Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 265
Ahli: 0
Jumlah: 265




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

BILA ISTERI MERAJUK
 Posted on Isnin, 29 Disember 2003 @ 9:05:08oleh Hanan
Umum hanzaalah menulis Kita pulang dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sebentar, sembahyang 'asar' kemudian pegang raket badminton terus ke gimnasium beriadhah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita berbuat apa-apa, isteri kita sudah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan sudah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gimnasium jam 5.30 petang kerana sewa gimnasium bermula jam 5.30 dan juga kenalah menjaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus sahaja memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata:

"Eishh!, takkan benda-benda kecil itu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long itu beli, bukan jauh pun kedai itu..."

Kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur seperti 'machine-gun' kata-kata kecewa kerana kita tidak mahu menolong dia. Keluarlah macam-macam peristiwa silam yang dulu-dulu itu( kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia). Sampai ke peringkat dia berkata:

"payah(nama yang digunakan oleh isteri)..., TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PERGI BELI SENDIRI... payah FED-UP DENGAN ABANG!.."

Sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam(merendahkan diri/menghumbankan diri) dalam tilam nostalgia kita itu. Kita pun terpinga-pinga(tercengang/perasaan kehairanan) dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tidak mahu ke kedai dah merajuk tidak mahu masak untuk kita!.. Pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakonan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.

Kita mula naik(makin/bertambah) geram, hendak ditinggalkan terus bermain badminton, rasa pula tidak boleh hendak menumpu(kosentrasi) kepada permainan. Nak menunggu hingga isteri tu reda(tenang), entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah (sampai)hingga seminggu baru dia mengorat(memikat) kita semula. Kita pun telefon sahabat minta excuse(minta maaf). Duduklah kita di rumah itu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun agaknya-kotlah(mungkin) ada suami-suami yang nak buat.

Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?


1. Pertama sekali, kita mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud:

" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka kita terus ke gimnasium dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.

2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hatinya(terasa hati) yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun. Isteri kita itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa(mereka) semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa sudah "lega"(puas) lah tu.

3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu kita(kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tidak mahu pujuk dia.

4. Bila isteri kita itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya.

5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34, untuk tindakan kita selanjutnya:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita:

" Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".

Selamat menantikan isteri merajuk...

 

  Umum


Komen


"BILA ISTERI MERAJUK" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: BILA ISTERI MERAJUK
oleh abu_luqman pada Isnin, 05 Januari 2004 @ 17:34:10
(Info AHLI) http://engku.blogspot.com


Tergelak bila baca artikel ni. Dah memang fitrah rumahtangga dan si suami mesti bijak menanganinya. Jgn sekali kali kali membalas dengan emosi.

Kadang2 pelik jugak kan.. dia jugak yg suruh kita kuruskan badan. Alih2 suruh macam2 yea.. hehehe.

[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.170327 saat. Lajunya....