|
Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
|
|
|
Posted on Khamis, 09 Oktober 2003 @ 20:29:12oleh SaLaFiaN
|
|
|
library_boy menulis Maaf andainya terkasar bahasa...
untuk pengajaran bersama...
Andai ada yang terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian bersama...
Saling ingat mengingati...
Antara perkara yang ber"manfaat" daripada ber'couple' ;
1) Seronok (dapat fitnah)...
2) Seronok (dapat dosa)...
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...
Lebih mengutamakan awek daripada org lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...
Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi ;
1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia org untuk melepaskan diri. org kata kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama-lama dia akan sedar...
3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...
4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sebagainya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...
5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...
6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih-lebih lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...
7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...
Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. mula-mula perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul... ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept lah mat tu. Ada juga awek yang manja sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan lah perasan cepat sangat....
9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kasihan bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...
10) Fakta yang kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...
Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. yang haram akan tetap haram, sebagaimana hadith Rasullullah...
Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(SAW) ;
"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)
Hamba Allah..
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh wazier ([email protected]) pada Isnin, 01 Oktober 2007 @ 9:42:01
(Info AHLI)
pada pandangan ana, berlainan pula kerana ianya sudah menjadi suatu keharusan disebabkan terlalu banyak pergaulan bebas di kalangan umat islam sekarang ini terutamanya pemuda pemudi. demi menjaga nasab keturunan, bagi ana, ia menjadi keharusan disebabkan kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih lnjut tentang latar belakangnya. tetapi sememangnya perlu mempunyai iman yang kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang dan sememangnya perlu sangat-sangat bersedia dengan iman yang kuat. bayangkan jika kita dijodohkan dengan gadis yang sudah rosak. memandangkan budaya seks bebas sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita kini, apa perasaan kita? dan apa pula yang akan terjadi pada keturunan kita? ibu bapa yang baik pun kadang melahirkan anak yang 'kurang baik'.bagaimana pula ibu bapa yang "kurang baik"? akan melahirkan apa pula mereka ini?
Ana memohon seribu kemaafan sekiranya pandangan ana ini mendatangkan ketidaksenangan pada pihak lain..
sesungguhnya ana adalah insan yang lemah..
oleh SaLaFiaN ([email protected]) pada Khamis, 09 Oktober 2003 @ 23:29:36
(Info AHLI)
Artikel ini dapat sambutan hangat! Alhamdulillah... Lepas baca artikel ini, baca artikel mengenai TAUBAT pula ye...
oleh islam ([email protected]) pada Jumaat, 10 Oktober 2003 @ 21:14:16
(Info AHLI)
saya antara mrk yg bercouple....sememangnya, apa yg dikatakan adalah benar....tetapi, bagi saya kdg2 bercouple tak semestinya..membawa keburukan, kdg2...ia boleh membawa kebaikan...ianya terjadi kepada saya sendiri...saya sebelum nie seorg yg agak 'bebas' sedikit, tapi..alhamdulillah, sejak saya kenal seorg hamba allah, nie...byk perubahan yg telah berlaku dalam hdp saya...saya mula diperkenalkan dengan sesuatu yg 'baru'...alhamdulillah.....so,apa yg boleh di komenkan.....oleh anda....?
oleh darul_numan81 pada Ahad, 12 Oktober 2003 @ 9:11:31
(Info AHLI)
erm..itu ayat yg biasa ana dengar, "bercouple tak semestinya membawa keburukan".. tapi kita kena ingat, dlm Islam tiada istilah "couple". alhamdulillah jika saudara berubah ke arah kebaikan setelah ada teman istimewa. semoga iman saudara menjadi benteng utk mengekang hawa nafsu dari bermaharajalela. ana doakan saudara berjaya membina Baitul Muslim bersama insan tersebut.. ameen.. wassalam..
oleh Tetamu pada Selasa, 21 Mac 2006 @ 12:15:18
rasanya diri sendiri ynag tentukan cemne.......
couple ok saja pandai2 la jaga diri..........
saling menasihati antara satu sama lain........
its ok i think
oleh tqa pada Selasa, 20 November 2007 @ 0:39:02
(Info AHLI)
tapi adakah islam mengajar kita bercinta sebelum kahwin??dalam bercouple boleh berlaku banyak zina..zina mata..zina tangan..dan yang paling kita tak sedar tapi zina ini yang paling bahaya iaitu ZINA HATI...takkan masa bercouple tak pernah ingat...atau rindu kat dia..itula yang dikatakan zina hati...islam itu indah bukan?sebab itula couple haramdalam islam kerana Allah berfirman 'jangan mendekati zina..sesungguhnya zina itu perkara yang keji' lihat Allah bukan sahaja melarang berzina malah jalan-jalan kearah zina pun Allah dah larang...ingatlah couple juga jalan ke arah berzina
renung2lah.........
oleh Tetamu pada Rabu, 03 Mac 2010 @ 4:25:25
kalau Allah da jnjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik & begitu pula sebaliknya..so,ap yang nak dirisaukan?..jom pakat jadi 'baik' lah...hehe.
insyaAllah ap yang baik itu datang daripada Allah manakala kekurangan & kelemahan itu datang daripada diri ana sendiri.maafkn ana,ana cuma nak berkngsi.sebagai peringatan untuk sahabat & diri ana sendiri..wallahualam..
oleh fi_amaanillah pada Sabtu, 11 Oktober 2003 @ 0:15:54
(Info AHLI)
oleh zirwatul_najiha pada Ahad, 12 Oktober 2003 @ 23:03:24
(Info AHLI)
saya mempunyai pandangan yg sama dgn penulis artikel ni.bercouple ni...kita boleh lalai...lalai tanggungjawab kita sebagai hambaNya... kepada Allah swt...sedangkan Allah sentiasa mengingati hamba2Nya...Dia menyanyangi kita...tapi kita seolah-olah lupa akan-Nya.lebih baik mencintai Allah swt....tiada kecewa,tiada terguris hati.tidak salah utk bercouple or mencintai seseorang....tapi mestilah tahu batas2nya...sentiasalah mengingati Allah swt....Allah nampak segala perbuatan kita...ingat2lah wahai teman,jagalah akhlaq&akidah.
ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa.
wassalam
oleh amilyn pada Isnin, 13 Oktober 2003 @ 11:58:57
(Info AHLI)
saya telah membaca artikel yg ditulis oleh saudara pengarangdan saya akui saya bersetuju ngan artikel tersebut ttp saya cuba ingin bertanya kepada saudara pengarang klu perkara ni terjadi kepada saudara bagaimana pulak saudara menghadapinya,adakah saudara tidak sanggup utk berbuat sesuatu utk org yg disayangi.
jika dlm islam coupling itu haram bagaimana pulak kita ingin membina perhubungan mengikut garisan panduannya.Adakah ngan berkahwin ia dpt menyelesaikan masalah ini.Bagaimana pulak jika selepas berkahwin,bercerai pulak.....dan bagaimana pulak mereka yg ingin berkahwin ini masih muda belia dan belajar?
saya bkn menidakkan apa yg termaktub cuma saya hanya memberi pandangan sahaja.sahabat saya mengalami masalah ni,kerana pakwenya tidak mahu bercouple,dia mahu terus berkahwin sedangkan mereka berdua masih belajar dan muda lagi.kerana lelaki ni berpendapat couple ni haram dan mahukan sesuatu yg halal,mgkin betul apa yg dikata,ttp jika selepas kahwin,mereka menghadapi masalah rumahtangga,bagaimana pulak....lagipun setahu saya bercinta tu tidak salah manusia yg membuatkan ia menjadi salah.Fitrah manusia mmg tidak lari daripada ingin dikasihi dan disygi..termasukla saya.
tepuk dada tanya selera....
lagisatu klu betui haram,tlgla bagi panduan2 bagaimana hendak membina sesuatu hubungan yg mengikut landasan dalam islam.....
Maaf klu tersalah kata....
yg baik dtg dari Allah dan yg buruk dtg dari diri sendiri.
oleh Tetamu pada Sabtu, 31 Januari 2004 @ 16:53:35
oleh de_mie pada Rabu, 03 Mac 2010 @ 4:55:40
(Info AHLI)
"wahai orang-orang yang beriman!Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri(pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian , jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu,maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya),jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
oleh ratu_balqis ([email protected]) pada Ahad, 26 Oktober 2003 @ 3:42:04
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
oleh nurizzah ([email protected]) pada Ahad, 09 November 2003 @ 16:00:29
(Info AHLI)
mulat tak perlu berkata2....
begitulah lumrah bagi org bercinta......
kerna cinta org sanggup lakukan apa2 saja...........
sehngga bunuh diri........
saper????????????
my best frenz...........
oleh mawarnanmerah pada Isnin, 25 Disember 2006 @ 20:26:59
(Info AHLI)
oleh Pozy_Sabry ([email protected]) pada Jumaat, 21 November 2003 @ 9:51:26
(Info AHLI)
oleh biru pada Selasa, 16 Disember 2003 @ 15:42:10
(Info AHLI)
slps membaca artikel nie,saya mcm mahsyuuuk gitu..he..bukannya apa,saya memang dari dulu lagi runsing mengenai prob nie,mujurlah ada yg berani utk bersuara sebegitu suara.dah baca,apa lagi,jlnkan tugas anda sbg khalifah ALLAH kat muka bumi nie..
oleh noranira pada Rabu, 14 Januari 2004 @ 20:58:33
(Info AHLI)
oleh Tetamu pada Sabtu, 31 Januari 2004 @ 16:39:00
wow...sememangnye sye terperanjatt dan tak sangka ek...sememngnyee itulah manusia yg penuh nafsu..kadang2 tuu terase gak..tapi sye tau batas syee..tapi kate2 itu dapat sye bayangkan....memng ade kebenaran nyee tapii btullahhh laki ni kuat perasan...bau..aje nak minta tolongg dia ingat kite tuu dah syok kat diaa bau manja sikit dah cayak.. tapi salah gak pompuan...biasalah pompuan ni emosional sikit..sye tau lahh sebab sye wanita..wanita nii panatang kena pujii abis cair..tapii sye sekarang nii kenalah bjaga2 .sebab..laki ni suke jual minyak..sye tak layan lah minyak itamm heheheh
oleh ain_wahida pada Isnin, 21 Jun 2004 @ 12:07:37
(Info AHLI)
fitrah manusia ingin disayangi&menyayangi... but...ada batasan syariat yg need to be follow..so... semoga aku and others dilindungi...amin...
oleh Janshah pada Selasa, 19 Oktober 2004 @ 3:39:52
(Info AHLI)
Kat tempat kume, tak abih2 isu ni. Pihak pentadbiran buat dono jer. Bila report atau kena tangkap budak ni lepas gitu,tanpa sebarang hukuman.
Kume tak kisah yang lepas hukuman dunia ni,tapi andai ada yang dikenakan tindakan barulah budak2 lain tahu apa yang diorang buat tu tak kena tak betul dan langgar syara'.
Selagi kena serkup...pastu lepas sampai kiamatpun tak abih Virus Coupe ni. Masalahnyer budak aliran agama sendiripun buat kepala. Apa lagi bila bakal tok imam,tok kadhi,tok fatwa dah tunjuk perangai GreenLight.....confirm budak2 lain ikut.
Kume tak kata semua salah,tapi kena gena gaya ler,memang kat tempat ni susah nak ada mahram.So...jgn salah guna konsep darurat yg diberi..... tu bukan darurat lagi dah.....mengurat mananya.....
"Still Wonder"
oleh imannoraina pada Rabu, 27 Oktober 2004 @ 13:54:29
(Info AHLI)
oleh tou_aii ([email protected]) pada Sabtu, 21 April 2007 @ 19:32:13
(Info AHLI)
wassalm...
oleh Nuranys ([email protected]) pada Selasa, 16 Oktober 2007 @ 15:58:20
(Info AHLI)
oleh tqa pada Selasa, 20 November 2007 @ 0:26:16
(Info AHLI)
oleh Tetamu pada Khamis, 19 Februari 2004 @ 15:23:59
secara peribadi saya setuju walaupun saya pun coupling gak.cople ni sebenarnya memeningkn kepala.tp depend pasangan tu klu iman dan prinsipal kuat ape salahnya.
oleh nurkasih_iman84 pada Rabu, 17 Mac 2004 @ 12:07:41
(Info AHLI)
oleh mirwana_87 (cahaya_raudhah) pada Jumaat, 27 Januari 2006 @ 13:42:34
(Info AHLI)
oleh syafira pada Ahad, 16 Mei 2004 @ 19:43:13
(Info AHLI)
oleh Are_Long pada Jumaat, 18 Februari 2011 @ 14:42:01
(Info AHLI)
sebenarnya mkne 'couple' tu kan berpsgn..
tak salah lw kita nak kenal antra satu sama lain..tu boleh dikatakan kita berada dalam fasa perkenalan(mengenal hati budi) sebelum ke fasa yang strusnya(pnkhn)...
tapi kena tahu bts2nya...jika mahu keluar,ajk muhrim supaya xtmbul fitnah dan pergi lah tempat awm bukan tempat yang sunyi...
kawal lah diri masing-masing...
oleh rina_emisya pada Selasa, 29 Jun 2004 @ 10:57:09
(Info AHLI) http://-
askum...selepas membaca artikel nih,hati terasa insaf tiba2. Entahla....setelah mensurvey kpd rakan2,macam2 pendapat yg saya dapat.Hmmm.....
oleh Tetamu pada Sabtu, 21 Januari 2006 @ 12:08:36
assalamualaikum....
i think you need to adjust that title but still it still catchy....
em...nice article library boy....
trust me i know what you mean....
dalam agama islam tiada istilah couple ikut syariat tapi itulah alasan yang sering digunakan oleh kebanyakkan orang terutamanya yang pakar bab2 agama..lantas ianya seolah-olah jadi satu trend kiranya bercouple itu boleh asalkan ikut syariat....well sadly to inform there's no such things...hukum couple tu sebenarnya HARAM....but still many people make that mistake.....astagfirullah....semoga kita semua tidak termasuk didalam gologan yang dimurkai...perkataan cinta hanya boleh didapati dalam perkahwinan so why not we hanya wait for that moment....jagn kata takut buat silap dan salah pilih pasangan bergantunglah padaNya dan percaya serta yakin dengan pilihanNya...sesiapalah kita ni....ingat itu SIAPALAH KITA....
oleh mirwana_87 (cahaya_raudhah) pada Jumaat, 27 Januari 2006 @ 13:45:42
(Info AHLI)
oleh akwa pada Rabu, 08 Februari 2006 @ 3:59:11
(Info AHLI)
artikal ni menyatakan banyaknya keburukan bila kita bercouple..
saya amat bersejutula..sebab memang betul,keburukkan tu lebih banyak..dan ramai remaja zaman sekarang menyalah gunela istilah "bercoulpe" ni...
oleh are-deq pada Khamis, 30 Mac 2006 @ 14:22:32
(Info AHLI)
selepas baca artikel ini kita dapati sebenarnya banyak keburukan yang kita perolehi daripada kebaiakan.......bercouple ini melalaikan kita dalam banyak perkara....sama-samalah kita muhasabah diri dan ambillah iktibar dari artikel ini.......
oleh pejuang_syahid ([email protected]) pada Jumaat, 14 April 2006 @ 18:22:49
(Info AHLI)
tak payah cakap banyak2...kan jelas dalam Al-Quran kata couple itu haram (rujuk surah Al-Isra' ayat 32)...
oleh muslimah89 ([email protected]) pada Khamis, 17 Mei 2007 @ 9:43:17
(Info AHLI)
couple tu memang haram dari segi islam..saya ni bknnye da bercouple..xpernh pu..
malah memang nak elok diri ni dari terlibat dengan istilah couple tu..
biarlah saya terus berkawan dengan sesorg tu walaupun saya meminatinya..tapi no istilah couple..dan saya gantikan dengan istilah sahabat baik..
couple tu bagi saya macam dikongkong.. pengalmn yang saya tengok dr rakan-rakan..mereka lebh cenderung untuk berhbg dengan couple mereka saja..bukankah itu da macam memutuskan @merenggangkan diri daripada berhbgn@ berkawan dengan orang lain?
dasyt juga penangan istilah 'couple' ni..
tapi zaman sekarg ni tak tahulah nak kata apa..yang bercouple tu stu hal..tmbul lagi p'kra lain..yang tak bercouple pun terdorong kepada mksiat..sebenarnya..benda ni semua terltk dalam diri kita..sebab ada juga yang bercouple tapi membawa kbaikan sprti berubh ke arh yang lebih baik..itu mungkin bagi yang mendapat pasangan yang baik..nthle..tentang couple ni kesimpulannya HARAM!jgnle kita anggap orang yang kita ' tu sebgai couple..tapi anggp dia sebagai sahabat mahupun teman baik yang boleh dihrp untuk berkongsi tetapi bukan untuk melpskan yang terkutuk tu.. jangan jumpa b' sesuatu yang m'dorong kepada mksiat..tepuk dada tanya akal tentang apa yang kita buat.
jodoh pertemuan di tangan Tuhan..tawakkal saja kepadanya..
tak guna kalau bercoule tapi akhirnya putus begitu saja..lebih elok berkawan yang akhrnya boleh mmbw kbhgiaan di dunia &akhrt jika betul memang itulah org yang ditkdrkan untuk kita..tak ada lah nanti frust menonggeng!
sebenarnya kalau nak cerita pasal ni banyak lagi yang boleh dileraikan..tapi xgune juga kalau xdiaplikasikan..
renungkanlah..dan fikirkan..
tepuk dada tya iman...
hya kita yang yang dapat mengubah diri sendiri,bukan org lain...
oleh jasadkudisini ([email protected]) pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 18:24:37
(Info AHLI)
aku rasa ada baik.. ada burukk...
tapi aku tak pernah kapel lagi....
bukan orang tak hendak... ramai juga aku minat... but sekladar kawan cukuplah...
oleh cueniey (NON.YAHOO.COM) pada Selasa, 19 September 2006 @ 15:15:36
(Info AHLI)
Memang pun...coupling ni macam dah jadi trend lah pula..rata2 org yang bercouple 2 macam 2 lah feelnya, kalau tak pegang xsah..yang tahu agama pun macam yang tak thu agama.......yang mereka fikr, nyam!nyam saja..........dosa pahala tolak tepi.......apa nak jadi lah remaja2 sekarang ni
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Khamis, 21 Disember 2006 @ 14:41:27
(Info AHLI)
sungguh menginsafkan..
oleh aL-azyM ([email protected]) pada Rabu, 27 Disember 2006 @ 23:38:56
(Info AHLI)
Kebenaran dah terbongkar..
oleh mardhiyyahazmi pada Selasa, 16 Januari 2007 @ 12:09:58
(Info AHLI)
memang betul..couple2 ni tak ada faedah pun..kalau betul perlukan teman hidup, kawin saja, yang laki, suruh mak ayah masuk meminang perempuan yang dia suka 2...kalau dia betu2 serius dengan kita, ajak kawin dia nak tak?kalau dia tak hendak, tinggalkan dia, jangan cari masalah yang sememangnya boleh dielak kalau nak.
oleh wardiah_alwani ([email protected]) pada Ahad, 11 Mac 2007 @ 17:57:29
(Info AHLI) http://www.wardiah.com/
sememangnya couple itu merupakan perbuatan yang menghampiri zina...so jauhkanlahhh....kalau teringin benor pun..kawin sahaja..lebih baikperhubungan yang halal.
oleh redgirl ([email protected]) pada Khamis, 19 April 2007 @ 7:36:00
(Info AHLI)
oleh kahfi8 (ashabul [email protected]) pada Khamis, 01 November 2007 @ 15:06:57
(Info AHLI)
makbapak kawinkan tapi nampak macam tak dapat green light saja..
nak buat bagaimana ni? nak suruh puasa sunat pun saya dah buat..
oleh safiya06 pada Ahad, 22 April 2007 @ 11:55:49
(Info AHLI)
ALHAMDILILLAH...
lepas baca artikel ni, tiba-tiba rasa insaf...
thanks library_boy..
artikel anda menginsafkan sesiapa yang membacanya..
oleh sitishairah pada Selasa, 22 Mei 2007 @ 11:24:55
(Info AHLI)
Selepas baca ni memang dah tak ada hati dah nak bercouple....nak terus kahwin saja....Semoga Allah temukan jodohku dengan lelaki yang beriman....
oleh kestari pada Ahad, 29 Julai 2007 @ 0:38:05
(Info AHLI)
couple ni bukan setakat memeningkan tetapi agak menyusahkan. ... artikel ni memang berharga dan bermakna. syukran si pengirim.
oleh ayass pada Rabu, 26 Mac 2008 @ 7:57:29
(Info AHLI)
best juga artikel ni..sure ramai yang terasa..huahuahua....
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:38:19
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/
nanti fwd2 kepada mereka yang masih bergelar Islam & mereka yang xfhm apa itu Islam..
oleh aneezsha pada Jumaat, 01 Ogos 2008 @ 11:22:01
(Info AHLI)
cinta ALLAH S.W.T....sentiasa ada untuk hambanya tak pernah hilang walau sesaat
oleh ikrimah ([email protected]) pada Jumaat, 26 Disember 2008 @ 11:58:53
(Info AHLI)
..
ana pun nak kongsi pendapat juga bab ni..
segala kelemahan harap abang-abang semua boleh betulkan..
setakat yang ana tau dr banyak pendapat org sekarang..
alasan mereka bercouple ialah nak kenal.. nak kenal.. bimbang kalau dah kawin esok2..dan timbul masalah
..menyesal pasal tak kenal lebih dalam pasangan kita..
bagi ana kalau kita ambil dr perspektif agama kita..
takderlak pula anjuran agama supaya kita bercouiple..
ni semua dr budaya org kafir..
senang saja cerita....
oleh mirwana_87 (cahaya_raudhah) pada Jumaat, 27 Januari 2006 @ 13:39:00
(Info AHLI)
sebenarnya sudah lumrah setiap yang allah ciptakan kat dunia ni berpasang-pasangan...cuma teroulang pada diri kita macam mana kita nak mengatasinya..binalah perhubungan yang suci yang berlandaskan batas2 syariat....ingat,itu semua bergantung pada kita macam mana kita nak mengawalnya,yang penting peliharalah maruah kita sebagai khalifah sekalian alam...
oleh nurulsya_87 ([email protected]) pada Jumaat, 25 Ogos 2006 @ 17:31:23
(Info AHLI)
so...ingatlah wahai laki2 sekelian..
jangan nok lbih2...ssh2 chop saja..pah 2 kawin terus..hahaha..
oleh muslimah_girl pada Isnin, 11 Disember 2006 @ 15:10:12
(Info AHLI)
oleh ros_akhiar pada Selasa, 08 Julai 2008 @ 11:37:44
(Info AHLI)