Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 14 hari yang lalu
sadiqah: 18 hari yang lalu

BAHAYA JIKA SENTIASA BERGELAK KETAWA
 Posted on Selasa, 07 Oktober 2003 @ 20:14:52oleh SaLaFiaN
Tazkirah library_boy menulis Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak ketawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibnu Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya rasulullah s.a.w. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka meleret, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak-bahak adalah makruh.

Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak ketawa kerana mereka yang banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. orang yang banyak menangis di dunia, mereka akan banyak tertawa di syurga.

Menurut Yahya bin Muaadz ar-Razi, ada 4 perkara yang menghilangkan tertawa seseorang mukmin:
1) Kerana memikirkan akhirat
2) Kesibukan mencari keperluan hidup
3) Risau memikirkan dosa
4) Apabila tibanya musibah dan bala

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu,maka dia tidak akan banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang mukmin. seperti yang diriwayatkan oleh ibn Abbas .a. "sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka".

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid al-Qadari (seorang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata: "Engkau berbicara tentang ilmu. Aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya, maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu".

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda-gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka ia akan dicintai".(Hadis Sahih)

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari, beliau berkata: "Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).

Dalam hadis itu Rasulullah s.a.w. mengulang kalimah "neraka wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak ketawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat nilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa terbahak-bahak menari-nari untuk melalikan dia.

Maka itu, kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahaya:
1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.
2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.
3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
4) Melupakan dosa-dosa lalu.
5) Melupakan mati dan akhirat.
6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.
7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawakan kita.
8) Akan banyak menangis di akhirat.

 

  Tazkirah


Komen


"BAHAYA JIKA SENTIASA BERGELAK KETAWA" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: BAHAYA JIKA SENTIASA BERGELAK KETAWA
oleh kakyong ([email protected]) pada Jumaat, 10 Oktober 2003 @ 23:20:44
(Info AHLI) http://www.kakyong79.cjb.net


Risaunya hati...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: BAHAYA JIKA SENTIASA BERGELAK KETAWA
oleh didad pada Sabtu, 11 Oktober 2003 @ 23:29:31
(Info AHLI)
ketawa yang bagaimana sebenarnya yang dibolehkan?
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150513 saat. Lajunya....