Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 282
Ahli: 0
Jumlah: 282




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Kisah Rabiatul Adawiyah
 Posted on Rabu, 31 Disember 2003 @ 10:28:55oleh Engku_Salina
Umum Saifuddin menulis Raabi’ah turut mengenang nasib tiga lagi kakaknya yang terpisah tentang bagaimana takdir yang menimpa mereka. Adakah mereka juga terbelenggu dengan rantaian perhambaan? Air matanya mengalir sedih, tetapi disapunya supaya tidak dilihat oleh saudagar yang tentu akan menggunakan tindakan yang teruk pula.

Apakah yang bermain di jiwa Raabi’ah?
Beliau dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana manusia memperhambakan manusia yang lain, sedangkan Allah menjadikan manusia semua bebas dan merdeka. Mengapa sebahagian mereka melakukan penghinaan terhadap yang lain?

Bukankah manusia semua menjadi hamba kepada Allah S.W.T? Siapakah yang meluluskan hukuman menjadikan saudaranya sebagai hamba abdi kepadanya? Bukankah harta itu milik Allah? Mengapa sesetengah orang itu menjadikan orang lain sebagai jalan bagi menodai kemulian kejadian Allah?

Itulah antara persoalan yang bermain dijiwanya. Raabi’ah mendongak ke langit. Beliau melihat tompok-tompok cahaya yang memenuhi alam yang luas ini. Dirinya mulai menjadi suci bersih. Hatiya juga turut bersih. Manakala jiwanya bercahaya. Dirinya turut menjadi terang dan bertukar menjadi mata yang melihat dan telinga yang mendengar, menjadi deria yang menerima dan mencatat maklumat suci. Tanda-tanda kebesaran Allah yang terdapat di hadapannya menjadi lidah yang sentiasa bertasbih, menjadi penyuluh yang membuka segala rahsia peribadatan makhluk kepada Allah.

Bagaimana Raabi’ah boleh terangkat dirinya kepada kedudukan mulia yang begitu tinggi serta telus itu, dan bagaimana jiwanya gemerlap dengan cahaya ajaib yang membolehkannya nampak telus perkara yang orang lain tidak nampak, dapat merasai benda yang tidak dapat dirasai oleh orang lain. Seterusnya dapat menembusi segala sekatan masa dan tempat?

Itulah rinduan mesra Ilaahii yang menjalar dalam sel—sel dirinya, menjadikan beliau kasih kepada Allah dengan ‘akal, perasaan dan jiwanya. Beliau bercakap tentang rindu mesra kepada Allah semata-mata, sebagaimana tidak ada perkara syirik dalam peribadatan kepada Allah maka begitulah tidak ada saingan dalam kerinduan mesra dengan Allah. Beliau mahu menumpukan seluruh hidupnya untu beribadat kepada Allah. Siang malam adalah solat kepada Allah, bertasbih, bertahmid, untuk mendampingi diri kepadanyaNya. Seluruh anggotanya melakukan sujud berterusan, manakal seluruh pernafasan bergelora dengan segala kerinduan mesra dan kasih sayang Ilaahii.

Bagaimana beliau dapat mencapai perkara itu semua? Sedangkan belia menjadai hamba abdi kepada saudagar yang tidak mengenal erti belas kasihan dalam diri dan hati. Tidak ada kelembutan perasaan dan sifat peri kemanusiaan itu?

Tentu saudagar itu mahu mengongkong setiap detik hidup Raabi’ah untuk ditumpukan pada kerja menjaga rumahnya sahaja, sedangkan raabi’ah pula tidak mampu menentang perintahnya. Lagipun beliau tetap mersa tidak ada nilai diri dan terlalu hina hidup sebegitu.

Saudagar itu hanyut dalam ulitan urusan kekayaan. Hatinya dibutakan oleh kilauan harta, menyebabkan dia melakukan kefasikan terhadap tuhan dengan menjadikan harta yang Allah kurniakan kepadanya itu sebagai tongkat mengenakan azab kepada dirinya sendiri kerana menghina orang dha’eif, anak yatim piatu dan orang miskin dek pemilikan hartanya. Ini kerana harta itu diibaratkan wanita yang kadangkala menjadi alat dan bahan keseronokan kaum lelaki dan selanjutnya boleh membawa bencana kepadanya pula.

Seandainya ada peralatan canggih bagi menyingkap rahsia perasaan di lubuk hati manusia serta membongkar apa yang tersembunyim di dalamnya tentunya akan tersingkap segala keajaiban yang tersembunyi di lubuk hati raabi’ah.

Seperti lain-lain orang Mukmin, lelaki maupun perempuan raabi’ah juga hidup mendampingi Allah dengan keadaan berubah-ubah; antara takut dan pengharapan, tetapi ia lebih memihak kepada ketakutan daripada pengharapan disebabkan terlampau rapat hubungan dengan Allah.

Rasulullah bersabda;
“Akulah orang paling rapat dengan Allah dari kalangan kamu dan lebih kuat rasa takut daripada kamu.”

 

  Umum


Komen


"Kisah Rabiatul Adawiyah" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kisah Rabiatul Adawiyah
oleh hani_wahida ([email protected]) pada Khamis, 01 Januari 2004 @ 21:49:32
(Info AHLI)


"Dan kembalilah kepada Tuhan kamu dan menyerah dirilah
(bertawakal) kepada-Nya, dan sebelum datang kepadamu
azab, kemudian itu tidaklah kamu akan ditolong."
(Az-Zumar:54) Natijah dari hijrah kepada kebaikan ialah
kemanisan iman. Inilah nikmat paling tinggi yang Allah
anugerahkan kepada seseorang hamba-Nya. Nikmat kemanisan
iman diberi kepada hamba-hambaNya yang berusaha mencapai
taraf mukmin sejati.

Rabiatul Adawiyah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai baying-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah


[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127723 saat. Lajunya....