebut,kemudian disapu pada dirinya dan orang yang dikasihinya (anak isteri).Insyaallah akan terhindar daripada penyakit yang berat-berat hingga tahun hadapan.

Insyaallah ,semoga dapat kita amalkan(sekurangnya 6 perkara) pada hari Asyura yang lagi akan datang pada tahun ini dan tahun -tahun yang berikutnya..

Moga dijadikan oleh Allah akan kita semua dari orang-orang yang taat dan beroleh rahmatNya sentiasa...Amin.

 

  Tazkirah


Komen


"12 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam)" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: 12 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muh
oleh azri_smartian pada Isnin, 01 Mac 2004 @ 11:40:30
(Info AHLI) http://www.al-wahidah.com


Assalamualaikum,

Ana tidak berniat untuk menafikan seratus-peratus artikel di atas.

Namun ana benar-benar berhajat kepada DALIL YANG SAHIH dari nabi s.a.w. berkenaan perkara kedua, kesepuluh dan juga tanbih di atas. Mana dalilnya?

Kata para ulama' terdahulu: "Sesiapa yang beramal tanpa dalil ibarat memungut kayu api di tengah malan buta".

Ertinya perbuatan sebegini mudah mendatangkan bidaah yang sesat dan menyesatkan.

Perkara-perkara berkenaan sunat dan fadhilat sesuatu amalan, haruslah didatangkan dengan dalil yang sahih. Ini kerana hanya ALLAH s.w.t. yang berhak memberikan fadilat melalui perantaraan nabi-Nya s.aw.

Oleh itu saya sebagai saudara seIslam kalian menyeru dengan tegas agar setiap artikel atau lebih tepat lagi perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadah yang di hantar untuk perkongsian bersama HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN DALIL YANG SAHIH DARI AL-QURAN DAN HADIS, moga ini akan menyelamatkan kita dari kesesatan.

Jangan sesekali kita menyangka tiada kesesatan di dalam beragama.

Wassalam.

Teguran ikhlas dari ana,
azri_smartian.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: 12 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muh
oleh muslimin23 pada Isnin, 01 Mac 2004 @ 16:26:38
(Info AHLI) http://tiada
cuba rujuk laman web http://community.daawah.com/
kemungkinan saudara dapat penjelasan yang lebih lanjut lagi..satu lagi penjelasan saya...dalam konteks bidaah. bidaah adalah perkara yang diada-adakan yang bermaksud perkara yang nabi tak buat...apa yang saya pelajari, bidaah terbahagi kepada 2. iaitu bidsaah hassanah.. iaitu bidaah kebaikan..dan yang kedua adalah bidaah keburukan..so kalau perkara2 yang membolehkan kita dekat kepad Allah..itu tidak salah...jikalah perkara itu adalah sesuatu perkara yang menyesatkan...wallahuallam
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104108 saat. Lajunya....