Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

BILA DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH.....
 Posted on Jumaat, 14 November 2003 @ 21:45:54oleh Hanan
Tazkirah murnie menulis Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun org yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istigfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah'
dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
isteri,kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA......


*petikan dari majalah muslimah keluaran februari 2002 bil 181 m/s 24.

 

  Tazkirah


Komen


"BILA DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH....." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: BILA DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH.....
oleh kakyong ([email protected]) pada Ahad, 16 November 2003 @ 13:35:56
(Info AHLI) http://www.kakyong79.cjb.net


Sesungguhnya kita ini dijadikan untuk menyembah dan mengabdikan diri hanya kepadaNya....namun apabila roh sudah terpisah dari jasad...segala penyesalan tidaklah berguna lagi dan hanya tinggal 3 perkara yang menemani kita di alam barzakh sana iaitu ilmu yang bermanfaat, doa dari anak yang soleh dan sedekah jariah kita....


#Tuhan....ampunkan aku ya Allah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: BILA DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH.....
oleh hani_wahida ([email protected]) pada Selasa, 30 Disember 2003 @ 2:04:45
(Info AHLI)
Assalamualaikum
betul tu kak yong....

hiasilah keindahan malam dengan pencarian ilmu yang diamalkan...solat itu tiang agama

kepada Allah tempat pengaduan kite...siapa kite untuk bersikap takabbur kepada-Nya...jadilah hamba yang bersyukur
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114573 saat. Lajunya....