Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu

PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN.
 Posted on Isnin, 03 November 2003 @ 0:05:28oleh Hanan
Semasa RAHMAT menulis Apakah benar sains bergerak seiringan dengan larangan dan tegahan Al-Quran?

PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN

Penemuan-penemuan saintifik masa kini mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat dan sekaligus menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami maknanya hari ini diantaranya ialah ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang ‘mengembang’ atau ‘the expanding universe’.null

Allah berfirman dengan maksudnya “Dan langit kami bangunkan dengan kesusahan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.” – Surah Az-Zariyat ayat 47. Ayat ini menceritakan tentang pengembangan alam.

Sehubungan dengan itu As-Syeikh Said Hawa di dalam karangannya Al-Asas fit Tafsir menulis “Maksud ayat ini ialah, Allah menjadikan langit di dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud langit juga diluaskan oleh Allah. Maka itu ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam. Penceritaan ini membuktikan bahawa ilmu al-Quran amat jauh kehadapan melampaui ruang dan zaman. Jika ada sesiapa yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah mereka ini menilai dirinya sebelum terlambat.”

Hanya pada hari ini barulah sains moden menjumpai bukti-bukti sah bahawa alam semesta kita tidak statik, sebaliknya ia ‘membesar’ atau mengembang. Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble dengan mengunakan teknologi canggih mendapati alam ini sedang mengembang. Semakin jauh jarak sesebuah galaksi daripada bumi semakin, semakin cepat proses pengembangannya.

Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Dua kumpulan saintis antarabangsa membuat kajian dengan mengunakan alat teleskop angkasa Hubble milik NASA, dan mereka mengesahkan kebenaran teori ini. Malah mereka dapat mengukur kelajuan kadar pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah dalam al-Quran.

Penemuan-penemuan sains yang relevan memantapkan kefahaman berhubung dengan sesuatu hukum contohnya hukum pengharaman bab... Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging bab..” – Surah al-Baqarah ayat 173. Journal of Virology 1997 menerbitkan hasil laporan penyelidikan yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawoaka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong bab.. ada sistem yang membolehkan bermacam virus memasukinya sama ada virus daripada burung ataupun binatang lain. Sistem ini mengubah virus kepada satu bentuk yang amat membahayakan manusia. Jesteru itu saintis menganggap bab.. semacam “mixing vessel’ atau ‘bahtera takungan kuman’ yang amat berbahaya kepada manusia. Fakta seperti ini membantu manusia memahami dan meyakini tentang adanya hikmah disebalik larangan-larangan dalam Islam.

 

  Semasa


Komen


"PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN." | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN.
oleh perantau pada Rabu, 05 November 2003 @ 4:15:24
(Info AHLI)


assalamualaikum

we cannot deny the truth that alquran brings to us. on the other hand, science is knowledge about the world that can be proven. it is our job to relate alquran to scientific discoveries, or prove that facts in the alquran can be scientifically proven. if we can do this then i'm quite sure the public can be shown the miracle of alquran as words from Allah SWT and Muhammad his messenger.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN.
oleh Tetamu pada Rabu, 05 November 2003 @ 17:19:33
mana boleh kaitkan hukum dengan sains
]


Re: PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN.
oleh syahid_zul ([email protected]) pada Selasa, 24 Mei 2005 @ 14:34:18
(Info AHLI)
Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

Baca komen seterusnya...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122038 saat. Lajunya....